Kemenangan Islam merupakan satu perkara yang pasti. Tidak kiralah samada kemenangan itu datang cepat atau lambat. Yang penting Islam pasti menang. Cuba lihat perjuangan yang telah diperjuangkan oleh nabi-nabi terdahulu, semuanya bermula dengan kepayahan dan berakhir dengan kemenangan. Kemenangan ini samada sempat dikecapi di dunia ataupun Allah SWT mengurniakan kemenangan di akhirat dengan memperolehi keredhaan dan rahmat dai NYA.
Di dalam bulan Muharam terdapat banyak peristiwa yang menjadi lambang kemenangan Islam seperti penghijrahan nabi SAW, Bani Israel yang telah diselamatkan dari Firaun, Nabi Nuh telah berjaya dalam kebenaran dakwahnya.
Di dalam bulan Muharam terdapat banyak peristiwa yang menjadi lambang kemenangan Islam seperti penghijrahan nabi SAW, Bani Israel yang telah diselamatkan dari Firaun, Nabi Nuh telah berjaya dalam kebenaran dakwahnya.
kalau dilihat daripada cara rasulullah meraikan kemenangan Islam yang berlaku kepada nabi Musa dan Nabi Nuh ialah dengan baginda menggalakkan umat Islam supaya berpuasa (sunat) sebagai lambang kesyukuran.
Lihat kepada perjuangan nabi Nuh AS yang dakwahnya memakan masa selama 950 tahun. baginda berdepan dengan pelbagai cabaran yang cukup dahsyat sehingga baginda telah dicalonkan di antara nabi Ulul Azmi :
Peristiwa kesabaran dan cabaran Nabi Nuh dirakamkan oleh Al-Quran dengan firmannya :
(setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); ."Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran)."Dan Sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya Dengan jari masing-masing, dan berselubung Dengan pakaiannya, serta berdegil Dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur Dengan melampau. "Kemudian Aku telah menyeru mereka Dengan terang-terang; "Selain dari itu, Aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai Dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan Dengan perlahan-lahan. (Surah Nuh, ayat 5 – 9)
Nabi Nuh menggunakan pelbagai strategi dakwah bagi mengembangkan Islam. tetapi penerimaan dakwah hanya sedikit sahaja. dikatakan hanya sekitar 80 orang sahaja yang menerima dakwah nabi Nuh. walaupun begitu, baginda terus berdakwah sehingga sampai tahap yang dikira memang kaum nabi nuh sudah tidak mahu menerima dakwah lagi. lalu Allah memerintahkan Nabi Nuh membina bahtera untuk menyelamatkan orang-orang yang beriman. selepas didatangkan bah yang cukup besar dan dihapuskan kaum yang engkar itu, bahtera nabi pun terus didaratkan di atas bukit Judi. sesetengah ulamak menyatakan bahawa tarikh pendaratan nabi nuh di atas bukit judi ialah pada 10 muharam. pendaratan ini juga sebagai lambang kemenangan Allah kepada golongan yang beriman. pada hari itu, kaum yang mensyirikkan Allah dihapuskan. yang tinggal hanyalah mereka-mereka yang beriman kepada Allah yang esa. perlu diingat kemenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT diberi samada diramaikan umat Islam atau dimatikan musuh-musuh.
peristiwa keraian kemenangan di sini di sambut oleh umat Islam dengan disunatkan berpuasa pada hari 10 muharam . ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW seperti berikut :
Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda: "Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" (HR Bukhari & Muslim)
"Nabi SAW tiba di Madinah, kemudian beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Beliau bertanya :"Apa ini?" Mereka menjawab :"Sebuah hari yang baik, ini adalah hari dimana Allah menyelamatkan bani Israil dari musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu sebagai wujud syukur. Maka beliau Rasulullah SAW menjawab :"Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (Yahudi), maka kami akan berpuasa pada hari itu sebagai bentuk pengagungan kami terhadap hari itu." (HR Bukhari)
Rasulullah SAW menggalakkan kepada umatnya supaya berpuasa selama dua hari samada pada 9 dan 10 muharam atau 10 dan 11 muharam supaya menjadi kelainan antara kaum yahudi.
Peristiwa 10 Muharam ini memberi pengajaran bahawa Islam pasti akan menang kerana Islam merupakan agama yang benar dari Allah SWT. Kemenangan yang dikurnikan hendaklah disambut dengan penuh rasa kesyukuran. Lihat pada keadaan nabi Muhammad SAW ketika pembukaann. Baginda bergerak ke mekah penuh dengan tawadduk dan tunduk. Kemenangan yang dicapai adalah hasil dari pengorbanan dan keikhlasan golongan yang ingin berjuang. Islam tidak pernah menang dengan hamparan permaidani merah. Rasulullah diberikan kemenangan dengan pembukaan mekah selepas 13 tahun ditekan di mekah dan berlaku pelbagai ancaman selepas pembukaan negara Islam madinah.
10 Muharam ini cukup membuatkan semua pendokong Islam mendapat motivasi dan semangat untuk terus bergerak dan mara ke depan. renunglah peristiwa ini dan ambillah pengajaran. Jangan jadikan peristiwa ini sekadar cerita yang hanya meniti dibibir tetapi tidak melekat dihati. peristiwa yang lepas untuk diteladani bukan sekadar maklumat sejarah semata-mata.