Thursday, January 22, 2009

Muhasabah 5 : Semoga tekad berterusan

Selepas selesai PRK di Kuala Terengganu baru-baru ini, baru lega rasanya beban dikepala penulis. Kebetulan penulis terlibat dengan unit pengundi luar, sudah tentu perjalanan untuk membawa balik pengundi-pengundi ini dianggap sedikit mencabar. Alhamdulillah semoga perancangan berjalan dengan lancar dan berkesan. Alhamdulillah juga Allah SWT telah memberi kemenangan kepada PAS dalam PRK kali ini.

kita masih lagi berada dalam suasana tahun baru 1430 / 2009, semestinya setiap orang akan menyusun atau memperbaharui azam masing-masing. Azam dan tekad untuk berubah boleh dicipta, tetapi perancangan dan strategi untuk mencapai azam tersebut sukar diikuti.

Untuk mencapai sesuatu azam dan tekad, semestinya seseorang itu memerlukan disiplin yang wajib dipatuhi. Kalau zaman persekolahan, gerak geri seseorang dipantau oleh guru disiplin. Tapi zaman pekerjaan, gerak-geri sendiri dipantau oleh diri sendiri. Samada kita membuang masa atau terus bekerja, itu adalah kemahuan diri sendiri.

Sebagai seorang yang beragama Islam, seseorang itu wajar menambahkan tekad untuk menjadi hamba yang terbaik. Oleh kerana waktu mati menjadi rahsia Allah SWT. Jadi umat Islam perlu sentiasa bersedia berdepan dengan sebuah kematian yang diredhai oleh Allah SWT. Mungkin tahun lepas atau bulan lepas, seseorang pernah melakukan dosa besar atau berterusan dengan dosa kecil. Maka, bermula bulan ini, tahun ini, seorang hamba itu perlu menanamkan tekad untuk menjadi hamba yang terbaik.

Dosa besar dapat diselesaikan dengan taubat nasuha. Taubat nasuha ini mesti dilakukan dengan menyesali segala kesilapan yang pernah dilakukan dan berazam untuk tidak kembali lagi. Sementara dosa kecil pula dapat dihapuskan dengan menambahkan amalan kebaikan. Ini semua adalah antara rahmat Allah SWT kepada hambaNya.

Walaupun Allah menyediakan balasan neraka kepada hambaNya yang derhaka. Tetapi Allah SWT terus menerus membuka pintu taubat dan pintu kebaikan supaya hambaNya dapat menghindarkan diri dari azab api neraka Allah SWT.

Namun oleh kerana terdapat manusia yang terus degil dan sombong terhadap Allah. Maka wajarlah Allah memasukkan golongan derhaka ini ke dalam nerakaNya.

Manusia dijadikan oleh Allah dalam keadaan fitrah, suci dari dosa, sukakan kebaikan, bencikan kejahatan. Tetapi selepas manusia membesar, nafsu terlampau kuat menggoda dan menguasai manusia sehingga sanggup melakukan pelbagai kejahatan. Pun begitu, Allah SWT telah memberi jalan keluar kepada manusia bagaimana untuk menghindarkan dari kawalan nafsu.

Puasa merupakan antara ibadat yang dapat mengekang hawa nafsu. Kalau sebelum ini, umat Islam telah berpuasa di bulan ramadhan, tetapi ibadah berpuasa mesti diteruskan dengan puasa sunat di pada hari isnin dan khamis.

Puasa ini bukan sahaja mendapat ganjaran yang maha hebat di sisi Allah SWT. Bahkan ibadah ini cukup bagus untuk kesihatan manusia. Ibadah ini memang diakui oleh pakar-pakar kesihatan sebagai salah satu cara untuk menjadi manusia yang sihat.

Jadi dengan berpuasa umat Islam mendapat 2 kelebihan. Pertama mendapat ganjaran dan berjaya mengawal nafsu. Kedua dapat membina kehidupan yang sihat dan berjaya menjadi benteng kepada penyakit.

Jadi sama-sama kita menambahkan tekad dan azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Maaf artikel kali ini agak serius, sebab penulis hari ini agak serius kot.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: