Tuesday, September 9, 2008

Cinta Ramadhan 2 : Teruskan usaha tingkatkan amalan

Hari ini genap 10 hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Berkemungkinan segala amalan yang dilaksanakan sebelum ini telah meningkat sedikit demi sedikit.

Penulis selalu mengingatkan dalam setiap tazkirah ramadhan tentang kepentingan untuk menyusun jadual tersendiri untuk Ihya’ Ramadhan. Jadual tersebut hendaklah dilengkapi dengan objektif yang perlu dicapai sehingga akhir ramadhan. Apakah amalan yang akan diteruskan selepas ramadhan?.

Budaya yang menganggap bahawa hanya ramadhan hanya bulan ibadat bukan sekadar berlaku kepada bangsa melayu. Bahkan bangsa arab pun bersikap sedemikian.

Penulis sempat membaca sedikit berkenaan dengan Kenangan Imam Qaradhawi ketika menghadapi suasana ramadhan. Beliau menyebut apabila tiba musim ramadhan lelaki dan wanita memenuhi masjid untuk bersembahyang fardu dan terawih. Walhal sebelum ini mereka tidak pernah sembahyang pun. Ketika itu segala amalan kebaikan dilakukan. Apabila berakhir ramadhan, mereka akan kembali seperti amalan biasa seperti meninggalkan sembahyang, menipu dalam perniagaan dan sebagainya.

Dengan sebab itulah, penulis berharap agar amalan di bulan ramadhan biar berterusan sehingga ke tahun depan. Kalau boleh pilihlah salah satu amalan sunat untuk diteruskan selepas ramadhan seperti solat Dhuha atau Qiamullai seminggu sekali dan sebagainya. Ataupun memilih untuk meninggalkan salah satu amalan buruk yang biasa dilakukan seperti mengcaci, mengumpat, menipu, merokok dan sebagainya.

Ramadhan kali ini melanda dalam keadaan politik yang cukup gawat dan mencemaskan bagi pihak Pemerintah kerajaan Feuderal. Jangan dengan sebab ibadat, umat Islam meninggalkan segala urusan perkembangan politik semasa.

Sepatutnya di bulan inilah umat Islam cuba memperaktikkan sedaya upaya dengan apa yang dinamakan Al-wa’yi Islami (Kepekaan Islam). Islam selalu mengajar umatnya agar sentiasa peka dengan perkembangan politik semasa.

Jangan tertipu dengan helah barat yang menyebut bahawa politik suku agama suku. Bagi Islam politik dan agama merupakan gabungan yang tidak dapat dipisahkan. Bahkan begitu banyak bentuk pengibadatan dalam Islam memerlukan kuasa politik untuk dilaksanakan.

Contohnya sistem pendidikan Islam memerlukan Kuasa kementerian Pelajaran, Sistem Ekonomi Islam memerlukan Kuasa Kementerian Kewangan dan Majis agama Islam Negeri. Sistem Jenayah Islam memerlukan majoriti di parlimen untuk diluluskan. Sistem pentarbiyyah masyarakat memerlukan kepada Kementerian di jabatan Perdana Menteri. Ini bermakna perlaksanaan Islam yang sepenuhnya memerlukan kepada kuasa pemerintahan.

Oleh itu, setiap agenda dan geraka politik yang melanda negara mestilah menguntungkan Islam. Umat Islam perlu peka dan teliti dengan apa yang berlaku agar segala perkembangan dapat diikuti dengan baik. Bahkan umat Islam digalakkan mengeluarkan pandangan dan pendapat ke arah untuk memantapkan Islam supaya mengusasi pemerintahan negara. Tidak kiralah siapa pun PM, asalkan Islam terlaksana.

Jangan kerana sibuk dengan ibadat sehingga kerajaan berani menindas dan menipu kita. Kalau dulu kerajaan perikatan pernah sibuk membina masjid dan surau setiap kawasan luar bandar sehingga penduduk kampung teruja dan kagum dengan kebaikan kerajaan. Tetapi dalam masa yang sama meminggirkan pendudukan luar bandar dari segi pembangunan dan kemudahan kampung. Bahkan membiarkan penduduk kampung berada dalam keadaan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kalau tidak mengais tak delah makannya. Keadaan ini sebagaimana yang disebut oleh Dr. Burhanudin Al-helmy dalam sidang parlimen pada tahun 60’an merupakan satu penindasan terhadap golongan luar bandar dan bangsa melayu.

Oleh itu, rakyat wajib meneliti perkembangan politik semasa supaya hak mereka tidak dipinggirkan. Suasana sekarang cukup berbeza dengan tahun 60’an. Rakyat sekarang sudah dikira berpendidikan.

Kalau di zaman kerajaan sekarang ini, Islam dan hak rakyat sudah tidak dapat dilindungi dan dilaksanakan. Jadi sudah semestinya kita berfikir macam mana untuk menukar dengan kerajaan lain yang sanggup melaksanakan perubahan kepada keadilan Islam.

Kalaulah kerajaan baru yang akan naik tetap dengan cara dan ideologi yang sama dengan sebelumnya. Baik tidak berlaku perubahan. Sebab keadilan mesti bersandarkan kepada Islam. Kalau tidak, kezaliman pasti akan kembali.

Oleh itu, di bulan penuh dengan keberkatan ini marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kerohanian disamping mengasah pengetahuan dan mendalami ilmu Siyasah Islam sebagaimana yang disebut oleh Dato’ Seri Tuan Guru Presiden bahawa Bulan ramadhan merupakan bulan Siyasah

Teruskan perjuangan

www.attakiri.blogspot.com


... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: