Wednesday, January 7, 2009

Palestin..oh Palestin..Bergembirakah kita.?

Bedilan peluru bertali arus memakan mangsa Palestin. Bedilan Peluru ibarat hujan beracun kepada rakyat Palestin. Bedilan Peluru menghilangkan segala ketenangan dan keharmonian rakyat Palestin.

Mungkin kita boleh menyatakan bahawa mungkin rakyat Palestin sudah terbiasa dengan kesusahan. Mungkin rakyat Palestin sudah terbiasa dengan kemiskinan. Mungkin rakyat Palestin sudah terbiasa dengan perangai Tentera Israel itu. TAPI adakah rakyat Palestin tidak pernah mengidamkan kehidupan yang selesa, mengimpikan kehidupan bergelak ketawa bersama sanak saudara sambil bersantai, menginginkan kehidupan yang normal.

Apa kesalahan rakyat Palestin sehingga diburu dan dibunuh. Salahkah mereka mempertahankan tanah air mereka.?, salahkah mereka hendak mengambil balik tanah mereka di Israel.?

Tindakan Malaysia mendesak PBB supaya mengadakan sidang tergempar adalah suatu perkara yang boleh dikatakan sia-sia. PBB tidak akan bertindak tanpa arahan Israel. Ketika israel menggembur Hizbullah pada 2006, PBB tidak bertindak langsung kecuali selepas Israel seakan-akan mengalami kekalahan. Ketika itu barulah PBB bersidang memohon kedua-dua belah pihak melakukan genjatan senjata.

As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin pernah menyebut : Israel tidak memahami kecuali dengan Bahasa Darah. Sejak bila Israel kenal erti genjatan senjata, sejak bila Israel kenal erti ketaatan kepada perjanjian.

Yahudi Bani Qainuqa’, Yahudi Bani Quraizah, Yahudi Bani Nadhir merupakan bangsa yang pernah melanggar perjanjian dengan Nabi sehingga dihukum buang negeri oleh Nabi ketika itu. Yahudi sekarang ini adalah anak cucu mereka.!

Islam tidak pernah mengajar penganutnya mengkhianati perjanjian. Kalau ada pengikut Islam yang khianat, maka itu bukan dari ajaran Islam.

Malaysia adalah pengerusi OIC. Kenapa PM Malaysia tidak bertindak dengan mengadakan sidang OIC tergempar.

OIC merupakan satu organisasi yang besar tetapi dianggap pengecut. Kebanyakan resolusi dikeluarkan sekadar mengutuk tindakan. Apakah sesuatu kezaliman selesai dengan kutukan. Penulis rasa sudah sampai masanya OIC menerima cadangan Al-Marhum Dato’ Fadhil Nor supaya OIC mempunyai tentera pengamannya sendiri. Jangan berharap kepada PBB, jangan berharap kepada NATO, jangan berharap dengen EU.

Negara umat Islam mempunyai kekuatannya tersendiri. Tentera umat Islam lebih berani dari tentera lain. Sumber bumi negara Umat Islam melebihi sumber negeri yang lain. Jadi apa yang hendak ditakutkan. PM malaysia perlu bertindak segera.

Kalau hanya Malaysia dan Asean mendesak tidak akan mendatangkan apa-apa kesan pun kepada dunia. TETAPI kalau OIC mendesak, mungkin ada kesannya. TETAPI kalau OIC mengugut mungkin ada kesannya, TETAPI kalau OIC mengambil keputusan untuk menghantar tentera pengaman, Mungkin PBB terus bersidang untuk genjatan senjata.

Sampai sekarang negara umat Islam hanya dilihat sebagai negara yang pandai bercakap, memberi komentar, melontarkan idea. Tetapi apabila tiba untuk bertindak, diserahkan kepada pihak lain.

Sampai bila OIC akan dilihat sebagai pertubuhan yang lembik.? Sampai bila OIC akan dilihat sebagai pertubuhan perabis borih joo. Sampai bila OIC akan dilihat sebagai pengeluara resolusi kosong sahaja.

Kalau hendak tunggu PBB akan membela Palestin, penulis yakin keadaan ini tidak akan berlaku. PBB merupakan pertubuhan yang seakan-akan tunduk kepada Amerika. Amerika berada di bawah penguasaan Yahudi. Jadi takkan mereka bertindak untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Mustahil berlaku.

Jadi di sinilah peranan OIC perlu berlangsung..umat Islam diseluruh sudah bangkit menentang. Cuma umat Islam kekurangan pemimpin yang berani untuk menggerakkan mereka supaya ke depan.

Penulis yakin dan pasti, kalau hari ini OIC mengisytiharkan untuk mempertahankan bumi palestin dengan mengbuka peluang sukarelawan. Nescaya tidak sampai sehari, pasti beratus ribu akan mengdaftarkan diri.

Minta maaf, kali ini penulis menulis dengan sedikit emosi. Siapa yang tahan melihat keadaan sebegini berterusan. Siapa yang tidak bersedih melihat anak kecil mati begitu sahaja ,? Cukupkah sekadar berdemontrasi, cukupkah dengan menghantar ubat-ubatan yang entah boleh di bawa masuk atau tidak, cukupkah dengan mengeluarkan pelbagai resolusi tetapi tiada apa-apa tindakan.?

Penulis tidak menafikan kepentingan tindakan-tindakan yang dilaksanakan itu, bahkan tindakan sebegini perlu diteruskan. Cuma umat Islam perlu memikirkan tindakan yang lebih keras dan lebih berkesan. Masyarakat dunia pernah berdemontrasi menentang penyerangan Amerika ke atas bumi iraq, tetapi Amerika tetap meneruskan serangannya.

Palestin memerlukan sokongan dari semua…marilah sama-sama kita berdoa dan cuba memikirkan cara tindakan terbaik untuk kebaikan Palestin..kalau diplomasi gagal …. Sudah sampai masanya OIC mengambil tindakan kekerasan.

Semoga rakyat diberi kekuatan oleh Allah untuk terus sabar dan teguh dalam menghadapi dugaan kali ini…hanya doa yang mampu ku hulurkan…maafkan kami rakyat Palestin.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: