Penulis boleh dikatakan agak lambat member respon terhadap isu ini. Bukan bermakna penulis tidak terfikir atau mengambil penting tentang isu palestin ini. Cuma penulis terfikir macam mana mahu memulakan penulisan ini. Selepas berfikir dan mengikuti perkembangan pengepungan hampir sebulan. Barulah penulis mendapat idea..itupun selepas bersembang dengan tukang gunting di Bandar Baru Bangi, petang hari ini.
Tentera Israel adalah tentera penakut. Ini dapat dibuktikan apabila Hizbullah Berjaya mematahkan serangan kereta kebal canggih Israel pada tahun 2006 terus PBB campur tangan untuk berdamai. Tentera Israel bersedia untuk berdamai apabilan senjata canggih buatan amerika dapat dipatahkan.
Tentera Israel berjuang untuk HIDUP, tentera Islam berjuang untuk MATI. Tentera Israel akan berperang kalau dibekalkan dengan alatan canggih. Tentera Islam akan berperang untuk mempertahankan agama dan tanah air.
Memang tidak dinafikan bahawa keberanian tentera Israel terhadap rakyat palestin ialah kerana sokongan yang diberikan oleh pemimpin Islam di Negara-negara yang berjiran dengan Israel seperti Jordan dan Mesir.
Walaupun rakyat kedua-dua Negara tidak setuju. Walaupun pemimpin pembangkang kedua-dua Negara mengkritik Israel, tetapi pemimpin mereka masih teruskan agenda menyokong serangan Israel. Perdana menteri Mesir Husni Mubarak dan Raja Abdullah (raja Jordan) tidak pernah menyatakan sokongan terbuka, tetapi tindakan mereka mereka menutup sempadan ke Israel merupakan salah satu daripada tanda sokongan mereka terhadap serangan Israel kepada Palestin.
Bagi penulis, sokongan kedua-dua Negara inilah punca keberanian tentera Israel menyerang Ghazza. Kalau sempadan Israel di buka di Mesir dan Jordan. Penulis yakin dan percaya begitu ramai pejuang-pejuang yang akan membantu samada dari segi ketenteraan ataupun bantuan kemanusiaan. (Penulis difahamkan bahawa penutupan pintu sempadan kedua-dua Negara atas arahan Israel.)
Bantuan inilah yang menggerunkan tentera Israel. Kalau tentera hamas itu dihadapi oleh Israel dengan penuh susah payah, bagaimana dengan bantuan tentera Islam yang lain. Tentu akan menakutkan lagi tentera Israel yang sedia takut itu.
Umat Islam mempunyai ramai pengikut yang begitu bersemangat untuk berjuang. Ketika peperangan di Iraq meletus, kedutaan Iraq di Syria pernah membuka peluang kepada para mujahidin untuk pergi berjuang ke Iraq dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke sana. Penulis melihat sambutan yang diberi begitu menggalakkan. Walaupun seruan itu merupakan satu perangkap pihak musuh. Akhirnya golongan yang pergi itu terpaksa pulang begitu sahaja selepas dikhianati oleh tentera tempatan yang bersetongkol dengan tentera amerika. (maklumat ini, penulis dapat daripada pensyarah Kuliah Dakwah, Damsyik, Syria).
Umat Islam tidak kurang daripada kelengkapan canggih. Hizbullah pernah mengharumkan nama umat Islam apabila berjaya menghancurkan kereta kebal canggih buatan amerika. Pencipta bom nuclear di Pakistan dan India adalah mereka yang menganut agama Islam.
Penulis bukan menyeru kepada keganasan. Islam bukan agama yang menyeru kepada keganasan. Tetapi Islam adalah agama yang bertindak kena dengan waktunya. Kalau musuh mengganas umat Islam wajib mempertahankan diri. Kalau musuh merampas tanah umat Islam. Jihad menjadi kewajipan kepada penduduk tersebut untuk mengambil balik hak tersebut.
Sejarah telah membuktikan bahawa peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat adalah untuk melebarkan dakwah. Peperangan Badar berlangsung kerana ingin mengambil kembali harta muhajirin yang dirampas oleh Quraisy. Peperangan Uhud berlangsung kerana Quraisy ingin menebus kembali kekalahan di Badar. Peperangan Al-Ahzab berlangsung kerana nabi ingin mempertahankan Madinah daripada kepungan Tentera Qurasy dan sekutu-sekutunya. Begitu juga dengan peperangan yang lain.
Berbalik kepada isu pemimpin Islam yang bangsat ini. Penulis berharap umat Islam bukan sahaja mengutuk dan mendoakan kecelakaaan kepada tentera Israel. Tetapi kutukan dan doa kecelakaan juga perlu ditujukan kepada pemimpin Islam yang bersetongkol dengan tentera Israel ini.
Kalau pintu sempadan di Jordan dan Mesir di buka tentu lain kesimpulannya kepada rakyat palestin hari ini. Kalau kedua-dua pintu ini dibuka, rakyat palestin tidak akan mati kelaparan. Kalau kedua-dua pintu ini dibuka, rakyat Palestin akan menikmati bantuan perubatan. Kalau kedua-dua pintu ini dibuka, rakyat Palestin akan menerima bantuan kemanusiaan. Bahkan kalau kedua-dua pintu ini dibuka rakyat palestin akan diberi bantuan persenjataan dan tentera sukarelawan.
Pun begitu, masih belum terlambat untuk kedua-dua negeri ini untuk bertindak. tunjukkan sifat sayang sahabat sebangsa dan seagama untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin.
Penulis ada terdengar bahawa kalau peperangan ini berlarutan, Syria akan masuk campur. Kalau kenyataan ini betul-betul berlaku, tahniahlah buat Republik Arab Syria dan sepatutnya dicontohi oleh Negara umat Islam yang lain.
Penulis mencadangkan agar desakan PAKATAN RAKYAT untuk memanggil sidang parlimen tergempar bukan sahaja membincangkan isu kekejaman Yahudi ke atas rakyat palestin. Tetapi PAKATAN RAKYAT perlu mendesak agar Mesir dan Jordan perlu membuka sempadan Palestin Negara masing-masing agar sebarang bantuan dapat dihulurkan.
Oleh itu, umat Islam perlu sama-sama berdoa agar angin perubahan Islam perlu berlaku di Jordan dan Mesir agar kegemilangan Islam dapat ditegakkan kembali di Bumi Arab ini.
Kalau berdoa untuk kecelakaan tentera Israel, jangan lupa masukkan sekali nama Perdana Menteri Mesir dan Raja Jordan, kerana mereka berdua boleh dikatakan antara punca keberanian tentera Israel dalam serangan ini.
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment