Monday, January 21, 2008

UMNO hanya lahirkan ulamak mengampu

respon kepada tulisan Pak Subky yang bertajuk hanya firaun dan namrud larang salahkan kerajaan yang menceritakan tentang keadaan terdapat seorang ustaz yang melarang untuk menegur kerajaan. Saya tidak pasti ustaz yang mengulas itu mengambil sumber dari mana. Apa yang saya belajar bahawa antara tanggungjawab rakyat ialah menegur kerajaan jika kerajaan buat silap. kalau kesilapan itu terus menerus sehingga sampai meninggalkan hukum Allah SWT maka kita wajib menjatuhkan pemerintahan tersebut. dalam bab menjatuhkan kerajaan kita boleh lihat bagaimana nabi menjatuhkan kerajaan mekah yang ketika itu diperintah oleh golongan kafir quraisy. walaupun sekarang ini, pemerintah bukan terdiri daripada golongan kafir, tetapi pemerintah mengamalkan undang-undang tinggalan orang-orang kafir. kita bukan mengkafirkan pemerintah. tetapi kita hanya menentang pengamalan dasar-dasar penjajah yang secara jelas bertentangan dengan Islam.

Walaupun kerajaan sekarang ini jelas melaksanakan dasar-dasar yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi masih terdapat golongan lepasan agama yang menyokong dasar ini. Saya selalu terfikir kenapa terdapat golongan agama yang masih lagi menyokong UMNO. apakah mereka tidak melihat bahawa UMNO tidak melaksanakan dasar Islam dengan sepenuhnya. Apakah mereka tidak terfikir bahawa UMNO lah yang membenarkan Islam dihina. Lihat sahaja isu-isu sekarang ini, bermula dari awal tahun 50an ketika UMNO meminta ulamak-ulamak ketika itu mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan hasil judi menjadi sumber kemasukan dalam UMNO sehingga sampai ke peringkat meminta ulamak-ulamak menyokong kerajaan secara membabi buta seperti menyokong prinsip Islam Hadhari.

Ulamak-ulamak yang tidak sebulu dengan UMNO akan dibuang. lihat kepada nasib PAS ketika penubuhannya pada tahun 1951. PAS pada asalnya merupakan biro ugama dalam UMNO. tetapi selepas berlaku penentangan ketika awal kemerdekaan dan juga berkaitan dengan dasar dengan UMNO, maka Tun Onn Jaafar telah meminta biro ulamak itu menubuhkan persatuan yang sendiri. Dengan kata golongan ulamak yang menentang tidak layak masuk UMNO. UMNO hanya menerima ulamak-ulamak yang mengampu.

Imam Ghazali membahagikan ulamak kepada dua jenis
1. Ulamak Akhirat
2. Ulamak Su' (jahat)

Ulamak akhirat ini ialah ulamak yang berani menyatakan kebenaran walaupun diri mereka ditangkap tanpa bicara. diugut, dibuang kerja dan sebagainya. mereka ini tidak akan mengadai akhirat dengan dunia yang sedikit.

Ulamak Su' ialah ulamak yang berkata mengikut kehendak pemerintah. walaupun pemerintah tersebut memerintah untuk menghancurkan Islam. mereka lebih rela mengecapi kesenangan dari kesusahan. mereka ini akan mencipta pelbagai helah untuk membenarkan perkataan pemerintah. bahkan yang lebih dahsyat ada yang sanggup menukar penafsiran semata-mata untuk menyenangkan pemerintah.

saya berkeyakinan bahawa bukanlah kesemua ulamak UMNO sebegitu. mungkin ada dikalangan ulamak UMNO ikhlas dan tertipu dengan UMNO seperti apa yang berlaku di ambang kejatuhan Turki Uthmaniah. Terdapat ulamak-ulamak ketika itu menyokong Kamal Attartuk untuk menjatuhkan khalifah. ulamak-ulamak ini akhirnya menyesal dengan apa yang berlaku. tapi nasi sudah menjadi bubur. khilafah yang jatuh sudah tidak dapat dikembalikan lagi. Mungkin ada ulamak-ulamak dalam UMNO terlampau kagum dengan gaya Pak Lah yang hadhari kot.

Jadi saya berharap ulamak-ulamak yang tidak terperasan mereka ini ditipu dan diperalatkan ini supaya balik ke pangkal jalan. Jadikan sejarah yang berlaku kepada Turki Uthmaniyyah sebagai panduan. Ingat, mungkin dengan sebab kita, Islam dihancurkan, mungkin dengan sebab kita, perjuangan Islam dipadamkan
Ingat. UMNO hanya memperalatkan Ulamak. kalau jadikan diri ulamak itu sebagai anjing-anjing UMNO. UMNO hanya menipu ulamak bukan membela Ulamak. UMNO hanya menggunakan Islam untuk berkuasa bukan kuasa yang mesti dipelopori oleh Islam.

Jom pakat undi PAS untuk selamat dunia dan akhirat

No comments: