Esok umat Islam akan menyambut Aidil Fitri. Aidil Fitri merupakan hari Persaudaraan bagi umat Islam untuk menambahkan lagi kemesraan dan kasih sayang antara semua.
Ramadhan merupakan bulan Latihan untuk umat Islam berlatih memperbanyakkan amalam kebaikan. Sebut latihan bermakna apabila selesai latihan, umat Islam semestinya menempuh cabaran dan menimba pengalaman baru berdasarkan latihan di bulan berikutnya. Kalau di bulan ramadhan umat Islam hanya menempuh pencabar yang bernama NAFSU. Tapi apabila selesai ramadhan, umat Islam akan menempuh pencabar yang kedua yang bernama SYAITAN. Kesemua pencabar ini pasti akan dapat ditewaskan dengan ISTIQAMAH dalam melaksanakan amalan kebaikan.
Penulis bermula dengan Cinta Ramadhan Satu lagi selalu menekankan soal istiqamah dengan setiap amalan yang dilaksanakan di bulan ramadhan.
Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah semata-mata. Sewajarnya segala amalan kebaikan yang dilaksanakan mesti diteruskan selepas berakhirnya ramadhan. Sekurang-kurang umat Islam memilih satu atau dua amalan kebaikan untuk diteruskan selepas ramadhan.
Semoga Latihan di bulan Ramadhan memberi kenangan yang cukup bermakna buat umat Islam semuanya…Selamat Tinggal Ramadhan….jika dipanjangkan umur dan rezeki kita akan berjumpa lagi, InsyaAllah
www.attakiri.blogspot.com

... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment