Politik Perak terlampau hangat. MB Perak Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah mengumumkan pembubaran Dun serta merta sementara TPM Malaysia mengumumkan perbentukan kerajaan baru BN.
penulis baru dimaklumkan oleh seorang sahabat dari Perak, ust Akmal Kamaludin bahawa Sultan Azlan Shah tidak memperkenan permintaan MB Perak untuk bubar Sidang Dun. Pun begitu, MB Perak telah berjumpa kali kedua bagi mengemukakan hujah yang lebih rasional untuk mendapatkan persetujuan Sultan Azlan Shah.
Selepas mendengar pandangan kali kedua dari MB Perak, Tuanku Sultan telah mengumumkan akan membuat keputusan selepas mendengar penjelasan daripada wakil pihak BN dahulu. Pengumuman akan dibuat selepas mendengar pandangan daripada kedua-dua belah pihak. Penulis tidak pasti situasi kali ini akan menguntungkan BN atau PR.
Pun begitu sama-samalah kita berdoa agar kerajaan PR ini dapat dipertahankan. Semoga taktik kotor BN itu akan memakan diri sendiri. Ingat mereka merancang, Allah juga merancang. Rancangan Allah pasti berjaya..
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment