Wednesday, February 11, 2009

Politik Kotor ?

Suasana politik Malaysia semakin merimaskan. Selepas PRU12, keadaan politik terus menerus tidak stabil. Entah salah siapa.? Ada yang memainkan sentimen perkauman dengan harapan isu 13 mei bangkit kembali. Ada yang memainkan isu lompat melompat parti sehingga rasuah, ugutan, culik menjadi ayat yang sinonim dalam arus politik negara.

Semua ini akan menggambarkan keadaan politik yang kotor. Sebab itu, timbul saranan politik suku agama suku. Saranan ini mungkin boleh dipersetujui oleh golongan yang tidak faham makna politik mengikut lunas Islam. Politik suku agama suku inilah yang telah mempengaruhi masyarakat melayu pada awal 60’an.

PAS ditubuhkan atas dasar menerangkan bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam. PAS yang ditubuhkan secara berjemaah apabila seluruh ulamak setanah melayu berhimpun bagi menubuhkan sebuah persatuan untuk menjadi wadah kepada umat Islam berpolitik.

Alhamdulillah dengan kesungguhan para ulamak-ulamak PAS, ungkapan politik suku agama suku semakin tidak kedengaran lagi. Bahkan pemimpin negara begitu takut untuk menyebut ungkapan ini walaupun perlaksanaan yang dijalankan oleh pemerintah feudral masih lagi dilihat seakan-akan mengiyakan ungkapan tersebut.

Isu lompat parti telah bermula pada tahun 1961 dan telah dimulakan oleh BN sendiri. Isu beli, culik, rasuah, ugut dan sebagainya telah pun bergema seawal Malaysia merdeka. Inilah antara politik zionis yang telah diamalkan oleh UMNO sejak sekian lama.

Politik adalah sebagian daripada Islam. Islam mengajar kepada umatnya supaya mengambil kuasa politik untuk melaksanakan keadilan yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Khomeini mengambil kuasa politik di Iran melalui revolusi, Taliban mengambil kuasa politik di afghanistan melalui perang, PAS perlu mengambil kuasa politik di Malaysia melalui pilihanraya. Semua ini tidak bercanggah dengan Islam selagi mana syarat-syaratnya dipatuhi.

Rasulullah SAW mengambil kuasa politik di Madinah dengan menggunakan pendekatan dakwah dengan mengajak semua penduduk madinah memeluk agama Islam. selepas kuasa politik dicapai, barulah penduduk dunia ketika mula membuka mata mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PAS telah menggunakan kuasa politik dengan memperkenalkan begitu banyak keindahan dan keadilan Islam kepada semua kaum. Sistem kifalah, ladang rakyat, enakmen perlaksanaan Syariah dan pelbagai lagi. Ini semua menandakan bahawa PAS komited menggunakan segala kuasa yang ada untuk memperkenalkan Islam.

Politik tidak kotor sebenarnya. Tetapi yang mengotorkannya ialah mereka yang berpolitik bercanggah dengan apa yang diajarkan oleh Islam.

Politik bukan bermakna matlamat menghalalkan cara. Tetapi politik ialah menggunakan kuasa untuk mengembalikan fitrah manusia. Fitrah manusia dapat dikembalikan dengan perlaksanaan Islam.

Apabila pemimpin politik menggunakan rasuah dalam politik, menggunakan ugutan dalam politik, menggunakan kuasa untuk memewahkan diri sendiri, menggunakan kuasa untuk menzalimi rakyat sendiri. Maka dengan sendirinya masyarakat akan memandangan politik ini kotor. Padahal yang kotor bukan politik, tetapi yang kotor ialah mereka yang mengkhianati amanah dalam berpolitik.

Oleh ungkapan yang wajar disebut kepada mereka yang menyeleweng dalam politik ialah PENGKHIANAT POLITIK.

Kalau politik digunakan untuk kepentingan peribadi, orang sebegini wajar digelar PENGKHIANAT POLITIK.

Kalau politik digunakan untuk mengkayakan keluarga dan sahabat handai sendiri, orang sebegini wajar digelar PENGKHIANAT POLITIK.

Kalau politik digunakan untuk menolak perlaksanaan Islam, orang dan parti sebegini wajar digelar PENGKHIANAT POLITIK.

Semua pengkhianat-pengkhianat politik ini patut ditolak oleh rakyat Malaysia pada pilihanraya umum yang akan datang.

InsyaAllah kuasa politik Malaysia akan berpihak kepada Islam dalam PRU13 nanti.sama-samalah kita bekerja dan berdoa.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

1 comment:

Cikli said...

salam...

politik menjadi medan dakwah bagi orang Islam.

Islam sepatutnya jadi panduan untuk orang yang berpolitik.