Hari ini penamaan calon telah selesai. Walaupun jangkaan akan berlaku pertembungan 5 penjuru, tetapi alhamdulillah dengan kuasa Allah pertembungan hanya berlaku 3 penjuru. Yang menarik ialah calon daripada AKIM menarik diri dan meminta kepada semua penyokongnya supaya menyokong calon PAS.(berita ini tidak ada dalam Utusan). Semua ini adalah kuasa Allah SWT.
Mengikuti laporan Perarakan calon UMNO hampir mencecah 10,000. Manakala perarakan calon PAS hampir mencecah 40,000 . satu kemenangan moral yang pertama kepada PAS. Tetapi diharap PAS tidak leka dengan jumlah yang ramai ini.
UMNO telah mengetengahkan Wan Farid sebagai calonnya. Walaupun sebelum ini pernah diwar-warkan bahawa calon mungkin akan bertukar kerana Wan farid tidak mempunyai kriteria yang dikehendaki oleh TPM Malaysia.
Sebelum PAS mengumumkan calonnya. Calon UMNO dilihat agak agresif bekerja bertemu dengan pengundi. (Penulis difahamkan kebanyakan jentera UMNO kali ini kurang bekerja kerana wan farid seorang yang boleh dikatakan agak sombong.). tetapi selepas PAS mengumumkan calonnya pada 1 Januari 2009. Calon dan jentera BN agak terkesima seketika.
Selepas pengumuman di buat oleh Dato’ Seri Tuan Guru Presiden, hampir kesemua akhbar arus perdana diam seketika daripada melaporkan perkembangan calon PAS. Mungkin mereka tidak menyangka PAS akan mencalon YB Abdul Wahid Endut.
Ketika di PRK Permatang Pauh. UMNO telah memainkan isu liwat DSAI. Tetapi isu ini memakan tuan yang menyebabkan simpati kepada DSAI semakin bertambah. Akhirnya DSAI menang dengan peningkatan majoriti sebanyak 2,000.
Agaknya isu apa yang akan digunakan dalam PRK Kuala Terengganu ini.?
Pada awalnya ramai yang menjangka Umno akan menggunakan isu Hudud dan cabaran kepada Kelantan. Tetapi isu ini dilihat terlampau basi dan lapuk. Berkemungkinan juga isu ini akan dilihat seolah-olah Umno menolak Islam.
Hudud merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Jadi isu ini tidak wajar dipolitikkan. Kalau isu dipolitikkan, penulis yakin dan percaya Umno pasti tersungkur..
Mungkin Umno akan membawa isu keretakan PAKATAN RAKYAT dengan memaparkan pertelingkahan pandangan antara pemimpin PAS, PKR dan DAP. Tetapi isu ini berjaya ditutup dengan kerjasama PAKATAN RAKYAT yang mantap di Kuala Terengganu. DAP ikut sekali berkempen dengan membuka bilik gerakan di Kuala Terengganu. PKR pun melakukan tindakan yang sama.
Mungkin juga Umno akan membawa isu kegagalan PAKATAN RAKYAT dalam mentadbir kerajaan negeri. Tetapi Umno dilihat lebih teruk. Memang tidak dinafikan setiap pemerintahan ada kelemahan. Sekurang-kurang PAKATAN RAKYAT berjaya membawa imej bersih dari rasuah, Umno tidak. Isu ini pasti digagalkan dengan kegagalan kerajaan Terengganu mengagihkan duit royalti kepada rakyat.
Kalau begitu, isu apa lagi yang Umno akan bawah… penulis pun tidak pasti…yang pasti semua isu telah berjaya di patahkan dengan tangan perbuatan mereka sendiri.
Kita tunggu perkembangan selanjutnya
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment