Wednesday, February 18, 2009

Kalau HINDRAF di haramkan, kenapa SIS tidak

Sister In Islam(SIS) telah menganjurkan program Musawah yang mempertemukan tokoh Islam Liberal dari 40 buah negara bertempat di Price Hotel, Kuala Lumpur. Menurut Persatuan Ulamak Malaysia cawangan Pulau Pinang, Pertemuan 5 hari ini yang berakhir hari ini membincangkan soal kesamarataan antara lelaki dan wanita dalam hal faraid, poligami, aurat dan sebagainya.

SIS merupakan pertubuhan yang kononnya ditubuhkan bagi memperjuangkan hak kesamarataan, keadilan dan martabat wanita . Contohnya apabila SIS mempertikaikan undang-undang kekeluargaan wilayah persekutuan berhujjahkan bahawa undang-undang tersebut menzalimi wanita. SIS juga menyokong tindakan Amina Wadud menjadi imam dan khatib pada hari jumaat berhujjahkan bahawa wanita perlu mendapat hak seperti lelaki.

Ini semua adalah sebahagian perjuangan SIS dalam memartabatkan wanita. Bagi penulis, perjuangan SIS sebenarnya mengkhianati fitrah seorang wanita.

Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah menciptakan lelaki dan wanita yang mempunyai infrastruktur yang agak berbeza samada dari sudut penciptaan, perasaan dan fitrah. Namun Allah SWT menjadi ganjaran pahala untuk setiap lelaki dan wanita adalah sama walaupun amalan yang dilakukan adalah berbeza.

Sebagainya contoh, apabila seorang suami diberi keistimewaan mendapat pahala berjuang di medan perang, isteri pula akan mendapat pahala yang sama jika menjaga kehormatan dan harta benda suami ketika suami pergi berperang. Bahkan jika diteliti dengan setelitinya, begitu banyak limpahan pahala yang Allah kurniakan kepada seorang wanita walaupun dengan amalan yang sedikit.

Ini adalah bukti bahawa Islam ini datang membawa rahmat kepada semua manusia samada lelaki atau wanita. Tidak pernah timbul isu wanita direndahkan martabat kerana hak untuk penafsiran Al-Quran dilakukan secara ekskelusif oleh ulamak lelaki. Bahkan ramai ulamak-ulamak tabien mengambil ilmu penafsiran Al-Quran daripada isteri-isteri nabi. Bukahkah isteri nabi seorang wanita.?. ulamak tidak pernah zalim dalam menafsirkan Al-Quran. Bahkan disiplin untuk menafsirkan Al-Quran amatlah ketat dan berpandukan kepada apa yang diajar oleh Hadis Nabi SAW.

Keadilan Islam bukan bermakna kesamarataan. Keadilan Islam ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Islam meraikan wanita dengan tidak mewajibkan mereka mencari nafkah untuk keluarga. Islam meraikan wanita dengan tidak mewajibkan mereka pergi berperang menentang musuh. Islam meraikan wanita dengan membenarkan bagi wanita yang menyusu untuk berbuka puasa. Begitu banyak kelebihan yang diberikan kepada seorang insan yang bernama wanita.

Sebelum kedatang Islam, wanita hanya dipandang objek sex semata-mata. Tubuh wanita diperdagangkan. Wanita tidak mendapat hak daripada harta suami, bahkan wanita menjadi harta pusaka yang boleh diwarisi. Pernah satu ketika, perbincangan dibuat bagi menentukan status wanita samada mereka ini manusia atau binatang.? Ini merupakan sebilangan kecil contoh-contoh tentang hinanya wanita pada masyarakat jahiliyyah.

Apabila datangnya Islam, wanita telah diletakkan pada kedudukan yang sebenarnya. Wanita mula dihormati, hak-hak wanita yang dikatakan tidak adil oleh SIS merupakan satu keadilan kalau hak tersebut dikaji dengan lebih teliti.

Isu poligami, faraid, aurat dan pelbagai lagi adalah untuk memberi keadilan kepada semua pihak samada wanita atau lelaki. Islam bukan sekadar meraikan wanita, bahkan lelaki juga.

Penentangan SIS dilihat sebagai cara untuk mengembalikan wanita ke zaman jahiliyyah dalam bentuk yang lebih moden. isu poligami, adakah SIS lebih rela seorang suami menyimpan perempuan simpanan.? Bahkan istilah perempuan simpanan lebih menghinakan wanita daripada istilah seorang isteri. Isu poligami selalu dipermain-mainkan. Islam telah meletakkan pelbagai syarat untuk membolehkan poligami dilakukan. Adil menjadi syarat yang paling utama.

Begitu juga dengan isu-isu lain. Yang penting semua umat Islam perlu meyakini, Syariah Islam yang diturunkan kepada manusia merupakan satu keadilan yang tidak berbelah bahagi.

Oleh itu, apa perjuangan SIS yang sebenarnya. Kalau betul SIS membela wanita, sepatunya SIS menentang pengeksplotasian wanita dalam iklan-iklan yang tidak berkaitan. Isu penyebaran gambar bogel adun bukit lanjan, isu norita, isu altantuya dan pelbagai isu yang dilihat menghina wanita perlu diperjuangkan oleh SIS. Termasuk isu pelacuran, rumat urut, GRO yang jelas merendahkan martabat wanita.

Tapi semua ini tidak dilakukan oleh SIS. SIS hanya membincangkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan idelisma yang menyimpang dari Islam. ini semua akan memecahkan perpaduan umat Islam. oleh itu, kalau kerajaan mengharamkan Hindraf kerana menggangu ketemteraman awam, SIS lebih wajar diharamkan. SIS bukan sekadar menggangu ketenteraman awam, bahkan SIS telah mencabar sensitiviti umat Islam seluruhnya.


Penulis tidak pernah mengiktiraf SIS sebagai pertubuhan pembela wanita Islam. tapi SIS ialah peruntuh akhlak wanita Islam

www.attakiri.blogpot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

1 comment:

naKHoda said...

Alhamdulillah .. atas dasar menegakkan kesucian agama .. mmg patutlah SIS ini disiasat .. malah diharamkan terus .. bila kebebasan yg diberikan disalahguna tanpa berlandaskan Al-Quran dan sunnah dan semata mata dgn akal manusia .. this is the price govt and us have to pay ..