Minggu lepas penulis sempat menghadiri satu slot konsultan bersama dengan wakil-wakil pihak berkuasa Tempatan (PBT) di Institut Latihan Pihak Berkuasa Tempatan, Pantai Morib, Selangor. Berkebetulan penulis sampai awal, jadi sempat sekejap tengok penbentangan program-program latihan yang bakal dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan itu.
Kursus 3 hari itu lebih untuk melatih pegawai PBT bagaimana untuk menerapkan nilai SPIES kepada semua program-program kakitangan PBT. PBT diwajibkan agar elemen SPIES dijadikan asas untuk segala program. Sembahyang berjemaah diwajibkan, kuliah maghrib dan subuh dimestikan. Kalau elemen ini tidak ada, dikira satu kesalahan.
Akibat daripada paksaaan sebuah kerajaan, konsultan yang terbabit juga harus berubah. Kalau sebelum ini konsultan kerajaan negeri tidak pernah menitik beratkan soal spritual dalam agenda atau tentatif program. Kini, agenda spritual dijadikan tajuk utama supaya kontrak bersama dengan kerajaan negeri dapat disambung kembali.
Ini semua berlaku kerana KUASA. Tanpa kuasa, segalanya akan terus bergerak dengan seadanya.
Dengan sebab itulah, Islam cukup mementingkan kuasa politik. Kalau umat Islam hanya bergerak dengan jalan dakwah semata-mata tanpa berusaha untuk mencapai kuasa politik, pergerakan akan menjadi cukup lambat dan payah. Masyarakat hanya akan mengenali Islam secara teori semata-mata. Bahkan salah bagi sesiapa yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang meninggalkan urusan politik.
Nabi berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah untuk mencapai kuasa Politik. Dengan sebab penghijrahan inilah, kota mekah dapat dibersihkan dari segala anasir syirik kepada Allah SWT dengan berlaku peristiwa pembukaan kota mekah pada tahun ke 8 hijrah.
Disebabkan kuasa PBT dan konsultan terpaksa berubah. Disebabkan kuasa elemen kerohanian terpaksa ditanam. Disebabkan kuasa masyarakat akan berubah dengan lebih cepat dan pantas.
Sebab itulah PAS berjuang melalui wadah politik. PAS ingin mengambil kuasa daripada pemerintah yang tidak reti melaksanakan konsep pemerintahan Islam.
Islam bukan hanya berlegar dalam rukun Islam yang lima sahaja. Tetapi keluasan Islam lebih dari itu. Rukun Islam dianggap asas binaan, alatan lain juga diperlukan untuk melengkapkan sebuah binaan. Al-Quran dan Sunnah telah menerangkan secara lengkap maksud sebenar Islam dan cara perlaksanaannya. Tinggal lagi kemahuan untuk menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai satu panduan dalam sebuah pemerintahan.
Islam tidak pernah memaksa penganut agama Islam untuk masuk ke dalam ajaran Islam. Tetapi untuk umat Islam diwajibkan mengikut peraturan Al-Quran dan Sunnah.
Menjadi kesalahan kepada umat Islam yang mengaku Islam tetapi tidak mempercayai Al-Quran. Menjadi kesalahan kepada kepada umat Islam yang mengaku Islam tetapi tidak mahu melaksanakan agenda Al-Quran. Menjadi kesalahan kepada umat Islam yang mengaku Islam menentang sesiapa yang ingin kembali kepada Perlaksanaan Al-Quran.
Semoga Islam akan kembali mendapat kuasa politik agar konsep keadilan Islam akan bersinar kembali dalam masyarakat Malaysia, InsyaAllah
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment