Thursday, September 18, 2008

Cinta Ramadhan 4 : Memahat Istiqamah ..

Hari ini genap 20 hari umat Islam berpuasa. Mungkin ketika ini terdapat segelintir umat Islam sibuk mencari baju raya untuk dipakai ketika menyambut hari Raya Aidilfitri. Memakai baju baru ketika hari raya merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW. Tetapi jangan kerana terlampau sibuk mencari baju raya sehingga meninggal kelebihan ramadhan dek terlampau letih round shopping Complex.

Umat Islam baru sahaja melepasi 17 ramadhan. Satu tarikh yang cukup bersejarah melebihi sejarah 16 September. Pada tarikh tersebutlah Al-Quran diturunkan ke langit dunia secara sekaligus.

Al-Quran merupakan kitab yang mengajar umat Islam dan manusia keseluruhannya bagaimana untuk menempuh kehidupan di dunia dan akhirat dengan penuh aman damai.

Kesemua manusia inginkan keadilan, kebajikan, keharmonian kaum dan sebagainya. Semua ini tidak akan dapat dicapai kecuali dengan menggunakan Al-Quran sebagai dasar dan cara hidup.

Al-Quran pula mesti dicantum dengan Hadis Nabi SAW untuk menambahfahamkan lagi penjelasan Al-Quran. Oleh itu, sesiapa yang menganggap bahawa hadis itu tidak penting dan tidak perlu maka dia telah melanggar Al-Quran.

Menyebut tentang hari ke 20 ramadhan. Mungkin sesetengah tempat mula lengang saf terawihnya. Begitu juga dengan waktu subuh. Kalau sebelum ini majlis tadaruss dihadiri lebih daripada 20 orang. Kini mungkin tinggal 10 atau 5 orang sahaja.

Mengapa terjadi sedemikian.? Bukankah Syaitan telah dibelenggu .? ini menandakan bahawa amalan manusia di awal ramadhan bukan berdasarkan kefahaman tetapi lebih kepada adat yang biasa dilakukan di awal ramadhan.

Sepatutnya semakin dekat dengan syawal, semakin hebat amalan. Kalau sebelum ini kita membaca al-Quran dua helai sehari. Mungkin boleh dipertingkatkan dengan membaca penafsiran pula. Tidak banyak pun tak apa asal Ayat Al-Quran itu dapat difahamkan sedikit.

Sesungguhnya amalan yang disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit. Tidak guna kalau melaksanakan ibadat yang banyak tetapi hanya mampu bertahan seminggu sahaja.

Alangkah baik kalau amalan itu sedikit tetapi berterusan sehingga ke akhir ramadhan bahkan menjadi satu kebiasaan pada diri.

Jadi bagi sesiapa yang masih terus istiqamah dalam amalan, penulis mengucapkan tahniah. Semoga amalan kalian akan berterusan sehingga ke akhir hayat.

Ramadhan bukan bulan ibadat sahaja. Tetapi ramadhan ialah bulan untuk membina taqwa dengan ibadat. Kalau ibadat seseorang masih menjana taqwa bermakna ada sesuatu yang tidak kena.

Sementara kita masih di bulan ramadhan ini, post motermlah balik amalan dan perbaikilah sebelum ramadhan ini berakhir. Kalau kita tidak mampu memperbaiki di bulan ini. kemungkinan di bulan lain agak sukar untuk diperbaiki kerana terdapat banyak gangguan-ganguan.

Jadikan ramadhan ini ramadhan yang terbaik dalam diri kalian. Nabi SAW mula memperhebatkan amalan dan mengajak seisi keluarga untuk beribadat bermula dengan 10 malam terakhir…

Perhebatkan amalan semoga kita dikurniakan rezeki untuk bertemu dengan Malam Qadr..InsyaAllah

Ya Allah Ya tuhanku, Engkaulah yang Maha Pengampun yang suka Mengampun dosa. Ampun dan Maafkan dosa hambaMu yang lalai dan leka ini

Amin

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: