Thursday, September 25, 2008

Ya Allah Ya Tuhanku.. Zalimnya ISA…

Membaca artikel yang ditulis oleh Pn Norlaila Othman dalam Harakahdaily hari ini cukup menyentak jiwa dan perasaan. Bayangkan selama 7 tahun anaknya sudah tidak merasa kasih sayang seorang ayah. Hampir 7 tahun seorang isteri menggantikan tugas bapa dalam mengurus rumah tangga. Keadaan ini seperti seorang isteri yang kematian suami, seorang anak yang kematian bapa.

MIC telah mendesak PM Malaysia supaya membebaskan tahanan HINDRAF yang diISA hampir setahun setengah. MCA telah mendesak PM Malaysia supaya membebaskan YB Teresa Koh dan wartawan Sin Chew yang ditahan hampir seminggu… tapi UMNO hanya membiarkan tahanan ISA yang telah ditahan hampir 7 tahun.

Sudah puas gerakan mansuhkan ISA menghantar memorandum kepada PM,KDN dan pelbagai lagi agensi kerajaan. Sudah puas Gerakan Mansuhkan ISA berroad Show ke seluruh negara untuk menerangkan kezaliman ISA. Tetapi semua ini tidak dilayan oleh PM Malaysia. Apakah PM Malaysia tidak mempunyai anak, apakah PM Malaysia tidak pernah menjadi seorang anak.

Penulis amat yakin kalaulah perkara sebegini berlaku dalam keadaan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim hidup. Tentu cucu beliau akan dimarahi.

Di mana perasaan Jemaah Menteri yang sanggup membiarkan tahanan ISA ini ditahan tanpa bicara. Kalau mereka bersalah buktikan sahaja di mahkamah.

Tetapi apakah kerajaan mempunyai bukti bahawa mereka ini bersalah.? Adakah kerajaan mempunyai bukti bahawa mereka ini pernah membunuh orang awam yang tidak berdosa.? Adakah kerajaan mempunyai bukti bahawa mereka ini pernah meletupkan pelancong.? adakah kerajaan mempunyai bukti bahawa mereka pernah terlibat dalam rasuah sehingga menyebabkan mereka dihumban dalam kandang tanpa bicara.?

Kes wanita monggolia dibicarakan dalam mahkamah. Kes tuduhan Rasuah Exco Perak dibicarakan dalam mahkamah, kes pembunuhan dibicarakan dalam mahkamah, bahkan semua kes jenayah dibicarakan dalam mahkamah. Kenapa tahanan ISA tidak dibicarakan.?

Ini menandakan bahawa kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan yang zalim, cukup zalim dan terlampau zalim.

Jangan kelabui mata rakyat dengan program keagamaan. Jangan kelabui mata rakyat dengan pelbagai bantuan intensif selagi tahanan ISA tidak dibebaskan.

Ya Allah Ya Tuhanku..kau Hancurkan kerajaan yang sombong dan zalim ini. Kerajaan ini telah mengzalimi hamba-hambaMu Ya Allah. Kerajaan ini telah memisahkan tautan kasih antara anak dan ayahnya. Kerajaan ini telah telah memisahkan tautan sayang antara Suami dan isterinya. Hancurkan kerajaan ini selagi mana mereka sanggup menghalalkan undang-undang zalim dan kejam ISA.

Semoga semua umat Islam berdoa supaya Allah menghancurkan kerajaan yang sanggup menggunakan ISA demi kepentingan survival politik sempit mereka.

Bagi mereka yang bersimpati sumbanglah bantuan kepada mangsa ISA dengan menghantar sumbangan kepada HARAKAHDAILY DOT COM, No Akaun MayBank 564070000336



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: