Tarikh pengundian semakin hampir. Debaran semakin kencang. Entah siapa yang akan menang. Yang pasti pertarungan kali cukup sengit, bagai buku bertemu ruas.
Semalam penulis ada terdengar cakap-cakap mengenai kempen Calon BN Wan Farid. Antara lain calon BN ini menyebut : Saya dah tak ada apa-apa lagi kalau kalah, sedangkan calon PAS masih lagi seorang ADUN.
BN juga menjanjikan bahawa kemenangan calon ini akan membawa kepada pertambahan seorang lagi rakyat terengganu sebagai seorang ahli parlimen dan timbalan Menteri. Jadi suara rakyat Terengganu akan lebih didengari.
Ini semua antara modal kempen Umno dalam PRK kali ini. Nampaknya agak berkesan untuk golongan kurang mengambil tahu hal ehwal semasa.
Kekalahan Calon Umno tidak merugikan apa-apa pun. Malah menguntungkan rakyat. Kenapa.?
Walaupun Calon BN kalah, semestinya beliau akan diberi tanggungjawab dalam kerajaan bagi menggantikan jawatan yang beliau lepaskan sebelum ini. Bukahkah Kerajaan Terengganu adalah Kerajaan Pimpinan Umno, bukankah Kerajaan Pusat adalah Kerajaan pimpinan Umno.?
Tetapi jika PAS memenangi PRK ini, sudah tentu Umno terpaksa mempergiatkan usaha dengan memperbanyakkan bantuan kewangan kepada rakyat Terengganu bagi memastikan Umno terus kekal memerintah.
Ini semua akan menguntungkan rakyat bawahan. Kadang kala Umno perlu diajar dengan memberi kekuatan kepada pembangkang.
Sudah sampai masanya rakyat menunjukkan kekuatan demokrasi dengan menumbangkan pemimpin yang zalim, perasuah, tidak bersih,
Sudah sampai masanya rakyat memilih pemimpin yang berprinsipkan Islam sebagai asas pergerakan. Hanya ISLAM yang mampu menyelamatkan manusia.
Pemimpin yang berasaskan kebanggsaan akhirnya akan mementingkan perut sendiri daripada rakyat. Sampai tidak pernah kedengaran bahawa terdapat wakil rakyat BN yang kesusahan kerana rakyat. Yang kedengaran ialah wakil rakyat BN kemewahan kerana rakyat yang menyokong.
Ingat, setiap sokongan dan undi kita akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Oleh itu, kita sepatutnya membuat pilihan yang bijak bagi memastikan setiap pergerakan kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment