Tuesday, January 27, 2009

PKR perlu bersihkan nama Fairus

Semenjak dua menjak ini blog anti fairus semakin berleluasa. Hampir 40 siri dikeluarkan untuk mencari kelemahan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Pada awalnya penulis hanya ambil endah tidak endah sahaja terhadap tohmahan dalam blog ini. Tetapi lama kelamaan nampak seperti serius dan maklumat yang dipaparkan seolah-olah betul dan tepat. Penulis yakin, pembaca blog tersebut pun berpandangan sedemikian.

Penulis juga menunggu kalau-kalau terdapat pimpinan keadilan mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan media bagai menafikan dakwaan dalam blog tersebut. Tetapi hingga kini sebarang tohmahan yang dilemparkan tidak dijawab sepenuhnya oleh pimpinan keadilan. Ini semua akan mencalarkan peribadi TKM itu sendiri.

Disebabkan tohmahan itu juga, segala kenyataan TKM Pulau Pinang di pandang lekeh dan jelik. Termasuk segala pandangan dan cadangan beliau terhadap isu politik tanah air.

Sepatutnya pimpinan mengambil tindakan yang agresif untuk membersihkan nama Adun Penanti kalau tuduhan itu bersifat dakwaan semata-mata. TETAPI kalau segala tuduhan itu benar dan nyata, pimpinan keadilan perlu mengambil tindakan drastik untuk membersihkan nama Parti Keadilan Rakyat di mata Rakyat.

Islam mengajar kepada umatnya agar setiap berita yang dilemparkan perlu disiasat secara terperinci. Jadi sewajarnya jawatankuasa khas untuk memantau pergerakan exco-exco PKR Pulau Pinang perlu juga berhati-hati dan berani bertindak.

Jangan hanya nama sahaja Jawatankuasa khas, tapi tindakan tidak ada dan kosong. Ini semua akan menurunkan keyakinan rakyat kepada kekuatan PKR itu sendiri.

UMNO pernah memainkan isu ini dengan melaga-lagakan antara PKR dan PAS dengan kenyataan salah seorang ADUN UMNO yang meminta PAS menjadi TKM Pulau Pinang kerana TKM sekarang seorang yang tidak berkualiti. Alhamdulillah isu ini tidak dilayan oleh PAS sebagai sebuah parti yang berpengalaman tinggi dalam politik.

Kalau isu tidak diselesaikan dengan secepat mungkin, bukan sahaja PKR, Populariti Dato’ Seri Anwar Ibrahim pun akan menurun. Rakyat bukan hanya memandang isu ini kepada TKM Pulau Pinang. Rakyat memandang isu adalah berpunca daripada kelemahan DSAI mencari calon yang berkaliber untuk PKR.

Bukan niat penulis untuk mencampuri urusan Parti Keadilan Rakyat. Bukan niat penulis untuk memburukkan kepimpinan parti Keadilan Rakyat. Cuma penulis ingin memberi sedikit pandangan. Harap pimpinan mengambil berat isu ini.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: