Monday, January 12, 2009

PRK 036 3 : Ezam perlu faham prinsip PAS

Hampir setiap hari penulis membaca maklumat di www.agendadaily.com bagi meninjau sejauh mana serangan UMNO terhadap pembangkang. Jarang benar penulis hendak mengulas isu-isu yang disebutkan itu. Cuma kali entry tentang kenyataan Ezam Mohd Noor begitu menarik perhatian penulis.

Sangkaan penulis, semenjak Umno kalah teruk dalam PRK Permatang Pauh 2 bulan lepas, Ezam terus tersungkur rebah dan tidak bangun kembali. Tetapi tidak, rupa-rupanya. Beliau kembali untuk mengelongkar segala rahsia peribadi beliau bersama dengan DSAI.

Penulis cukup tertarik dengan saranan beliau yang menyebut antara lain : “Saya akan turun lagi ke sini sebelum Sabtu ini (hari pilihanraya kecil) dan akan tunjuk bukti bahawa Anwar seorang yang hipokrit dan penipu. Disebabkan Anwar Ketua Pembangkang, saya juga cabar PAS selepas pendedahan saya nanti untuk nyatakan pendirian serta prinsip parti itu yang sebenarnya, “Itupun kalaulah PAS ada prinsip. Dulu orang Permatang Pauh tak percaya cakap saya pasal 16 September. Akhirnya tak ada apa pun. Kali ini sama ada Anwar jawab atau tidak (cabaran), saya akan buat (dedah) apa yang sepatutnya,”

Sejak bila prinsip PAS bersangkut paut dengan DSAI. Ketika DSAI di pecat, dituduh dan dizalimi. PAS hanya bertindak mengikut Islam dengan membela orang yang dizalimi itu. Ini bukan isu yang baru PAS pernah membela orang yang dizalimi. PAS pernah membela rakyat Palestin yang dizalimi, PAS pernah membela isteri-isteri tahanan ISA dengan menghantar pelbagai bantuan-bantuan kemanusiaan. PAS pernah membela golongan fakir miskin sehingga menaikkan bantuan bulanan kepada golongan-golongan ini.

Adakah Ezam mengenali dan memahami prinsip dan perjuangan PAS.? Bukankah Ezam pernah bersama-sama dengan PAS dalam Barisan Alternatif.?

Bagi penulis, Ezam tidak perlu samakan prinsip perjuangan PAS dengan prinsip perjuangan beliau.

Prinsip PAS tidak akan berubah walaupun berpakat dengan sesiapa pun. Prinsip PAS tidak berubah walaupun pernah ditawarkan pelbagai tawaran oleh Umno/BN. PAS telah dibuktikan sebagai sebuah parti yang teguh berpegang dengan prinsip perjuangan bermula penubuhannya sehingga kini dan selama-lamanya, InsyaAllah.

PAS tidak akan berubah. Yang berubah ialah perjuangan individu. PAS berdepan dengan pelbagai pengalaman pejuang parti yang melompat dari PAS, bermula dari Yang Dipertua sehingga ahli biasa. Semuanya PAS pernah mempunyai pengalaman. Tetapi adakah PAS terus lemah selepas terdapat beberapan kepimpinan yang melompat parti.? Tidak sama sekali, bahkan pimpinan yang melompat itulah tercampak dari suasana politik semasa.

Kalau sebelum ini, Ezam merupakan seorang pemuda yang begitu bersemangat untuk menentang segala kezaliman dan kebobrokan Umno. Masih tergiang-giang di telinga penulis sumpah beliau di stadium Terengganu padan tahun 2000 untuk terus berjuangan menentang Umno dan kezalimannya. Masih tergiang-tergiang di telinga penulis tentang komitednya beliau untuk menentang rasuah sehingga sanggup keluar dari politik dan menubuhkan NGO demi untuk menentang rasuah.

Tapi kini, segalanya telah berubah. Segala sumpah dan komited beliau telah dijilat kembali.

Persoalan Pendedahan Ezam nanti benar atau tidak langsung tidak merunsingkan PAS. Itu soal antara Anwar dan Mahathir. Tun Dr. Mahathir pernah membuat pengakuan bahawa segala tuduhan terhadap DSAI adalah konspirasi. Jadi Ezam tidak payah buat kecohlah..penulis lebih menghormati pandangan Tun Dr. Mahathir daripada pandangan Ezam. Tun merupakan seorang yang berprinsip, tapi Ezam kurang berprinsip.

Cukuplah mencabar PAS dengan isu DSAI, jangan malukan diri anda dalam PRK ini….

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: