Tuesday, January 20, 2009

Jangan Menyokong kerana Politik semata-mata

Pertamanya tahniah buat YB Tuan Hj Abdul Wahid bin Endut di atas kemenangan yang dicapai dalam PRK P036 pada 17 Januari 2009. Kemenangan ini adalah permulaan kepada sejarah tahun baru 1430 dan 2009. Kemenangan ini merupakan kemenangan rakyat Malaysia seluruhnya yang sentiasa berdoa agar kebongkakan pemimpin kerajaan feudral dapat ditundukkan.

PAS menerima kebanjiran ahli secara mendadak bermula tahun 1999. Bermula saat itu seakan-akan timbul satu polemik baru dalam Parti PAS. Bermula saat itu juga, pelbagai cadangan dan pandangan baru ditimbulkan bagi memperkasakan parti PAS. Ada cadangan yang membina dan ada juga cadangan yang meruntuhkan. Walaubagaimana pun penulis tetap yakin dengan Majlis Syura Ulamak dalam PAS yang komited memastikan PAS bergerak atas landasan yang bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah.

Ramai yang menyertai PAS atas sebab tidak puas hati dengan Umno. Ramai yang menyertai PAS atas sebab ingin membela melayu. Ramai yang menyertai PAS atas sebab ingin melihat keadilan dapat ditegakkan. Semoga segala niat yang baik ini mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Di akhir-akhir ramai yang menganggap PAS ini seakan-akan parti politik semata-mata. Segala perancangan dan strategi diatur untuk kepentingan politik semata-mata. Dengan sebab apabila timbul isu muqabalah, terdapat ahli dan pimpinan PAS seakan-akan melenting dengan tindakan pimpinan Pusat kerana dianggap merugikan politik PAS.

PAS merupakan Parti Siyasah, Dakwah dan Tarbiyyah. Oleh itu, segala gerak kerja PAS akan mengambil kira kepentingan dari ketiga-tiga perkara tersebut. Jangan kerana kepentingan politik, dakwah ditinggalkan. Jangan kerana kepentingan politik aspek tarbiyyah dikuburkan.

Usrah sudah kurang mendapat sambutan. Tamrin juga tidak dirancakkan. Majlis ceramah pun hanya berlegar dengan cakap-cakap politik sahaja. Kadang-kala terdapat pimpinan PAS seakan-akan terpengaruh dengan gaya PKR dan DAP yang hanya bersembang berkenaan dengan isu semasa tanpa disandarkan kepada agama.

Kadang-kala penulis cukup kagum dengan kemasukan Non Muslim dalam Kelab Penyokong PAS. Mereka ini bukan masuk PAS kerana bencikan Umno. Tetapi mereka masuk PAS kerana yakin dengan perjuangan PAS. Sebab itu apabila timbul isu Hudud, ahli Kelab tidak melenting. Cuma mereka mencadangkan agar sesi penerangan Hudud perlu diterangkan kepada semua warganegara Malaysia agar lebih difahami lagi.

Ahli PAS perlu difahamkan erti sokongan kepada PAS. Memang tidak dinafikan untuk memerintah Malaysia PAS memerlukan penyokong yang ramai. Pun begitu, PAS juga memerlukan penyokong yang sentiasa komited dengan Gerakan Islam ini. Jangan timbul isu terdapat ahli sentiasa lompat parti dalam PAS. Sekejap Umno sekejap PAS, sekejap keadilan, sekejap DAP. Ini semua adalah kesan jikalau kemasukan seseorang dalam PAS kerana politik kepartian semata-mata.

Agenda Tarbiyyah perlu dikuatkan kembali di peringkat PAS kawasan. Agenda tarbiyyah jangan hanya berdengung dalam setiap muktamar sahaja. Agenda Tarbiyyah ini perlu dipertingkatkan lagi selepas PAS semakin mendapat tempat di hati rakyat jelata.

Peningkatan tarbiyyah bukan sekadar mengajak ahli PAS agar terus istiqomah dalam parti. bahkan ahli PAS perlu disaran agar terus menerus memahami Islam sebagai cara hidup. Jangan biarkan terdapat ahli PAS yang masih kurang memahami cara pergaulan dalam Islam. Jangan biarkan ahli PAS yang masih kurang memahami batas-batas aurat yang perlu dijaga. Jangan biarkan ahli PAS yang masih kurang memahami perkara-perkara yang dikira fardu Ain dalam Islam.

PAS ialah Gerakan Islam. Ahli PAS mesti seorang yang komited dengan pegangan Islam. Kalau ahli PAS tidak komited dengan ajaran Islam, ini akan memburukkan PAS. Pun begitu PAS sentiasa terbuka menerima keahlian daripada semua masyarakat yang beragama Islam. PAS bersedia mendidik dan mentarbiyyah ahli baru dengan syarat ahli \ baru mesti bersedia menerima konsep tarbiyyah PAS.

Marilah sama-sama kita mendokong perjuangan Islam agar kehidupan kita selamat Dunia dan akhirat.

www.attakiri.blogspot.com



.. Bekerja Untuk Islam ...

2 comments:

Anonymous said...

salam....
saya bersetuju dengan pendapat pnulis...
saya cintakan ISLAM...
cintakan PAS...
bile tengk rmai org msuk PAS....
saya tkut...
sbb..
mereka msuk bukan sebabkn ISLAM..
tp hanya politik semata2...
jika usrah, tamrin, dakwah tidak digiatkn...
tkut suatu hari nnti..
PAS akan tercalar imejnya...
oleh itu...
bg saya.. PAS mesti komited berdakwah dengan semua ahlinya..
x kire yg baru masuk atau lama...
menerangkan tujuan dan peranan PAS kpd ahli2nya....
usrah dan tamrin mesti di rancakkan terutama kpd ahli2 baru...
supaya mereka taw politik dalam PAS...
terima kasih

penulis muda
anakbelalang-asir.blogspot.com

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

memang PAS telah merancang untuk merancakkan tarbiyyah..tapi jangan takut dengan kemasukan rakyat ke dalam PAS