Thursday, September 4, 2008

Cinta Ramadhan 1 : Islam dan Perpaduan

Hari ini bermakna sudah 3 hari umat Islam di Malaysia menunaikan ibadat puasa. Sepatutnya kita sudah mula post mortem balik amalan puasa 2 hari sebelumnya. Adakah berlaku peningkatan ataupun sebaliknya. Kalau berlaku peningkatan, apakah perancangan dan strategi lain untuk menambahkan lagi amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Kalau berlaku penurunan amalan, fikirkan kembali bagaimana untuk meningkatkan amalan tersebut.

Ramadhan datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu akan berjumpa lagi. Oleh itu, selagi mana diberi peluang oleh Allah SWT, rebutlah dengan sebaik mungkin. Sementara masih di awal ramadhan sentiasalah post mortem setiap gerak laku dan amalan supaya tidak timbul penyesalan di akhir ramadhan.

Ramadhan kali di sambut selepas Negara Malaysia menyambut kemerdekaan ke 51. Oleh kerana kita sekarang berada dalam keadaan seakan-akan berlaku sedikit keretakan perkauman- mengikut pandangan kerajaan Malaysia-, jadi tema yang di angkat ialah “Perpaduan Teras Kejayaan”.

Umum dimaklumi bahawa era pasca PRU12. Terdapat segelintir parti yang memainkan sentiment perkauman bagi mencetuskan peristiwa 13 Mei kali kedua.

Tetapi Alhamdulillah, perbalahan perkauman tidak berlaku. Mungkin kerana rakyat Malaysia dilihat sudah matang berpolitik.

Islam merupakan penyelesaian yang terbaik untuk perpaduan. Islam mengiktiraf semua kaum atas dasar kemanusiaan. sebab itulah tidak pernah timbul di era pemerintahan Islam perbalahan kaum.

Perbalahan kaum mula timbul selepas penjajahan barat ke atas dunia ketiga. Ini menunjukkan seolah-olah barat sengaja mengapi-apikan api perkauman untuk merosakkan kestabilan dan keamanan politik sesebuah Negara.

Perbalahan kaum ini bermula apabila barat mula memperkenalkan Negara bangsa. Akhirnya setiap bangsa berebut-rebut untuk membentuk Negara. Natijahnya, berlakulah berbalahan etnik, bangsa dan sebagainya.

Dalam Islam, sesiapa pun tidak dipaksa untuk masuk ke dalam agama Islam. Bahkan bagi mereka yang tidak menentang Islam, mereka di benarkan duduk bersama dengan orang Islam dengan mendapat hak kerakyatan yang sama.

Islam juga mengiktiraf hak keistimewaan sesuatu kaum di atas kapasiti mereka terhadap sesuatu tempat. Oleh kerana mereka dikira sebagai penduduk asal, maka hak mereka perlu dijaga.

Contohnya larangan Saidina Umar Al-Khatab terhadap pengambilan tanah di Parsi oleh tentera Muslimin. Ini kerana saidina Umar menghormati hak keistimewaan rakyat Parsi di Negara mereka. Walaupun tentera muslimin membuka Negara tersebut. Hak rakyat parsi tidak boleh di ambil sewenang-wenangnya.

Dalam masa itu juga, Islam tidak pernah mengzalimi kaum lain yang datang kemudian. Bahkan mereka akan diberi bantuan kemanusiaan jika memerlukan. Tidak timbul isu keistimewaan kaum sehingga kaum lain terabai. Kalau berlaku sedemikin, bermakna satu kezaliman.

Itu perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam. Sementara sesama muslim pula. Islam telah mewajibkan begitu banyak perkara yang menjadi penyebab kepada kesatuan umat Islam. Seperti Kewajipan berpuasa, haji dan zakat. Bahkan dalam solat sendiri, Nabi meletakkan solat jemaah hampir-hampir menjadi wajib. Ini menunjukkan bahawa Islam ini bermasyarakat dan sentiasa bersatu.

Dalam kesatuan Negara pula, Islam sentiasa menyebut supaya umat Islam bersatu di atas dua rujukan utama iaitu Al-Quran dan Hadis. Apabila rujukan dalam sesebuah Negara itu sama, tidak timbul perbalahan dan kerosakan dalam sesebuah Negara.

Penulis hanya menyebut secara ringkas tentang setiap peristiwa yang belaku. insyaAllah jika ada kelapangan. Setiap contoh dan peristiwa, penulis akan bawakan sandaran dan sumber untuk meyakinkan pembaca semua

Inilah dia keindahan Islam yang begitu mementingkan perpaduan. Jadi wajar di sebut oleh umat Islam ialah “Islam Teras Perpaduan, Perpaduan Teras Kejayaan”.

www.attakiri.blogspot.com


... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: