Friday, January 2, 2009

segala debaran terjawab akhirnya

Semalam Tuan Guru Dato’ Seri Presiden telah mengumumkan YB Hj Wahid bin Endut sebagai Calon P36 parlimen Kuala Terengganu. Bermakna semua spekulasi calon telah hilang. Jangkaan pengalisis politik begitu tersasar sekali. Bagi penulis, tidak kisahlah siapa pun calon, yang penting calon tersebut akan membawa agenda parti ke Parlimen.

Untuk menjadi calon PAS memerlukan tapisan yang boleh dikatakan agak ketat. Bermula dengan keputusan Perhubungan Negeri sampai kepada Majlis Syura Ulamak. Ini bagi memastikan calon tersebut bebas dari pelbagai keburukan seperti rasuah, pecah amanah, sentiasa meneruskan dosa kecil dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan PAS pernah terpilih calon yang tidak mengcukupi syarat sebagaimana yang pernah berlaku di johor dahulu. Tapi kes yang jarang berlaku tidak boleh di ambil sebagai hujjah bagi menyatakan Majlis Syura Ulamak mengambil lewa terhadap kelulusan seseorang calon.

Penulis tidak berminat menyebut apakah significannya pemilihan YB Abdul Wahid Endut dipilih sebagai calon. Cukuplah sebagai ahli PAS kita menyerahkan kepada kepada kebijaksanaan kepimpinan. Tugas ahli parti ialah melaksanaan setiap agenda parti selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.

Ini bukan bermakna pimpinan PAS tidak boleh dikritik. Jika terdapat sebarang kritikan, perkara ini boleh dibuat mengikut salurannya seperti mesyuarat, mesyuarat agung kawasan dan muktamar. Gunakan saluran yang sepatutnya agar pergerakan PAS sebagai Parti Siyasah, dakwah dan Tarbiyyah akan terus utuh dan teguh.

Bahkan Islam melarang jikalau seseorang yang mengetahui sesuatu spekulasi atau berita kemudian disebarkan kepada semua orang melalui media, blog dan sebagainya sebelum merujuk kepada kepimpinan. Ini bagi mengelakkan sangka buruk, umpatan, caci maki kepada orang yang terkena spekulasi itu.

Islam menggalakkan segala keputusan di ambil secara bersama. Pun begitu Islam juga membenarkan dalam situasi tertentu pemimpin berhak membuat keputusan berdasarkan kepada kebijaksaan seorang pemimpin.

Jadi sewajarnya sebagai seorang ahli gerakan Islam terus menerus bekerja bagi menjayakan agenda PAS untuk mengdaulatkan Islam sebagai asas perjuangan parti samada ketika menjadi pembangkang atau pemerintah.

PAS tidak pernah membezakan antara suasana pembangkang dan pemerintah. Dalam pelbagai suasana Islam tetap dinobatkan walaupun mendapat sedikit bantahan dari lawan dan juga kawan.

Penulis cukup yakin bahawa rakan dalam PAKATAN cukup memahami prinsip dan asas perjuangan PAS. Cuma berlaku sedikit silap faham terhadap kefahaman Islam merupakan perkara yang biasa.

Yang penting tingkatkan wala’ kepada pimpinan. Hentikan pertikaian lidah sesama ahli agar keteguhan PAS sebagai parti Dakwah, Siyasah dan tarbiyyah dapat terus dikekalkan.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: