Friday, January 16, 2009

PRK 036 6 : Menunaikan Janji adalah wajib

Menjadi kebiasaan kepada parti politik samada pemerintaha mahupun pembangkang akan melancarkan manifesto dalam setiap Pilihanraya Umum. Kalau di Pilihanraya kecil, manifesto digantikan dengan janji-janji yang pelbagai-bagai.

Janji-janji yang diungkapkan sebenarnya merupakan satu amanah, bukannya satu permainan politik. Kalau seseorang pemimpin yang berjanji kemudian tidak mengotakan janji tersebut selepas pilihanraya, bermakna beliau seorang pengkhianat. Seorang pengkhianat tidak layak mentadbir negara.

Kebiasaannya janji pembangunan atau sebarang bantuan hanya dilontarkan oleh parti pemerintah kerajaan feudral. Mungkin mereka merasa duit mereka banyak sehingga mengeluarkan janji yang bermacam-macam.

Contohnya di Pilihanraya kecil Ijok, pihak pemerintah (ketika itu BN) berjanji akan memajukan Ijok dan menjadikannya sebagai Dun Anak Angkat MB selangor, Majlis pembukaan tanah untuk pembinaan masjid dilancarkan. Pejabat MB pun dibuka di Ijok. Selepas BN berjaya memenangi pilihanraya kecil tersebut. Kesemua janji-janji itu seolah-olah tidak berlaku. Masjid tidak terbina, pejabat MB kosong begitu sahaja, MB pun terus menyepi seribu bahasa.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh. TPM Malaysia menjanjikan untuk memberi setiap masjid sebanyak RM 300,000.00, manakala setiap surau sebanyak RM 100,000.00. Majlis penyerahan replika telah pun disempurnakan. Habis sahaja pilihanraya, semua itu telah dibakul sampahkan.

Kadang-kadang rakyat seakan-akan diperbodohkan. Ketika undi diperlukan, macam-macam kata-kata dan janji-janji manis dikeluarkan. Habis sahaja pengundian, rakyat seolah-olah dilupakan. Hilang sudah slogan merakyat pembangunan, hilang sudah slogan pemimpin bersama masyarakat, hilang sudah slogan Selamat, Aman dan makmur.

Kebiasaan kalau seorang ibu ingin mendiamkan anaknya, maka siibu akan menjanjikan untuk membeli permainan yang disukai oleh si anak itu. Selepas anak itu diam, permainan itupun tidak dibelikan. Adakah pemerintah kerajaan Feudral ingin menjadikan rakyat seperti kanak-kanak itu.?

Dalam isu PRK 036 kali ini, seorang penganalisis menyebut bahawa mood rakyat Kuala Terengganu kali lebih ke arah kredibiliti dan kewibawaan calon. Kalau calon itu seorang yang tidak mesra rakyat, kelihatan sombong, turun ketika pilihanraya sahaja. Berkemungkinan besar calon sebegini akan ditolak.

Kalau calon itu seorang yang memang dikenali sebagai seorang yang berkhidmat untuk masyarakat, mesra rakyat, sentiasa muncul samada sebelum pilihanraya atau selepas pilihanraya. Berkemungkinan besar calon sebegini akan menang dalam Pilihanraya nanti.

Persoalan menunaikan janji bukan hanya terkena kepada BN sahaja. PAS dan PAKATAN RAKYAT pun terikat sama dengan setiap janji-janji yang ditaburkan.

Alhamdulillah setakat pengamatan penulis, PAS/PAKATAN RAKYAT dilihat antara pemerintah yang bersungguh untuk melaksanakan janji manifesto pilihanraya. Slogan Negara Berkebajikan anjuran semakin dilaksanakan dinegeri PAKATAN RAKYAT. Contohnya pemberian air percuma sebanyak 20liter padu, pemberian bantuan kepada SAR, penarikan balik projek yang membahayakan masyarakat kampung dan sebagainya. Walaupun tidak kesemua janji manifiesto belum dilaksanakan. Tetapi kesungguhan untuk mengotakan semua janji itu patut dipuji dan dihargai.

PRK 036 kali ini antara podium untuk mengajar parti-parti politik yang pandai berjanji tetapi khianat. Jangan benarkan undi diberikan kepada pengkhianat kepada janji.

Ingat setiap undi yang diberikan akan dikira dan dipersoalkan oleh Allah SWT. Undian yang diberikan adalah untuk memilih pemimpin. Pemilihan pemimpin itu akan dipersoalkan oleh Allah kenapa dan mengapa kita memilih pemimpin itu.

Jadikan PRK 036 ini sebagai medan untuk memperbanyakkan pahala kepad Allah SWT dengan memilih pemimpin yang benar-benar taat kepada Allah SWT

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: