Ceramah malam ini hanya dapat diadakan diperkarangan kediaman Menteri Besar kerana Polis tidak mengeluarkan permint untuk berhimpun di stadium. Pun begitu, harakahdaily melaporkan hampir 10 ribu yang hadir untuk mendengar dan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Perak.
Pada hari jumaat pula (6 Februari 2009), MB Perak meminta semua rakyat berhimpun di masjid Ubudiyyah, kuala Kangsar bagi menunjukkan protes besar-besaran terhadap perbentukan kerajaan baru BN.
Tindakan ini bukan bermakna ingin menderhaka kepada tuanku sultan. Bahkan MB Perak dan exco memohon untuk berbincang dengan lebih lanjut dengan tuanku Sultan agar ketegangan politik Perak dapat diselesaikan dalam suasana yang cukup aman.
PAS, DAP dan PKR membuat sedemikian kerana menghormati undang-undang tubuh negeri Perak. Sultan bergerak atas perlembagaan, rakyat juga bergerak atas perlembagaan. Kalau perlembagaan cuba dicabuli, nescaya keadaan negara atau negeri akan menjadi terabur dan huru-hara.
Oleh itu, Pakatan Rakyat melalui MB Perak menfailkan kekosongan 3 Adun yang melompat keluar ke mahkamah. Ini diputuskan supaya undang yang sedia ada tidak dikhianati sewenang-wenangnya oleh siapa pun. Sekali gus SPR perlu mengumumkan PRK dalam masa 60 hari untuk ketiga-tiga Adun tersebut
Dato’ Maharaja Lela dibunuh kerana membela raja yang dipermainkan oleh J.W.W Birch. Begitu juga dengan situasi sekarang, MB dan exco Perak membela tuanku sultan supaya tidak dipermainkan oleh politik kotor BN. Sebab itu, PR menentang dan memulaukan perbentukan kerajaan baru pada esok hari.
Undang-undang tubuh negeri Perak dengan jelas menyebut bahawa untuk menukar sesebuah kerajaan yang sah hanya dengan 3 cara :
1. Sultan memperkenankan pembubaran DUN Perak sebagaimana permohonan MB Perak.
2. MB Perak meletakkan jawatan.
3. Usul undi tidak percaya dalam sidang DUN akan datang.
Oleh itu, MB Perak dan Exco hanya patuh kepada apa-apa yang termaktub dalam perlembagaan tersebut sahaja.
Pun begitu, penulis masih menaruh kepercayaan yang tinggi kepada kebijaksanaan tuanku Sultan untuk mengkaji balik keputusan yang dibuat pada pagi hari khamis itu. Penulis yakin tuanku sultan yang begitu arif dengan undang-undang dapat memikirkan semula suasana tegang sekarang ini supaya dapat diatasi dengan begitu berhemah dan adil kepada rakyat.
Kalau kerajaan BN dibentuk dalam suasana 3 adun bebas itu masih belum diketahu statusnya. Nescaya kerajaan ini adalah kerajaan yang cukup lemah. Ini akan membahayakan pentadbiran negeri Perak. Oleh itu, kerajaan yang kuat mesti dibentuk.
Keputusan MB Perak supaya Dun dibubarkan perlu dinilai kembali agar keamanan dan keadilan demokrasi di Perak dapat disuburkan. berikan mandat kepada rakyat supaya kemelut politik Perak dapat diselesaikan
DAULAT TUANKU
www.attakiri.blogspot.com
...Bekerja Untuk ISLAM...
No comments:
Post a Comment