Saturday, January 19, 2008

BIla gendang pilihanraya hampir berkumandang


Bahang pilihanraya semakin terasa. terbaru ialah kenyataan daripada UMNO supaya pemimpin di semua peringkat supaya tidak membuat lawatan ke luar negara. Bilik gerakan UMNO di negeri-negeri sudah mula di buka. apabila UMNO dah mula serius untuk mempersiapkan jentera pilihanraya. bermakna pilihanraya sudah teramat dekat. mengikut andaian Naib Presiden PAS, YB Husam Musa bahawa mengikut keadaan sekarang ini pilihanraya mungkin diadakan dalam sekitar 5 minggu sahaja lagi.



Apabila bercakap tentang pilihanraya, tidak dapat tidak kita akan pasti bercakap mengenai keadaan pentadbiran sekarang ini. saya bukan hendak menulis berkenaan dengan isu yang sedang berlaku sekarang. analisis isu sudah banyak disentuh oleh sahabat-sahabat maya yang lain. saya lebih suka menyentuh isu tentang kewajipan kita untuk bersama-sama menjatuhkan mereka-mereka yang masih mengekalkan undang-undang penjajah.

Undang-undang yang ditinggalkan penjajah pada dasarnya sudah jelas bertentangan dengan Islam. lihat sahaja penafsiran Lord Reid terhadap makna Islam ialah mesti sama dengan kristian iaitu urusan agama diserahkan kepada orang agama, manakala urusan politik diserahkan kepada orang politik. Undang-undang sebegini masih wujud di dalam politik negara sekarang. walaupun PM kita telah mewar-warkan Konsep Islam HADHARI. walaupun islam HADHARI telah meletakkan 10 prinsip tapi dari sudut perlaksaannya seperti sekular. Islam hanya dilaksanakan jika perkara tersebut berkaitan dengan ibadat. Tetapi di dalam perkara yang lain. Islam dibuang. contohnya berkaitan dengan ekonomi, negara aekonomi negara. Dengan kata mudah, untuk maju kena buang agama. kalau kita berfikiran seperti itu, kita juga boleh disamakan dengan komunis yang berprinsip bahawa agama ini candu masyarakat.



Perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin negara yang menggunakan undang-undang yang lain daripada hukum Islam ini dikira zalim kerana mereka tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Al-Quran ialah panduan yang paling sempurna dan lengkap. Al-Quran juga telah dipraktikkan oleh Nabi dan para sahabat serta pemerintah-pemerintah Islam selama berkurun-kurun. apabila datang zaman hadhari ini, tiba-tiba kita telah membuang sumber yang paling dan sempurna dan mengambil sumber yang tidak diketahui berjaya atau tidak. inilah yang dinamakan zalim.



Apabila menyebut tentang kezaliman. semestinya umat Islam yang bermaruah akan bangun untuk menentang kezaliman tersebut. Islam melarang umatnya daripada cenderung kepada orang yang zalim. kalau cenderung sudah ditegah, apatah lagi membantu, lagilah tidak boleh.



menyebut tentang orang yang zalim, Islam juga telah mengajarkan kepada umatnya bagaimana untuk membantu orang-orang yang zalim. Islam datang untuk menyelamatkan manusia. untuk orang yang dizalimi akan bantu, untuk orang yang zalim pun perlu dibantu. Setiap bantuan yang dihulurkan perlu kena pada tempatnya.contohnya kalau kita jumpa pencuri, kita mesti membantunya dengan melaporkan kegiatan pencurian kepada pihak polis supaya pencuri tersebut tidak berterusan mencuri. kalau kita menyembunyikan pencuri tersebut dengan tujuan untuk membantu, ini dinamakan sebagai zalim. begitu juga dengan pemerintah yang zalim. kita mesti membantu mereka dengan menjatuhkan mereka. Jangan benarkan mereka terus-menerus dalam kezaliman ini.



Jadi semua perlu bekerja untuk sama-sama menjatuhkan orang yang zalim ini. semua kerja kita akan dikita JIHAD. setiap air peluh, buah fikiran, kewangan, dikira JIHAD. semua pihak mesti turun padang. Ustaz-ustaz perlu bekerja lebih dari orang lain. kerana mereka lebih yakin dengan pahala JIHAD dari orang lain. Kalau ustaz tidak bersemangat. orang lain apatah lagi. kalau yang berada jauh dari bumi Malaysia ini seperti (Syria, Mesir, Yaman dan lain-lain) cukuplah sekadar doa yang berterusan. lebih-lebih mereka ini berada di bumi yang penuh dengan keberkatan. adakan majlis solat hajat setiap malam untuk memastikan kemenangan ISLAM tercapai.



semoga pilihanraya kali ini menjanjikan keputusan yang baik bagi memudahkan parti Islam untuk meneruskan agendanya untuk menegakkan ISLAM sebagai Ad-Deen Wa Daulah..Takbir...



Teruskan Perjuangan ....

No comments: