Monday, September 15, 2008

Tindakan Mustafa Wajar….

Penulis cukup berterima kasih di atas tindakan Songkok Putih dalam menjawab secara sederhana bagi meredakan pertelingkahan antara pengikut TGNA dan Mustafa Ali.

Penulis bukan berniat untuk mencampuri urusan kedua-duanya. Tetapi izinkan penulis untuk memberi sedikit pandangan terhadap kenyataan Mustafa. Bukan berniat untuk menyokong tapi sekadar memberi pandangan rasional mengikut perspektif penulis.

Bagi penulis kenyataan Dato’ Mustafa Ali satu kenyataan yang wajar. Bukan beliau bahkan Naib Presiden PAS Tn. Hj. Mohammad bin Sabu pun mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan mempunyai pandangan yang sama.

Cuba lihat kenyataan yang dikeluarkan itu adalah sebelum berlakunya mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Mungkin kenyataan ini jugaklah yang membawa kepada DSAI memanggil pimpinan PR untuk bermesyuarat bagi membincangkan isu 16 september ini.

Dalam hal ini, penulis cukup terkilan dengan DSAI yang sentiasa membuat kenyataan seolah-olah mewakili PR tetapi perbincangan langsung antara Majlis tidak dibuat. Contohnya pengisytiharan 16 September sebagai tarikh kerajaan ditumbang. Hampir kesemua pimpinan PAS dan DAP tidak dimaklumkan siapa terbabit dan macam mana bentuknya.

Sebab itu, penulis cukup bersetuju dengan pandangan Mat Sabu yang menyebut kerajaan 16 september ini adalah kerajaan Anwar, bukan kerajaan PR.

Selepas kenyataan Dato’ Mustafa Ali, barulah kedengaran DSAI memanggil Pimpinan PR untuk bermesyuarat.

Tiba-tiba timbul isu teguran TGNA terhadap kelakuan terbuka Mustafa. Penulis bukan berniat untuk membangkang sangat. Tetapi alangkah eloknya TGNA mendengar dahulu penjelasan Mustafa dalam bab ini.

Jangan kerana 16 september pimpinan PAS terlibat sama bertelingkah sesama ahli sendiri. Walhal 16 september belum tentu tercapai atau tidak. Kukuhkan ukhuwwah antara pimpinan.

Dalam muktamar ini, perwakilan sudah acap kali menegur kepada pimpinan supaya tidak menggunakan blog sebagai tempat untuk menghentam pimpinan yang lain. Nampaknya semua berdegil dan masih terus mengeluarkan pandangan peribadi yang kadang kala bercanggah antara satu sama lain.

Kalaulah pimpinan pun tidak menghormati keputusan muktamar. Tidak mustahil perwakilan pun akan hilang hormat terhadap pimpinan terbabit. Kita bergerak atas dasar Gerakan Islam yang menggunakan pilihanraya sebagai wadah. Jangan jadikan Politik melebihi dakwah. Jangan pentingkan kuasa sehingga organisasi menjadi porak peranda.

Perkukuhkan negeri PAKATAN RAKYAT dahulu. Pertukaran kuasa belum tentu bila…. Mungkin 16 september tahun atau mungkin 16 september tahun 2013….Waallahua’lam

www.attakiri.blogspot.com


... Bekerja Untuk Islam ...

4 comments:

k-one said...

salam, wajar? kalo wajar kenapa d tarik pula kenyataan tok Guru Nik Aziz dlm harakah? tolong bg tau geng2 mustapa ali , negeri terangganu kalah teruk masa PRU lepas. alasan nya konon pengundi antu. d mana2 tmpt pun ada penggundi antu. tapi kalo kita bekerja dgn tekun dan bijaksana, insyallah tuhan akan membalas dgn kemenagan. kalo pun kelah , ianya akan jd minimum, bukan kekalahan yg teruk .

Anonymous said...

Wajar... tapi x kena aulawiyyat dia.. Kalau terasa DSAI x bagi perhatian kat kita byk cara lain lagi boleh utk tarik perhatian dia..

Putra IJ80 said...

Attakiri.

"DIMANA WAJARNYA" jika kita katakan pada orang tua yang sedang sakit tenat.

"Eh!sakit macam Pokcik ni mana bole di ubat lagi....."
(W/PUN DARI SEGI LOJIK NYA DIE BERKATA BENAR)

Ada kala nya sesuatu perkara itu kita diamkan dulu,kita tengok suasana nya , sesuai ke tidak?

Dlm kes ni... orang tengah panas membincangkan peralehan kuasa.....

Tiba tiba Pak Mustafa crte sebaliknya.

Klu die ahli biasa....bole le kita terima....

Ini.....betul kata TGNA,die tak bole bekata atas sifat peribadinya kerana kedudukannya dalam parti sangat dihormati..

Patut lah PAS tggnu macam Singa,tapi tak de gigi.,

Anonymous said...

tentang harakah..kalau bagi hantar artikel lebih dari tarikh tutup.macam mana nak siar penuh.? penjelasan ini telah dibuat oleh songkok putih

tentang aulwiyat... kebiasaan hanya media sahaja yang mampu menekan

kenapa hanya mustafa ali terkena kutukan. mat sabu tidak..ini seperti satu perancangan untuk menjatuhkan seseorang

jangan kerana anwar kita berbalah