Wednesday, September 3, 2008

Aku Hanya Insan Kecil Dalam Perjuangan

Ketika di alam mahasiswa, Aku memegang pelbagai jawatan. Mengeluh dengan pelbagai tugasan. Dengan tugasan dan kefahaman tentang perjuangan Islam. Semestinya aku pulang dengan penuh persediaan untuk merubah kehidupan masyarakatku yang penuh dengan pelbagai kemusnahan dan kerosakan. Aku juga menyangka bahawa aku akan disanjung sebagai seorang ulamak berkelulusan luar Negara.

Semestinya aku menyangka aku akan diberi jawatan yang sesuai dengan kelulusanku. Lebih-lebih lagiku mendapat keputusan yang boleh dikatakan membanggakan.

Selepas aku pulang ke Bumi bertuah. Segala khayalan ku musnah begitu sahaja. Segala sangkaan ku meleset sama sekali. Gerakan Islam tidak memberi kedudukan yang selesa kepadaku. Masyarakat tidak memandang tinggi padaku. Salah siapa.? Masyarakatkah, gerakan Islamkah atau aku.?

Disebabkan ini, aku terus kecewa dan terus kecewa. Akhirnya segala perancanganku untuk bersama dalam perjuangan Islam sedikit demi sedikit luntur dan akhirnya terus hilang dalam persada perjuangan Islam. Lebih-lebih lagi selepas aku mendirikan rumah tangga dan mempunyai pekerjaan yang selesa. Aku juga bimbang jika terlibat dengan gerakan Islam, mungkin pekerjaanku terlepas, mungkin kami sekeluarga akan hidup dalam kesusahan.

Inilah kebiasaan dilema seorang mahasiswa selepas pulang. Penulis tidak menyebut kesemuanya, tetapi kebiasaanya begitu.

Kalau sebelum ini mahasiswa di luar negara begitu sibuk berprogram, aktif bermasyarakat, selalu melontarkan pandangan-pandangan bernas, selalu mengkritik tindakan pimpinan gerakan Islam dan sebagainya. Tetapi kenapa selepas pulang senyap begitu sahaja.

Mungkin kita menyangka selepas kepulangan ke Malaysia kita akan diberi jawatan yang tinggi atau disanjung. Tidak dan mustahil.. hapuskan khayalan bodoh itu.

Selepas Rasulullah SAW diangkat dan dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Adakah baginda dihampari oleh permaidani merah.?, adakah baginda diberi kemewahan.? Tidak..tidak sama sekali.

Nabi dihina, dimaki, dilontar najis ke atas tubuh baginda, diancam untuk dibunuh, kehidupan yang penuh dengan kesusahan dan pelbagai lagi penderitaan.

Mungkin kita tidak akan berdepan dengan suasana sedemikian. Walaupun begitu, kita masih lagi mengaduh susah di atas segala cabaran.? Kenapa dan mengapa.? Mana ilmu yang dipelajari,? mana dia pandangan dan kritikan yang dilontarkan.?

Oleh sebab itu, ramai orang menyebut bahawa zaman mahasiswa adalah zaman idealisma. Mereka tidak menjejakkan kaki sepenuhnya dalam alam realiti.

Walaupun begitu, penulis kurang bersetuju dengan pandangan sedemikian. Mahasiswa berjuang sesuai dengan zamannya. Perjuangan mereka diiktiraf dan mendapat ganjaran oleh Allah SWT. Mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk mendidik generasi baru yang akan datang. Cuma kelemahan segelintir mahasiswa ialah perjuangan tersebut terhenti ketika zaman mahasiswa sahaja.

Dalam pada itu juga, setiap mahasiswa yang perpendidikan agama perlu bersedia untuk bekerja sebawah-bawah mungkin. Jangan mengaggap diri ini hebat sehingga kalau kita tidak berjuang nescaya perjuangan ini akan senget dan sebagainya.

Mungkin satu ketika, gelaran ustaz dihilangkan dari diri seorang lepasa agama, mungkin kawan-kawan sekeliling memandang lekeh terhadap penampilan dan peribadi lepasan agama. Mungkin tekanan kewangan menekan kehidupan lepasan agama.

Jangan merasakan diri kita ini lebih hebat dari pejuang-pejuang yang telah lama berkecimpung dalam gerakan Islam. Sepatutnya kita bersikap rendah diri dan bersedia ditunjuk ajar walaupun oleh seorang yang tidak ada pendidikan langsung.

Kita hanya insan kecil dalam perjuangan. Samada kita bersama atau tidak dalam perjuangan Islam, ianya tidak memberi kesan langsung terhadap gerakan Islam. Kita berjuang adalah untuk melaksanakan tanggungjawab ilmu yang dipelajari bagi melepaskan diri dari soalan Allah di akhirat nanti. Kalau kita tidak beramal terhadap kefahaman yang dipelajari nescaya Kemurkaan Allah cukup besar akan terkena kepada kita. Nauzubillah

p/s : cerita di atas mungkin kena mengena dengan yang hidup atau yang mati

www.attakiri.blogspot.com

... Bekerja Untuk Islam ...

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah... anda antara bekas student madrasah jemaah yang masih di saf depan medan perjuangan.

Tapi awas, anda akan di uji dengan kenyataan anda sendiri..... sesungguhnya perjuangan ini sangat perit untuk di lalui..