Monday, January 28, 2008

Siri I : Cakap Tak serupa bikin


Selepas perlantikan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri Malaysia yang kelima bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Beliau lantas mengcadangkan idea baru untuk menarik perhatian masyarakat iaitu mencadangkan perlaksanaan Islam hadhari. Selepas cadangan ini diwar-warkan, habis ulamak dan cendikawan membuat penta’rifan mengenai Islam hadhari bagi menguatkan dan menarik perhatian Dato’ Seri PM kita nih. Selepas didesak oleh pelbagai pihak tentang konsep perlaksanaan Islam hadhari ini, akhirnya tercetuslah 10 prinsip yang ada pada Islam Hadhari. Mungkin mereka rasa Islam hadharilah yang paling sesuai berbanding Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW.

Ketika pengumuman dibuat, masyarakat begitu terpedaya dengan dakyah yang dilemparkan oleh puak-puak ni. Akhirnya BN menang besar di dalam pilihanraya yang ke 11.
Akhirnya seperti mana biasa, slogan hanya tinggal slogan, prinsip hanya tinggal prinsip. Semua prinsip yang ada tidak dibuat walaupun satu.
Antara prinsip tersebut :
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan


Prinsip pertama : Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah
Rakyat tertanya-tanya, adakah benar kerajaan sekarang ini melaksanakan prinsip ini?. kalau betul perlaksanaannya, kenapa masjid-masjid tidak dimakmurkan. Ustaz-ustaz ramai yang dibekukan tauliahnya. Program hiburan diperbanyakkan. Program-program agama dikurangkan. Akhlak remaja telah hilang kesopanan. Apakah maksud sebenar daripada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT?

Quran menyebut tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa di awal surah al-Baqarah :
Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya. (Al-Baqarah 3-5).

Sampai sekarang ini, BN tidak pernah menghukum kepada orang yang menyatakan bahawa azab kubur tidak ada dalam Islam. Golongan sebegini tidak pernah ditangkap dan didakwa? Bahkan golongan sebegini dibenarkan berleluasa menulis dan diberikan permit untuk menerbitkan majalah. Berkenaan dengan zakat. Sampai sekarang ini, Petronas tidak pernah diarahkan oleh kerajaan untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan menurut pandangan Prof. diraja Ungku Aziz bahawa jika Petronas mengeluarkan zakat nescaya pendidikan negara boleh diberikan percuma kepada umat Islam.

Akhirnya, BN tidak pernah melaksanakan program untuk memastikan masyarakat bertaqwa dan beriman kepada Allah dalam konteks yang sebenarnya. Walaupun adalah diselitkan sedikit tentang program yang berbentuk keagamaan tetapi kalau dikira peratus, tidak sampai 5%. Yang bakinya penuh dengan hiburan yang melalaikan.

Prinsip Kedua : Kerajaan Adil dan Beramanah
Adil bermaksud meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Adilkah kerajaan kalau mendakwa tahanan tanpa bicara (ISA). Adilkah kerajaan melarang rakyat dari berhimpun secara aman untuk menegur kesilapan kerajaan. Saidini Abu Bakar ketika dilantik menjadi khalifah minta ditegur, Saidina Umar ketika dilantik menjadi khalifah minta ditegur kalau ada terbuat perkara yang silap. Bahkah ada sahabat yang hendak menegur khalifah dengan pedang!!!. Pun saidina umar bagi permit. Tu khalifah yang memimpin semua umat Islam. Inikan kerajaan Malaysia. Takkan nak berhimpun untuk menegur kerajaan disekat. Sempurna sangat ke perlaksaan kerajaan. Kerajaan juga seperti manusia, ada silap dan salah yang mesti diperbetulkan. Hak berhimpun merupakan hak yang mesti ada di dalam negara demokrasi. Malaysia sebuah negara demokrasi. Malaysia bukan negara komunis.

Dari sudut amanah, di sini cukup kita buat perbandingan antara akhlak pemimpin BN dengan pemimpin PAS. Mana yang lebih amanah dengan jawatan yang ada. MB dan exco kerajaan negeri kelantan sampai sekarang belum ada berita bahawa mereka ini khianat terhadap amanah. Belum pernah didengari BPR mengumumkan rasuah membabitkan pemimpin-pemimpin PAS. Lihat kepada pemimpin UMNO. Rasuah semakin berleluasa. Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa TPM kita menerima rasuah komisyen kapal selam sebanyak RM 530 juta. Sedangkan nabi melarang sahabatnya yang ditugaskan untuk mengutip zakat mengambil hadiah daripada pemberi zakat walau seekor kambing. Kambing pun nabi tak benarkan inikan komisyen RM 530 juta..lagilah tak boleh. TPM takkan dapat komisyen itu kalau beliau bukan TPM. Amanah ke perbuatan tu? Tu peringkat TPM. Kalau bawah lagi teruklah. Mak borek anak rintik….

Bersambung…..

No comments: