Saturday, January 26, 2008

Masjid pun jadi bahan untuk pancing undi..

Pada sekitar tahun 60an dan 70an. Umat melayu Islam di Malaysia tidak dapat memikirkan bahawa politik merupakan perkara yang menjadi sebahagian daripada Islam. Mereka beranggapan bahawa Islam ini hanya mengcakupi ibadat dan munakahat semata-semata. Bagi mereka urusan pemerintahan hanyalah berpandukan kepada akal fikiran manusia tanpa perlu merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Ini merupakan kesan penjajahan pemikiran yang telah ditanam oleh penjajah british. Walaupun negara kita merdeka, dasar penjajahan ini masih diteruskan oleh UMNO yang ketika itu diketuai oleh Tungku Abdul Rahman putera Al-Haj. Beliau dengan terang-terangan mengakui Malaysia sebuah negara sekular. Sekular ini bermaksud Memisahkan agama dari politik. Politik bermaksud pemerintahan. Memisahkan agama dari politik bermakna memisahkan Islam dari pemerintahan.

Bermula tahun 80an, gelombang untuk kembali kepada perlaksanaan Islam yang sebenar semakin kuat, ditambah lagi dengan tekanan daripada PAS supaya Al-Quran di daulatkan. Perkataan politik suku agama suku dihapuskan. Pimpinan PAS ketika itu banyak menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan aqidah seperti buku yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang menceritakan batas iman dan kufur. Akhirnya pimpinan UMNO terpaksa tunduk kepada kehendak rakyat yang mahukan kepada Islam dengan mengumumkan bahawa mereka juga hendak kepada Islam.

Ketika itu, dasar kerajaan lebih ke arah untuk mengislamisasikan badan-badan seperti penubuhan bank Islam, menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya. Perlu dimaklumi juga bahawa perlaksanaan dasar-dasar Islam di dalam pemerintahan kerajaan yang di pandu UMNO ini bukanlah bermakna mereka hendak kembali kepada Islam. Tetapi perlaksanaan ini sekadar untuk memancing rakyat supaya menyokong mereka. ini terbukti kerana perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan BN hanya sekerat-sekerat dan bukan secara keseluruhan. Sedangkan Islam melarang keras berbuatan mengkerat-keratkan agama kerana perbuatan sama dengan perbuatan bani Israel sehingga mereka didatangkan kecelakaan oleh Allah SWT

Firman Allah SWT yang bermaksud :
maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 85).

Kerajaan melaksanan perbankkan Islam tetapi pinjaman secara riba masih diteruskan. Contohnya apa yang telah diluahkan oleh Dato’ Paduka Hj. Husam bin Musa di dalam ucapan pergulungan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Beliau menyatakan bahawa kerajaan pusat harus menghapuskan riba daripada pinjaman yang telah diberikan kepada kerajaan negeri khususnya negeri kelantan. Beliau difahamkan bahawa riba untuk pinjaman kerajaan negeri kelantan lebih tinggi daripada negeri yang lain. Ini antara contoh perlaksanaan kerajaan pimpinan UMNO yang mengkerat-keratkan agama.

Pengamalan riba merupakan satu konsep ekonomi yang mengzalimi golongan yang miskin. Kerana itu Islam tidak mengiktiraf riba sebagai sebuah perniagaan tetapi riba dianggap sebagai sebuah kezaliman :

Firman Allah SWT :
Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

Bersempena dengan pilihanraya yang ke dua belas (PRU 12) ini, kerajaan BN sekali lagi cuba memancing undi dengan menyebut Islam sebagai modalnya. Tetapi sayang, kefahaman mereka terhadap Islam cukup cetek sekali. Mereka faham tentang Islam sekadar untuk membina masjid semata-mata tetapi cara untuk memakmurkan masjid mereka tak belajar. Tengoklah kepada pembinaan masjid kristal di terengganu yang menelan belanja jutaan ringgit. Akhirnya masjid itu menjadi seperti perhiasan semata-mata. Masjid ini begitu dibanggai semua pimpinan UMNO diperingkat dan pusat. Nabi membina masjid bukan untuk bermegah-megah. Tetapi nabi membina masjid adalah untuk dimakmurkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Inilah padahnya kalau kefahaman mengenai Islam hanya sekerat-sekerat.

Yang terbaru ialah tawaran daripada TPM Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada rakyat negeri kelantan bahawa mereka akan membina pusat tamadun Islam di kelantan dengan membina masjid-masjid dan sebagainya lagilah. Masjid juga yang disebutnya. Saya bukan membenci kepada pembinaan masjid. Tetapi kita membina masjid yang begitu banyak, tetapi siapa yang nak mengimarah? Sedangkan pengkuliah yang diberi tauliah oleh kerajaan negeri dikurangkan. Pendidikan agama disekat. Contoh apa yang kerajaan terengganu memperlakukan kepada mahasiswa terengganu yang berada di Syria. Zakat mereka ditarik semenjak tahun 2004, ketika itu, kelulusan zakat telah dikeluarkan. Tetapi sampai sekarang duit zakat itu masih tidak sampai ke tangan. UMNO ni pandai membina masjid, tetapi nak membina orang yang mengimarahkan masjid tak pandai.

Mereka pandai bina masjid kerana pembinaan ini melibatkan wang, melibatkan tender dan sebagainya. Jadi mereka akan mendapat untung. Lihat kepada kelulusan kewangan yang diluluskan oleh TPM untuk membina masjid diijok. Akhirnya hangus begitu sahaja. Duit hilang, masjid tak ada. TPM langsung tak mengikuti follow up dengan apa yang berlaku. Masjid di ijok itu dijanjikan ketika pilihanraya kecil, tetapi habis je pilihanraya, semua hilang. Bagus punya perangai.

Saya bukan mengkritik atas dasar nafsu semata-mata. Tetapi saya mengkritik atas dasar Islam. Saya melihat perlaksanaan kerajaan sekarang ini masih tidak menggambarkan bahawa mereka ingin kepada perlaksanaan Islam secara keseluruhan. Lihat kepada kelantan. Negeri ini cuba untuk melaksanakan Islam secara keseluruhan mengikut batas-batas kuasa yang ada. Akhirnya banyak perlaksaan Islam di kelantan diikuti oleh negeri-negeri yang lain, bahkan kerajaan pusat sendiri. Ini kerana kerajaan kelantan berjaya menanamkan konsep negara kebajikan. Inilah asas kepada kerajaan Islam. Kerajaan Islam yang sebenar ialah kerajaan yang berkonsepkan kebajikan. Kebajikan rakyat diutamakan. Tapi konsep sekarang ini lain. Kebajikan pemimpin diutamakan melebihi rakyat. Pemimpin boleh mengaut keuntungan berganda sedangkan rakyat hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Jadilah menipu rakyat dengan pelbagai slogan kalau perlaksanaannya masih ditahap lama. Kononnya mengutamakan rakyat, tetapi harga barang naik secara tidak terkawal, kononnya membela rakyat, pendidikan pun terpaksa dibayar…kami serik doh dengan BN…..

No comments: