Pertembungan kali ini sebenarnya bukan pertembungan antara PAS dan UMNO tetapi pertembungan ini adalah pertembungan antara Najib dan Pak Lah.
Kata seorang penyarah yang penulis tidak berniat untuk sebutkan namanya. Penulis pada mulanya agak terkejut dengan kenyataan ini. Tetapi selepas beliau menerangkan dengan secara detail kenapa dan mengapa..barulah penulis merasakan ada kebenarannya.
TPM Malaysia telah dimalukan di Permatang Pauh selepas majoriti DSAI meningkat 2,000 daripada PRU12. Kalau Kuala Terengganu berjaya dimenangi oleh PAS dengan majoriti yang besar, TPM Malaysia akan dilihat sebagai seorang yang tiada daya kepimpinan sehingga tidak mampu untuk mengendalikan PRK. Kalau PRK tidak boleh di kendalikan. Macam mana hendak kendalikan sebuah negara.
Sebab ramai yang menyebut bahawa berkemungkinan PM Malaysia akan membuat perancangan terakhir bagi memastikan TPM Malaysia akan dimalukan buat kali kedua.
Betul atau tidak waallahua’lam. Inilah hakikat senario politik dalam UMNO yang saling rebut-merebut, tindas-menindas untuk mendapat sebarang kedudukan.
TPM Malaysia dilihat begitu berhempas pulas untuk memastikan calon pilihan PM Malaysia menang dalam PRK. Sedangkan PM Malaysia pula berhempas pulas untuk memastikan calon pilihannya GAGAL dalam PRK. Betul atau tidak….mungkin ahli Umno boleh semak dan pastikan..penulis hanya maklumkan sahaja maklumat ini.
Sebenarnya kalau bukan dengan krisis inipun, UMNO pasti GAGAL. Rakyat sudah muak dengan kebokrokan Umno sepanjang 50 tahun memerintah. Walaupun hari ini TPM mengumumkan bahawa sebenarnya Umno telah menjaga kebajikan rakyat sehingga ke liang lahad.
Ini adalah kenyataan politik yang cukup dangkal. Adakah Umno pernah menganjurkan skim kifalah sebagaimana Kerajaan negeri Kelantan untuk bantuan keluarga si mati.? Adakah Umno pernah membela kebajikan rakyat dengan memberi biasiswa pendidikan.? Adakah Umno menjaga rakyat terengganu yang jatuh merudum tahap kemiskinan selepas PRU 2004.?
Jadi sejak bila Umno menjaga kebajikan. Penulis bukan hendak menafikan semua jasa Umno keada rakyat. Tetapi kebajikan Umno disalurkan melalui paksaan seperti memaksa penerima bantuan untuk terus menerus menyokong Umno. Sebagai contoh pengundi felda. Ketika musim pilihanraya barulah bantuan kewangan diberi. Habis sahaja piliharaya, baki bantuan entah ke mana. Ini bukan kebajikan tetapi strategi pengundian.
Entah sampai bila rakyat akan ditipu dengan keadaan sebegini.?
Islam mewajibkan kerajaan memberi bantuan kepada sesiapa sahaja hatta kepada orang bukan Islam yang tinggal dalam negara Islam.
Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khatabb sanggup keluar malam bagi memeriksa adakah terdapat rakyat yang tidak makan.? Adakah terdapat rakyat yang tidur dalam kesejukan.?. beliau juga pernah mengecualikan jizyah kepada orang bukan Islam kerana kemiskinannya. Bahkan beliau mengeluarkan bantuan bulanan untuk orang bukan Islam tersebut.
Sebab itulah setiap pemerintahan umat Islam perlu memastikan Al-Quran dan Sunnah dijadikan sumber dalam pemerintahan.
Sistem pemerintahan Islam perlu dipraktikalkan. Oleh itu, segala masalah dapat diselesaikan. Tidak timbul jerung dibiarkan, bilis ditangkap dengan pelbagai kesalahan
Islam tidak pernah membezakan antara pemimpin dan rakyat dalam mengjatuhkan hukuman. Bahkan rasulullah pernah menyebut kalaulah Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.!
Umat dahulu dibinasakan dengan sebab apabila pemimpin besar melakukan kesalahan dibiarkan. Tetapi jika rakyat bawahan melakukan kesalahan terus ditangkap dan dijatuhkan hukuman.
Inilah fenomena yang berlaku dalam kepimpinan negara sekarang.? Tidak mustahil kepimpinan sebegini akan hancur sebagaimana umat yang lepas. Kalau tindakannya sama dengan umat yang lepas, tidak mustahil balasannya samakan.?
InsyaAllah dengan kerjasama, kekuatan dan keikhlasan semua petugas, PAS akan memenangi PRK 036 ini.
Sama-sama kita bekerja dan berdoa
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...

No comments:
Post a Comment