Thursday, February 5, 2009

Hanya kepada Allah tempat bergantung

Sultan Perak telah mengarahkan agar MB Perak mengosongkan kerusi selepas baginda mendengar dan meyakini bahawa BN telah cukup kerusi majoriti untuk memerintah negeri Perak. Pun begitu, MB Perak akan berusaha sekali lagi untuk berbincang dengan tuanku Sultan selaras dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan negeri Perak Darul Ridhuan.

Malam ini akan diadakan munajat perdana untuk mengadu kepada Allah SWT tentang segala perancangan buruk BN yang ingin merampas amanah rakyat. BN sepatutnya gerun terhadap apa yang berlaku pada malam ini.

Rakyat bukan berhimpun untuk menimbulkan kekacauan. Rakyat tidak berhimpun untuk menentang keputusan tuanku Sultan. Rakyat tidak berniat berhimpun untuk bikin kacau. Tetapi rakyat berhimpun untuk MENGADU KEPADA ALLAH.

Islam sentiasa menyuruh umatnya berusaha selagi mampu, kemudian berserahlah kepada Allah. Setiap perancangan yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Yang pasti anggaplah apa yang berlaku ini suatu pengalaman dan pengajaran yang amat berharga.

Selepas sultan menitahkan agar MB perak dan exco-exconya meletak jawatan. Kepada Allahlah sultan yang teragung memohon petunjuk bagi menyelesaikan segala kemelut ini dengan cara yang terbaik.

Harap semua umat Islam dapat sama-sama berdoa supaya kerajaan PR Perak dapat dipertahankan . Semoga senjata politik yang digunakan oleh musuh akan membahamnya kembali….senjata makan tuanlah.

Ya Allah, wahai tuhan yang memiliki segala kekuasaan di langit dan di bumi, kau jadikan segala strategi mereka untuk menghancurkan mereka, KAU jadikan senjata yang mereka gunakan terbenam di dada mereka sendiri…kepadaMU kami mengadu segala kesusahan kami, kepada Mu lah kami meminta pertolongan…ya Allah, perkenankan lah doa kami…

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: