Saturday, February 21, 2009

Lompat Parti…Rakan Pakatan perlu contohi PAS

Kemelut lompat parti agak reda sedikit. Mengikut apa yang diperkatan oleh Ketua BBC Perak YB Khalid Adham Lim Abdullah (Harakah Bil 1416) bahawa ketiga-tiga Adun lompat sekarang berada dalam keadaan tertekan. Walaupun mereka mendapat wang yang berjuta-juta. Tapi maruah mereka telah hilang di mata rakyat. Bahkan bagi Adun yang beragama Islam, mereka menanggung kemurkaan Allah SWT atas sebab mengkhianati amanah rakyat.

Ini semua kehinaan yang ditanggung atas dunia. Mungkin dengan sebab ini, Adun dan ahli Parlimen PR lebih rela letak jawatan dari lompat parti. itupun kalaulah Yang Berhormat daripada PR mendapat ugutan dari BN.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang diasaskan semenjak tahun 1951 telah mempunyai pengalaman berdepan dengan Adun yang mengkhianati parti. Lompat parti inilah yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan pada tahun 1961.

Ekoran daripada itu, PAS sentiasa meletakkan syarat yang ketat untuk menjadi calon. Antaranya seseorang calon itu hendaklah mempunyai akhlak Islam yang jitu, tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil. Selepas lulus tapisan yang pertama ini di peringkat Majlis Syura Ulamak. Barulah seseorang calon itu ditapis mengikut kesesuaian politik di kawasan masing-masing.

Ini bermakna akhlak seorang calon di jadikan asas utama. Bukannya kehebatannya berpolitik semata-mata. Kalau seorang ahli politik yang handal tetapi korup akhlaknya akan menyebabkan berlakunya gejala yang tidak sihat seperti lompat parti dan seangkatan dengannya.

Menjadi calon Pembangkang besar cabaran dan dugaannya. Calon pembangkang bukan sekadar letih ketika pilihanraya semata-mata. Bukan sekadar peribadi diteropong ketika pilihanraya. Bahkan apabila seseorang calon menyatakan persetujuan untuk bertanding, ketika itulah, musuh-musuh datang mengintip segala tindak tanduk dan tingkah laku. Apatah lagi jika kawasan yang ditandingi itu menang.

Semenjak dulu lagi, Adun Pembangkang bukan sahaja dinafikan peruntukan tahunan Adun. Bahkan diperlakukan oleh kerajaan BN seperti bukan seorang Adun. Contohnya apa yang dilaporkan oleh Adun PAS di Pahang yang telah dinafikan hak untuk menghadiri program rasmi kerajaan di kawasan beliau sendiri.

Kini, apabila BN menghadapi zaman gelapnya. Tekanan semakin bertambah. BN telah menggunakan politik Gengster (menurut Mursyidul Am PAS) dengan menggunakan teknik ugut, culik dan beli.

Alhamdulillah dalam segala isu yang berlaku. Tidak kedengaran pula terdapat Adun dan Ahli Parlimen PAS lompat parti atau diugut. PAS pernah menempa sejarah gemilang apabila kesemua Adun PAS di Kelantan berjaya dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Ketika itu (2004-2008), Kerajaan PAS hanya memerintah dengan majoriti 1 kerusi. Ketika itu, terdapat Adun-adun PAS cuba ditawarkan untuk khianat kepada PAS dengan harga RM 5 juta (5,000,000.00). alhamdulillah, hasil tarbiyyah dan keteguhan perjuangan. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah.

Inilah keberkesanan daripada prinsip perjuangan yang jelas dan kriteria calon yang ketat berdasarkan kepada pandangan Islam. Dalam isu ini, penulis tidak berniat untuk memperlekehkan rakan-rakan dalam PR. Cuma rakan Pakatan perlu mengambil contoh daripada keteguhan Yang berhormat dari galangan PAS. kemungkinan rakan Pakatan perlu mengambil contoh bagaimana cara PAS meluluskan seseorang calon untuk bertanding.

Apapun penulis turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Adun Bukit Lanjan yang telah diaibkan dengan begitu rupa. Penulis cukup memuji tindakan beliau untuk meletak jawatan supaya parti dan PR tidak terjejas daripada isu ini. Letak jawatan lebih bermaruah daripada lompat parti.

www.attakiri.blogpot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Friday, February 20, 2009

Relaks Seketika


Kebetulan pagi tadi, tanpa disedari, anak sepupu telah tag penulis..jadi penulis dengan senang hati menyambut permainan ini…saje jee..rehat sekejap

Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)

1) Anak Kunci
Kegunaan asal – untuk buka ibu kunci laa.
Kegunaan sampingan – sebagai bahan permainan Asiah..jimat duit sikit

2) Penutup Pen
Kegunaan asal – sebagai penutup pen. Pen pun reti pakai penutup
Kegunaan sampingan – untuk tutup kayu sugi, penulis pernah lihat orang buat..tapi penulis tak pernah buat. Bolehlah cuba lepas ni

3) Botol Mineral
Kegunaan asal – letak air mineral lah
Kegunaan sampingan – tabung simpanan..tapi letak duit kertas je…ini penulis buat hehehe. Untuk simpanan masa depan

4) Paper lama
Kegunaan asal – simpan sebagai bahan sejarah..konon je lah
kegunaan sampingan – buat alas makan jee..mudah dan mesra alam.

5) Seluar 'D' lama
Kegunaan asal – untuk penuhkan almari
Kegunaan sampingan – buat tempat tidur kucing..kebetulan kucing kat rumah nak beranak baru ni.

6) Lesung batu
Kegunaan asal - menumbuk bahan masakan tradisional..sekarang orang pakai pengisar dah
Kegunaan sampingan – sekali sekal jadi permainan Asiah…

7) Langsir
Kegunaan asal - kehiasaan rumah/keceriaan rumah.
Kegunaan sampingan – lap tangan…masa muda-muda dulu pernah buat..sekarang ni, sekali-sekalalah

8) Komputer pejabat
Kegunaan asal - buat kerja rasmi.
Kegunaan sampingan – tak tau..sebab tak pernah guna komputer pejabat…hanya laptop peribadi aje di bawa ke hulu ke hilir…

9) Duit syiling
Kegunaan asal – untuk beli apa-apa yang patut khususnya untuk tambah nilai Touch N Go
Kegunaan sampingan – entah..kadang-kadang terbuang macam tu je….

10) Laman Blog
Kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru dan untuk tukar-tukar pendapat.
Kegunaan sampingan – diari peribadi kot…kalau tak caye tanya kat ayah dan ummi izzah..sebab itu blog dia not foud..

Okey…naseh…tag telah disambut..macam mana power tak jawapan..hehehe..

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Tolonglah jangan merosakkan Agama ini wahai mufti-mufti

Semenjak MB Perak yang sah memohon sembah derhaka, heboh media-media pro kerajaan memperkatakan bahawa MB perak telah menderhaka. Walhal perkataan itu hanya bahasa istana yang mesti dipakai apabila berurusan dengan keluarga di raja.

Selepas timbul isu ini, UMNO mula mencari ulamak-ulamak yang boleh menyokong survival politik mereka. Mungkin bagi pandangan UMNO, rakyat akan menerima pandangan daripada ulamak-ulamak yang agak kaku dengan persoalan politik semasa.

Isu derhaka ini telah menyebabkan mufti Perak dan Wilayah Persekutuan mengeluarkan pandangan bahawa haram bagi rakyat menderhaka dengan pemimpin berpandukan dengan dalil-dalil yang telah dijelaskan dalam Al-Quran.

Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang hujjah-hujjah kedua-dua mufti ini kerana ianya telah dijawab oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din dalam Harakah bil 1416 edisi jumaat dan harakah daily. Apa yang dijelaskan oleh beliau sudah cukup untuk rakyat menolak hujjah dangkal mufti-mufti terbabit.

Kesan daripada pandangan-pandangan mufti ini yang lebih memihak kepada kezaliman, rakyat mula mencemuh institusi mufti yang patut dihormati. Kalau sebelum ini, mufti Perak agak dihormati kerana lantang dalam menyuarakan pandangan dalam isu bollywood, sure heboh dan murtad. Kini hormat dan segan rakyat semakin mengendur. Bahkan penulis pernah membaca satu artikel yang mempertikaikan kemampuan akademik beliau sebagai seorang mufti.

Begitu juga dengan mufti wilayah persekutuan yang dikatakan agak sombong dalam bercakap. Contohnya ketika ustaz ramlang Porigi yang mempertikaikan sumpah Mula’anah yang dibuat oleh Saiful Bukhari di Masjid Wilayah persekutuan yang dikatakan tidak sah. Kebetulan ketika itu ustaz Ramlang dipaksa untuk diperalatkan menjadi saksi terhadap sumpah tersebut. Ketika itu juga, mufti bertindak dengan memperendahkan kemampuan ramlang porigi dari ilmu.

Bagi penulis, ustaz ramlang porigi lebih berprinsip daripada mufti Wilayah walaupun mungkin boleh disebut ilmu seorang mesti lebih hebat dari seorang imam.

Rakyat selalu memperkatakan kenapa mufti-mufti Malaysia tidak menonjol dalam menegak perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Institusi mufti agak menonjol ketika Dato’ Dr Asri Zainal Abidin menjadi mufti. Boleh dikatakan beliau agak cepat mengeluarkan pelbagai kenyataan samada menguntungkan parti pemerintah atau parti pembangkang.

Mufti-mufti Malaysia dilihat beku dari mengeluarkan segala pandangan-pandangan semasa yang diperlukan oleh rakyat. Contohnya tentang isu ISA, hudud, rasuah, penipuan SPRM, hak asasi manusia dan banyak lagi.

Ini bukan bermakna para mufti di ajak condong kepada politik kepartian. Persoalan politik negara, sepatutnya di ambil tahu oleh seorang mufti. Mufti bukan berperanan sekadar mengetuai bacaan doa, talqin, tahlil, solat jenazah semata-mata. Politik adalah sebahagian daripada Islam. jika mufti tidak ambil tahu hal ehwal politik, seolah-olah para mufti mengsukukan antara agama dan politik (Harap tidak begitu). Waiazubillah.

Islam bukan hanya berkaitan dengan kematian sahaja. Islam adalah cara hidup. Oleh itu para mufti perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang bertepatan dengan islam untuk mengajar masyarakat tentang peri pentingkan masyarakat mengamalkan Islam.

Di zaman kegemilangan Islam, ulamak cukup dihormati kerana keberaniannya mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa berdepan dengan kemurkaan pemerintah. Boleh dikatakan semua ulamak muktabar pernah merasa di zalimi oleh pemerintah kerana mempertahankan pandangan mereka.

Penulis tidak berniat untuk merendahkan institusi mufti ini. Bahkan penulis menjunjung tinggi institusi ini. Cuma penulis bimbang dengan gerak-geri sesetengah mufti yang kadang-kadang agak bendul politik menyebabkan masyarakat hilang hormat terhadap para mufti dan ulamak.

Penulis cukup bimbang jika rakyat terlampau bermudah-mudah menuduh ulamak-ulamak sebegini sebagai ulamak su’. Sedangkan tidak ada ulamak yang rela dirinya dituduh demikian.

Harap para mufti dapat muhasabah kembali bagaimana untuk menaikkan taraf institusi ini supaya dipertingkatkan. Penulis agak bersetuju dengan pandangan agar institusi ini ditanggung oleh jabatan wakaf atau zakat supaya setiap pandangan mufti bebas dan tidak terikat dengan agenda kerajaan. Mungkin pandangan sebegini boleh dikaji supaya institusi mufti lebih bebas.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Wednesday, February 18, 2009

Kesan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Penulis sempat membaca kajian Dr. Haji Awang Sariyan dan Kamal Shukri Abdullah Sani yang bertajuk Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran Sains dan Matematik di Institusi Pendidikan di Malaysia. di sini penulis nukilkan kesimpulan daripada kajian tersebut untuk tatapan para pembaca.


1. Di sekolah rendah kebangsaan (Tingkatan 1-6) dan menengah rendah (Tingkatan1-3), hanya mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris.


2. Mulai sekolah menengah atas (Tingkatan 4-6) kira-kira 47 mata pelajaran Sains/Matematik dan yang bersekutu (teknik vokasional), iaitu peringkat SPM akan diajarkan dalam bahasa Inggeris.


3. Hanya 19 mata pelajaran peringkat SPM dijangka kekal pengajarannya dalam bahasa Melayu.


4. Peringkat pendidikan lepas SPM ( tingkatan enam, matrikulasi, dan universiti bagi program diploma dan ijazah) akan lebih bertambah kursusnya dalam bahasa Inggeris yang dilihat dapat mencapai angka melebihi seribu kursus (1000) bagi satu universiti sahaja.


5. Sekalipun bahasa Melayu dikatakan kekal sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di Malaysia (seperti termaktub dalam Perlembagaan Perkara 152.) , tetapi peranan bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan teknologi akan tersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad, khususnya bagi pendidikan tinggi (era selepas SPM) sedangkan bahasa Melayu telahpun banyak meneroka bidang tersebut dengan lebih 800,000 istilah, 200,000 buah buku pelbagai judul, dan sebagainya. Segala usaha tersebut hanya perlu disempurnakan serta dibaiki dari semasa ke semasa.


6. Potensi bahasa Melayu (sebagai bahasa keempat terbesar di dunia) dinafikan dan seolah-olah tidak diakui, dan kerana itu tidak akan berkembang maju sehingga bila-bila, bagi pengucapan bidang ilmu Sains dan teknologi, malah seolah-olah tidak layak untuk 842 Kongres Bahasa dan Pensuratan Melayu VI membicarakan bidang ilmu tersebut, dan hanya layak atau terbatas bagi pengucapan bidang umum yang lain sahaja, seperti sastera dan kemasyarakatan.


7. Peratus mata pelajaran berbahasa Melayu jelas kelihatan mengalami hakisan mulai pendidikan peringkat menengah atas (Tingkatan 4-6 dan Matrikulasi) dan seterusnya menjunam teruk ke ambang kepupusan di peringkat universiti, yang begitu jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu semakin terhakis khususnya bagi pengajaran ilmu moden, sains, dan teknologi. Keadaan ini bermula dengan 60% di pendidikan rendah, menjadi 62% di sekolah menengah rendah(Tingkatan 1-3), seterusnya merosot kepada 35% di peringkat menengah atas (Tingkatan 4-5), merosot lagi menjadi 20% bagi Tingkatan Enam dan Matrikulasi dan seterusnya menjunam lagi sehingga tinggal 9% di peringkat universiti. Manakala hal yang sebaliknya berlaku bagi penggunaan bahasa Inggeris, iaitu peningkatan secara terancang bagi mengambil kembali peranan bahasa Melayu (bahasa rasmi dan bahasa Kebangsaan negara ini) sebelum ini, sebagai bahasa pengantar bidang ilmu sains dan teknologi selama kira-kira 30 tahun. Daripada 40 penggunaan di peringkat sekolah rendah menjadi 38% bagi menengah rendah (Tingkatan1-3), meningkat dengan mendadak kepada 65% bagi menengah atas (Tingkatan 4-5 Sains), dan seterusnya meningkat lagi kepada 80% bagi peringkat Tingkatan 6 dan Matrikulasi, dan mencapai kemuncaknya, iaitu 91% penggunaan di peringkat universiti.


Jadi, marilah sama-sama kita berhimpun pada 7 Mac 2009 nanti bagi menyatakan bantahan terhadap penerusan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.


Kita bukan menentang bahasa Inggeris. Bahkan kita menggalakkan agara rakyat Malaysia dapat menguasai pelbagai bahasa. TETAPI jangan sampai TERGADAI bahasa sendiri.


BAHASA LAMBANG BUDAYA BANGSA


www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...