Wednesday, January 14, 2009

Kematian Suatu Kepastian (4)

Hebat sungguh para pejuang PAS bekerja tanpa mengenal penat dan lelah. Mereka tidak dibayar elaun untuk terus bekerja. Bahkan pejuang-pejuang ini sanggup datang dari segenap pelusuk negara dan berkampung di Kuala Terengganu bagi memastikan kemenangan Parti Islam Semalaysia PAS menjadi kenyataan.

Inilah satu gambaran umum yang biasa kelihatan jika PAS menghadapi pilihanraya. Pejuang PAS sanggup berdepan dengan pelbagai risiko dalam pilihanraya. Ada yang ditahan, ada yang dipukul dan ada yang dibunuh. Semuanya menjadi satu fenomena biasa.

PAS sebuah gerakan Islam yang terulung di rantau asia. PAS telah mendidik dan mentarbiyyah ahlinya supaya sentiasa bersedia dan berkorban demi untuk kepentingan Islam. Pengorbanan yang diminta dilaksanakan menurut kemampuan masing-masing.

Pengorbanan ini dilakukan kerana semua ahli PAS percaya dan yakin mereka pasti akan bertemu dengan KEMATIAN. Mereka yakin kebangkitan selepas kematian merupakan satu kepastian.

Dengan sebab itu, pejuang-pejuang PAS bertungkus lumus bekerja Untuk Islam bagi memastikan segala pengorbanan mereka dikira oleh Allah SWT. Ketaatan Pejuang kepada pimpinan harus dipuji. Kehebatan pejuang PAS bekerja harus disanjung. Inilah bukti kejayaan PAS mendidik ahli-ahlinya.

Walaupun ada sesetengah pihak mempertikaikan pengorbanan PAS dalam menegakkan Islam sehingga sanggup mendakwa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangan. Tetapi isu ini senyap begitu sahaja kerana pihak yang mendakwa itu tidak mendatangkan bukti yang konkrit terhadap dakwaannya itu. Bahkan penulis boleh menyebut bahawa tuduhan-tuduhan ini membuktikan bahawa pihak yang menuduh tidak memahami Islam secara mendalam.

Setiap pejuang PAS mendambakan kematian dalam perjuangan. Mereka sanggup mengeluarkan segala harta untuk perjuangan. Mereka sanggup berjaga malam demi sebuah perjuangan.

Pejuang PAS begitu sayangkan Islam. Mereka tidak rela Islam dihina dan dicabuli. Mereka tidak rela Hukum Islam dipermainkan. Ulamak-ulamak PAS sanggup berdepan dengan kritikan pelbagai pihak untuk melaksana dan meluluskan segala hukum-hakam yang berkaitan dengan Al-Quran.

Bahkan PAS rela di tolak oleh rakyat kerana Al-Quran. Tetapi PAS tidak rela ditolak oleh rakyat kerana menggadaikan prinsip perjuangan.

Cukuplah Al-Quran dan sunnah menjadi pegangan PAS. Selagi PAS berpegang kedua-duanya, pasti perjuangannya tidak akan tersasar dari Islam.

Inilah dia kunci kehebatan pejuang-pejuang PAS.

Semoga penulis menjadi pejuang yang mati dalam perjuangan PAS, InsyaAllah

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: