Membaca tulisan Ustaz Nasharuddin yang terbaru membuatkan penulis sedikit terharu dan terkedu. Mana tidaknya hampir kesemua pimpinan PAS peringkat atasan dan bawahan begitu letih bekerja..tetapi aku leka dengan zon selesa ini. Bukan bermakna penulis tidak terlibat langsung. Tetapi keterlibatan penulis dalam PRK kali ini tidaklah sehebat mereka semua yang menghabiskan sepenuh waktu untuk perjuangan Islam. Sedangkan aku terlibat dalam perjuangan untuk memenuhkan masa lapang.
Apabila berfikir demikian, penulis merasa amat malu kepada Allah SWT. Mereka adalah golongan yang yakin kepada janji Allah SWT. Mereka adalah golongan yang mengamalkan amanah yang terpikul bagi seorang ulamak dan penganut Islam. Mereka adalah golongan yang ingin berjuang tanpa mengira balasan duniawi. Mereka adalah golongan yang ingin mendapat naungan Allah SWT.
Tetapi aku…..adakah aku hanya sekadar melihat suasana ini tanpa turun melibatkan diri..adakah aku hanya menganalisis kemudian meletakkan pelbagai andaian tanpa turun melibatkan diri…adakah aku hanya sibuk dengan perniagaan tanpa turun melibatkan diri…oh malunya diri yang bergelar seorang lepasan agama.
Kadang-kadang penulis terfikir, macam mana aku hendak bertindak sehingga menjadi sehebat mereka.? Penulis bukan bermaksud hendak mengejar jawatan seperti mereka.. tetapi berjuang dengan sepenuh hati dan tenaga demi untuk membela Islam yang tercinta. Sejarah telah membuktikan bahawa sumber kekuatan gerakan Islam ialah keterlibatan ulamak yang fulltime dalam gerakan Islam.
Lihat kepada perjuangan bangsa melayu menentang penjajah. Siapa yang membimbing penentangan kepada british di Pasir Puteh..kalau bukan Ulamak. Siapa yang membimbing penentangan kepada british di Kuala Berang..kalau bukan Ulamak.. siapa yang membimbing penentangan terhadap kemasukan penjajah ke bumi Terengganu ..kalau bukan ulamak…banyak sekali keterlibatan ulamak dalam arena perjuangan Islam.
Tetapi aku macam mana…aku bukan dikategorikan sebagai ulamak..tapi mungkin boleh dilabelkan sebagai pelajar lepasan agama. Memikul title ulamak merupakan satu tanggungjawab berat. Ulamak bukan dikira berdasarkan ketinggian ilmu tetapi gelaran ulamak dikira atas kehebatan merekan mempertahan dan mengamalkan ilmu yang dalam dada-dada mereka.
Ulamak sanggup berjuang walaupun pasti perjuangan ini masih terlampau jauh. Ulamak sanggup berjuang walaupun bajet kewangan dalam sesuatu masa seakan-akan tidak menentu. Ulamak sanggup berjuang walaupun yang ditentang ialah saudara dan sahabat handai sendiri. Ulamak sanggup berjuang walaupun dibenci dan dikutuk oleh masyarakat.
Inilah dia ulamak yang sebenar…tetapi jangan salah faham..ulamak bukan semestinya susah. Cuma ulamak bersedia menerima kesusahan dengan sebab perjuangan.
Penulis bukan menafikan keterlibatan aktivis dan golongan profesional dalam PAS. Tetapi berbetulan entry ini untuk muhasabah penulis sahaja.
Semoga segala keikhlasan pejuang-pejuang gerakan Islam ini akan menatijahkan kemenangan dalam PRK nanti, insyaAllah…
Teruskan perjuangan…semoga mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
*maksud mereka ialah para pimpinan
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment