Wednesday, January 14, 2009

PRK 036 5 : PAS yang Ketandusan Bahan atau UMNO

Hari ini Utusan melaporan bahawa pembangkang sudah ketandusan idea untuk berkempen dengan mengetengahkan isu lapuk seperti rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya.

Nampak seperti hebat je, tapi bila difikirkan balik, kelakar jugak Umno ni. Sejak bila isu ini menjadi lapuk. Adakah Umno telah selesaikan perkara ini. Kalau kes rasuah belum ditutup dan didakwa, kes tersebut tidak dipanggil lapuk. Bahkan kes tersebut dikira sebagai isu semasa.

Sampai sekarang isu rasuah dalam kepimpinan Umno belum diselesaikan lagi, Rafidah belum didakwa, TPM Malaysia belum disiasat. Jadi apa yang lapuknya.

Yang lapuk adalah bahan kempen Umno terhadap PAS. Sampai sekarang timbul kononnya PAS mengkafirkan Umno, Sampai sekarang timbul perlakunya dua imam dengan sebab PAS. Walhal isu tersebut sudah diselesaikan oleh PAS semenjak berzaman.

PAS tidak pernah mendakwa bahawa mereka yang bukan penyokong PAS adalah terkeluar dari Islam. PAS Cuma menyebut sesiapa yang meyakini Politik suku agama suku boleh terkeluar aqidah. Kalau seseorang itu masih berdegil dengan pandangan sebegini walaupun selepas mendapat penjelasan, maka seseorang itu boleh terkeluar dari Islam.

Ketika isu amanat (padahal bukan amanat pun, Media je yang gembar-gembur sebagai amanat) timbul, Tuan Guru Presiden PAS pernah mencabar Majlis Fatwa Kebanggsaan untuk bermuzakarah dalam isu. Isu ini bukan hanya melibatkan politik, tetapi melibatkan aqidah. Sebab itu PAS meminta supaya diadakan muzakarah supaya rakyat dapat dijernihkan kefahaman terhadap persoalan aqidah.

PAS bertanggungjawab menjelaskan Islam. Keterbukaan PAS dalam bermuzakarah antara bukti bahawa PAS ingin menjelaskan konsep Islam kepada semua pihak. Tidak kira kawan dan lawan.

Persoalan Lembu bagi susu sapi dapat nama. Dengan kata mudah, kerajaan yang bagi bantuan, pembangkang yang dapat nama. Ini antara isu yan dimainkan oleh parti pemerintah di bawah pimpinan Umno/BN. Penulis rasa rakyat bukan menafikan bantuan yang pernah diberikan oleh kerajaan. Tetapi rakyat mempertikaikan hak yang sepatutnya dapat.

Negeri Terengganu merupakan negeri yang dianugerahkan oleh Allah hasil minyak yang terbanyak di Malaysia. Dalam masa yang sama, Negeri Terengganu adalah negeri ke 2 termiskin di Malaysia. Kenapa terjadi sedemikian. Sepatutnya rakyat Terengganu sudah bebas dari belenggu kemiskinan. Sebagai contoh rakyat Terengganu sepatutnya mendapat bantuan Rm 50.00. kerajaan Cuma memberi bantuan hanya sebanyak RM 5.00. jadi adakah RM 5.00 itu dikira sebagai bantuan dan keperihatinan kerajaan.? Ini bukan keperihatinan tapi ini satu kezaliman dan pengkhianatan.!

Pemerintah dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan duit rakyat kepada rakyat dengan cara sistematik. Apa yang dibuat oleh Kerajaan Terengganu sekarang ialah pembaziran yang terlampau ketara dalam perbelanjaan kerajaan.

Di sinilah bukti keperihatinan pembangkang yang mendedahkan perkara ini kepada rakyat. Duit kerajaan adalah duit rakyat. Jadi rakyat perlu mendapat pendedahan ke mana wang-wang mereka dialirkan.

Pembangkang hanya memaklumkan kepada rakyat tentang pembaziran kepimpinan kerajaan Negeri Terengganu. Oleh rakyat boleh membuat pandangan atau sokongan secara rasional. Samada ingin terus bersama kerajaan BN atau beralih sokongan kepada PAS itu adalah terserah kepada kebijaksanaan rakyat.

Ini antara tugas PAS sebagai mengambil peranan Al-Amr bil Ma’ruf Wa Nahyi ‘Ani Mungkar. Kedua-dua elemen adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam dan gerakan Islam.

Jadi tidak timbul isu ketandusan idea atau tidak. PAS wajib mencegah kemungkaran. Selagi kemungkaran itu terus berterusan, selagi itulah PAS terus menerus menekan pihak kerajaan supaya mengambil tindakan untuk menyelesaikan kemungkaran. Rasuah adalah kemungkaran, penyelewengan kuasa adalah kemungkaran, penipuan perjanjian adalah kemungkaran. Pengkhianatan amanah adalah kemungkaran.

Jadi sama-sama kita mencegah kemungkaran ini dengan memastikan Calon Umno dapat ditumbangkan. InsyaAllah

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: