Wednesday, September 10, 2008

Kumpulan Erdogan..benarkah ia wujud dalam PAS ?

Selepas membaca blog antihusam, penulis jadi terfikir dan termenung, betulkah wujud kumpulan Erdogan dalam PAS.? Adakah kumpulan ini akan bertindak untuk melaksanankan Islam sebagaimana apa yang dibuat Erdogan di Turkey.

Kumpulan ini dikatakan timbul selepas isu muzakarah dan kesungguhan DSAI untuk menubuhkan kerajaan 16 september 2008 ini. Penulis tidak pasti sebab musabbab dikatakan wujud kumpulan ini.

Kalau sebelum ini heboh diperkatakan berlaku pertembungan di antara ulama’ dan profesional dalam PAS. Alhamdulillah isu ini telah diselesaikan dalam muktamar PAS yang lepas. Kini timbul wujud kaum muda dan kaum tua dalam PAS. Kaum muda ini dikenali sebagai kumpulan Erdogan. betul atau tidak waalua’lam.

Isu ini mula timbul, apabila ramai dari kalangan pimpinan muda PAS selalu mengeluarkan kenyataan peribadi secara terbuka sehingga kadang-kadang bercanggah dengan kenyataan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden dan keputusan mesyuarat PAS Pusat. Pandangan peribadi yang bercanggah itu kadang kala memperlihatkan seakan-akan wujud perpecahan dalam parti.

Isu ini telah diselesaikan selepas Tuan Guru Presiden mengeluarkan kenyataan sejurus selepas PRU12 dengan menyebut bahawa segala kenyataan rasmi PAS hanya dikeluarkan oleh Presiden sahaja. Arahan ini akan terus berjalan sehingga diberitahu kemudian. Hingga kini, arahan tersebut masih belum gugur. Jadi segala kenyataan rasmi hanya boleh dikira kalau ianya keluar dari Presiden PAS.

Selepas datangnya isu muzakarah, seakan-akan kumpulan ini timbul kembali. Cuma yang timbul kepelikan di sini. Macam mana golongan veteran boleh bersetuju dengan muzakarah dalam keadaan mereka pernah di hambat keluar oleh UMNO pada tahun 1974. Sedangkan golongan yang dikatakan erdogan ini tidak bersetuju dengan muzakarah dalam masa yang sama tidak pernah mempunyai pengalaman bersama dengan UMNO. Adakah golongan penentang muzakarah tahu kisah sebenar di sebalik penghambatan PAS dalam BN.?

Isu ini pada mulanya terdapat sedikit percanggahan antara Tuan Dato’ Seri Presiden dan Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am. Presiden PAS telah bertindak bijak dengan tidak mengeluarkan kenyataan balas terhadap apa yang dilontarkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am tentang Muzakarah ini. Sebaliknya Presiden telah mengadakan mesyuarakat syura di Kota Bharu untuk menjelaskan keputusan Majlis Syura yang telah dipersetujui pada 28 April 2008.

Isu muzakarah telah selesai dengan begitu baik. Bahkan para perwakilan muktamar memahami kenapa Majlis Syura membenarkan perbincangan dengan UMNO berdasarkan kepada nas Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Itulah kelebihan ahli PAS yang terus patuh kepada setiap arahan yang berdasarkan kepada Nas-nas Islam.

Timbul pula isu 16 september. Kumpulan ini seakan-akan timbul lagi. Sehingga ramai mendakwa bahawa segelintir pimpinan dalam PAS seakan-akan memberi ketaatan kepada DSAI melebihi PAS. Ke mana sahaja DSAI pergi dan membuat kenyataan akhbar di situ pasti ada golongan yang dikatakan erdogan ini.

InsyaAllah isu ini pasti selesai selepas 16 september ini. Penulis masih beranggapan kumpulan erdogan ini sekadar dakwaan semata-mata. Mereka juga Ikhlas dalam membangunkan parti. Cuma mungkin terdapat sedikit kesilapan dengan membelakangkan orang yang lebih berpengalaman dalam parti dan berpengalaman bersama dengan DSAI semenjak dari tahun 70’an lagi.

Kalau benar wujud kumpulan ini, harap terbubar selepas 16 september ini. Kalau tidak PAS perlu memberi perhatian terhadap kewujudan ini kerana boleh merosakkan parti.

Perwakilan PAS juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan parti. Jangan benarkan setiap perpecahan yang berlaku. PAS bukan parti politik semata-mata yang bertindak untuk mendapat kuasa sahaja. Tetapi PAS ialah Parti Siyasah, Dakwah dan tarbiyyah.

Segala tindak tanduk PAS berdasarkan kepada keuntungan kepada dakwah dan Islam. PAS rela kalah dan tersungkur kerana Islam.

Teruskan Perjuangan

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: