Thursday, January 17, 2008

Payahnya nak menjaga Iman


Nabi selalu mengingatkan kepada umatnya bahawa setiap amalan yang dibuat mesti istiqamah walaupun sedikit. Al-Quran juga menceritakan bahawa orang yang istiqamah akan mendapat pelbagai kelebihan yang diturunkan dari langit dan dikeluarkan dari bumi. limpahan pahala yang banyak ini menggambarkan bahawa untuk beristiqamah dalam sesuatu amalan ataupun dengan kata hendak memastikan iman tu sentiasa stabil cukup payah.

Hal ini bukan sahaja berlaku kepada orang yang tidak memahami agama. bahkan golongan agamawan sendiri pun sama. bahkan golongan yang mendalami agamalah yang paling payah hendak istiqamah samada dalam amalan harian ataupun di dalam perjuangan. Syaitan tidak akan membiarkan umat Muhammad masuk ke dalam syurga kerana mereka memerlukan teman di dalam neraka nanti.
Nabi selalu menyuruh kepada umatnya agar sentiasa berdoa supaya Allah SWT menetapkan iman di dalam dada masing-masing.

Semoga semuanya termasuk di dalam golongan yang sentiasa mendengar peringatan dan beramal seterusnya sama-sama beristiqamah di dalam menempuh pelbagai cabaran samada cabaran yang berbentuk keduniaan ataupun cabaran di dalam perjuangan