Kempen PRK berbaki sehari sahaja. Mungkin tinggal beberapa jam lagi. Segala strategi telah dijalankan dengan baik dan bersungguh sekali.
Segala jentera parti seluruh sanggup turun dan berkampung di Kuala Terengganu sejak penamaan calon lagi. Begitu bersungguh jentera parti bagi memastikan Kuala Terengganu kembali ke pangkuan PAS.
Penulis insyAllah akan bertolak malam ini setelah segala kerja-kerja unit pengundi luar selesai. Walaupun boleh dikatakan agak terlambat untuk pulang. Sekurang-kurang penulis sempat mendengar keputusan pilihanraya di Kuala Terengganu meninggalkan Asiah dan mamanya di Bangi.
Allah SWT menyebut selepas kamu berazam (bersungguh-sungguh bekerja), bertawakkallah kepada. Serahkan keputusan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui kebaikan untuk segala hamba-hambannya.
Kewajipan umat Islam adalah berusaha. Setiap usaha pasti akan dikira oleh Allah SWT. Setiap usaha yang dilakukan kerana Allah SWT menghasilkan pahala yang cukup berganda.
Menang atau kalah bukan urusan kita. Usaha kita adalah untuk Islam. Usaha kita adalah untuk memenangkan perjuangan Islam. Usaha adalah untuk memastikan kemungkaran BN terkubur di Bumi Malaysia ini. Teruskan usaha kalian.
Pengundian akan dijalankan esok hari bermula jam 8.00 pagi. Bermakna PAS hanya mempunyai beberapan jam lagi untuk terus berusaha memperkenalkan PAS sebagai wadah politik rakyat.
Sebagai peringatan bersama, samada kita menang di Kuala Terengganu, bukan bermakna gerak kerja terus terhenti atapun kita kalah di Kuala Terengganu bukan bermakna perjuangan telah berakhir. Tetapi gerak kerja PAS terus berterusan untuk memartabatkan Islam.
Pilihanraya sebagai alat untuk mengembangkan dakwah dan kecantikan Islam kepada masyarakat yang belum faham tentang kesempurnaan Islam. Pilihanraya merupakan salah satu medium PAS untuk memerintah Malaysia menggunakan acuan Islam.
Inilah tanggungjawab yang terletak di pundak ahli PAS untuk terus berusaha dan bekerja untuk memenangkan calon PAS pada esok hari.
Apa pun keputusannya terletak di TANGAN ALLAH SWT. Teruskan bekerja Untuk Islam.
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment