Bulan Ramadhan ini menyaksikan begitu banyak peristiwa politik yang berlaku di tanah air.antaranya peristiwa 16 September yang dicetuskan oleh DSAI untuk menggulingkan kerajaan BN sekarang. Kemasukan Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO kembali. Kembalinya tokoh politik veteran Tan Sri A.Samad Ismail. Pergeseran pendapat antara ketua UMNO bahagian dan Parti Gerakan. Semua peristiwa ini sepatutnya diikuti dengan penuh tanggungjawab.
Sebagaimana yang dimaklumi bahawa Islam merupakan agama yang sentiasa peka dengan perkembangan politik semasa. Tidak kiralah samada berita dalam dan luar negara.
Bahkan dalam tindak tanduk nabi SAW juga berdasarkan kepada perkiraan politik semasa dalam sesuatu tempat. Antaranya ialah galakan nabi kepada Sahabat-sahabat yang tidak tahan dizalimi supaya berijrah ke Habsyah berhujjahkan bahawa Raja Habsyah seorang yang adil. Ini menandakan bahawa Nabi merupakan seorang yang mengetahui hal-ehwal luar negara.
Dalam bulan ramadhan diturunkan satu malam yang dipanggil malam Qadr. Segala amalan yang dilakukan pada malam tersebut menyamai amalan seribu bulan mengikut majority pandangan ulamak.
Untuk mencapai malam tersebut tidak semestinya umat Islam sekadar menunggu malam ganjil semata-mata tanpa melakukan sebarang ibadah. Tetapi sepatutnya umat Islam memperhebatkan setiap amalan pada saat kini. Malam Qadr merupakan rezeki kurniaan Allah SWT kepada hambanya. Oleh seseorang tidak boleh hanya bersikap menunggu semata-mata. Tetapi hendaklah bertindak untuk beribadat kepada Allah dalam apa jua malam pun dalam bulan ramadhan ini.
Menyebut tentang ibadat, jangan dibayangkan hanya kepada qiamullai semata-mata. Kalau ditakdirkan kita bermesyuarat mengenai umat Islam ketika malam itupun dikira sebagai amalan yang melebihi kebaikan seribu bulan.? Tidak kiralah apa jua amalan kebaikan. Bahkan menulis sekalipun.? Yang penting kita melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Malam Qadr ini merupakan malam yang diturunkan Al-Quran ke langit dunia. Sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Al-Quran di turunkan dari Lauh Mahfuz ke langit dunia sekaligus. Kemudian dari langit dunia di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun.
Ini menandakan betapa besarnya malam Qadr ini. Jadi sama-samalah kita mengambil peluang untuk menambahkan ibadat dalam bulan Ramadhan ini supaya dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Malam Qadr.
Ya Allah Ya tuhan. Kurniakan aku rezeki untuk bertemu dengan malam qadr dalam keadaan aku beribadat kepada MU….
No comments:
Post a Comment