Salam perkenalan buat sahabat-sahabat cyber sekelian. walaupun agak terlambat untuk saya ber"blog" bersama dengan sahabat. tapi saya juga tidak mahu ketinggalan di dalam berkongsi maklumat di dalam ruang cyber ini. Sememangnya bidang dakwah itu luas. Dakwah tidak semestinya sekadar memberi nasihat semata-mata. tetapi penulisan juga memainkan peranan penting dalam mengembang dan menyebarkan Islam kepada semua manusia. ini dapat dilihat di dalam satu ungkapan "Sesungguhnya mata pena lebih tajam dari mata pedang".
Di zaman lampau, penulisan dikira dengan pengarangan kitab-kitab yang menyentuh pelbagai tajuk. kini dunia semakin melangkah ke depan dengan memperkenalkan sistem blog yang boleh dikira antara ruang untuk menyebarkan kefahaman Islam.
Blog ini, saya wujudkan bukan sekadar melampiaskan perasaan terhadap pelbagai isu tanah air, tetapi juga sebagai medium untuk sama-sama berbincang tentang permasalahan agama yang semakin meruncing di Dunia dan Malaysia khususnya.
Akhir tulisan, harapan saya agar blog ini dapat memudahkan penyebaran dakwah kepada semua sahabat-sahabat sekelian
No comments:
Post a Comment