Thursday, February 5, 2009

Perak dalam Sejarah

Hingga kini Tuanku Sultan belum mengeluarkan apa-apa pengumuman tentang situasi politik negeri Perak. Walaupun berkemungkinan besar, sultan akan merestui mandat baru dari BN dan menolak mengadakan pilihanraya semula. Ini semua andaian penulis. Berkemungkinan juga tuanku Sultan memperkenan untuk diadakan semula pilihanraya supaya kerajaan baru mendapat mandat yang kukuh daripada rakyat. Apa pun kita menunggu keputusannya hari ini.

Kalau sebelum ini, penulis hanya membaca dalam sejarah sahaja tentang bagaimana kejahatan Umno membeli dan menculik wakil rakyat untuk mendapatkan kuasa seperti yang berlaku di Terengganu dan Kelantan. Kini, penulis melihat dan mendengar sendiri isu ini didepan mata. Memang satu pengalaman yang cukup memeritkan dan berharga. Kalau kerajaan Perak dijatuhkan dengan cara tidak beretika ini, nescaya perancang utama akan dikutuk,dicaci dan dihina sehingga berzaman-zaman, sebagaimana yang pernah berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Wakil rakyat yang dibeli itu tidak akan dipercayai oleh masyarakat sampai bila-bila. Walaupun wang dapat hasil dari maruah yang dijual itu agak banyak. Tetapi adun yang dibeli itu tidak akan berbahagia dengan hasil wang tersebut. Wang tersebut adalah wang rakyat, wakil rakyat itu telah menjual amanah rakyat. Jadi jawablah di hadapan Allah SWT. Kalau wakil rakyat sebegini ingin bertaubat, maka mereka hendaklah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat dan wang yang di makan, seboleh-bolehnya dipulangkan balik.

Di perak, punca kepada berlakunya lompat parti ialah bermula dari isu kemasukan Adun Bota ke dalam PKR, kemudian disusuli dengan kehilangan dua Adun dari PKR dan seorang Adun dari DAP. Penulis tidak kisah sangat tentang pengkhianatan DAP. Tapi penulis cukup terkilan, 2 orang wakil rakyat yang beragama Islam yang sanggup mengkhianati amanah sehingga menjualnya dengan harga yang murah. mereka sanggup menjual syurga demi neraka yang diidamkan.!.

Apabila seorang pemimpin melaksanakan amanah dengan begitu baik, sudah tentu syurga balasannya. Kalau pemimpin menjual dan mengkhianati amanah yang dipegangnya, sudah tentu neraka balasannya.

Islam cukup memandang tinggi kepada mereka yang amanah dalam kepimpinan. Bahkan pemimpin mempunyai tanggungjawab besar dalam menerangkan Islam dari sudut praktikal. Tapi kedua adun ini telah mengkhianati amanah, sekali gus mengkhianati ajaran Islam.

Bermewahlah dengan RM 25 itu, makanlah sampai pecah perut dengan RM 25 itu, melanconglah sesuka hati dengan RM 25 itu, belilah rumah sampai 100 buah dengan RM 25 juta itu. Buatlah apa sahaja. TETAPI ingat kamu akan ditanya oleh Allah SWT. TETAPI ingat wang yang diperolehi dan dibelanjakan itu akan dipersoal oleh Allah SWT. TETAPI ingat pengkhianatan kamu bukan sahaja mendapat kutukan Allah SWT, tetapi mendapat kutukan manusia zaman berzaman.

Penulis tidak marah kalau rakyat sendiri menolak PAKATAN RAKYAT melalui medium terbuka seperti Pilihanraya. Penulis rasa PR pun menerima dengan kekalahan ini. Tapi penulis cukup berang dan bengang jika rakyat dipermainkan dengan isu lompat parti.

Sejak dahulu lagi penulis cukup tidak bersetuju dengan isu lompat parti ini (lihat ini dan ini). PAS dan DAP pun tidak bersetuju. Inilah hasilnya kalau lompat parti terjadi. Amanah rakyat akan dijadikan sebagai bola oleh pemimpin. Tidak kiralah perkara ini berlaku kepada BN atau PR.

Cukuplah dengan Perak menjadi pengajaran kepada Pakatan Rakyat. Tugas PR sekarang ialah memastikan agar kerajaan PR yang lain tidak jatuh dengan taktik kotor BN itu.

Mungkin inilah kali terakhir negeri PR ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik sebelum BN menemui ajalnya. Apa pun, isu ini pasti akan memakan BN kembali. Rakyat sudah hilang sedikit kepercayaan kepadan TPM Malaysia untuk memegang tampuk pemerintahan pada bulan Mac nanti. Rakyat tidak mahukan seorang PM yang tidak bersih.

Isu Perak akan dijadikan hujjah yang paling kukuh untuk menafsirkan kejahatan seorang TPM Malaysia.

Semoga BN akan tumbang. Biarlah Perak menjadi mangsa terakhir…….selepas ini, rakyat pasti bangkit dengan kuasa rakyat untuk menumbangkan kerajaan BN yang semakin melampau sekarang ini. Ingat BN hanya dapat dijatuhkan dengan kuasa rakyat.

Pengulangan sejarah berlaku dalam situasi yang cukup berbeza. Ketika Terengganu dijatuhkan dengan cara yang tidak demokratik, rakyat Malaysia tidak mendapat maklumat sepenuhnya tentang penipuan itu. Tapi kini, peristiwa yang berlaku akan menyebabkan kebencian kepada BN akan terus bertambah kerana terlampau banyak media-media alternatif yang boleh dibaca dan disebarkan oleh rakyat.

BN berjaya merampas Perak. PR pasti akan mengambil alih pemerintahan Malaysia pada PRU 13 nanti. Jadikan Perak sebagai batu loncatan untuk memenangi Malaysia InsyaAllah.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: