Menjelang awal 2008, malaysia dikejutkan dengan pelbagai skandal dan gejala moral bermula daripada kepimpinan negara sehingga ke rakyat bawahan. Berlakunya pengbongkaran DVD lucah, penculikan kanak-kanak, indeks rasuah yang semakin meninggi dan pelbagai lagi sehingga tidak dapat dihitung. Kenapa berlaku sedemikian, sedangkan dalam masa yang sama negara Malaysia diistiharkan sebagai ISLAM HADHARI. Apakah ISLAM HADHARI membenarkan gejala sedemikian berleluasa? Mungkin agaknya ISLAM HADHARI hanya membolehkan untuk menyuruh kepada kebaikan tetapi melarang masyarakat daripada mengcegah kemungkaran.
Menyentuh dengan pelbagai isu ini. Kadang-kadang kita lupa bahawa segala kemungkaran yang berlaku pada hari ini ada jalan penyelesaianya. Quran dan Hadis telah mengajarkan kepada manusia penyelesaian yang perlu dibuat dan direncanakan bagi mencapai masyarakat bertamadun. Jadi tidak dapat tidak hendaklah manusia kembali kepada AL-QURAN. Jadi mengapa kita menyombongkan diri dengan meninggalkan Al-Quran dan mencari penyelesaian dengan menggunakan aqal yang cetek itu.
Nabi SAW telah menyebut dalam sabdanya yang berbunyi :
اتقوا الله حيث ما كنت، واتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن
Maksudnya : Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, susurilah setiap kejahatan yang dilakukan dengan kebaikan supaya dapat memadamkan kejahatan tersebut, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.
Hadis yang pendek ini cukup untuk menjelaskan bagaimana untuk kita menghapuskan segala masalah sosial masyarakat umat Islam. Taqwa memainkan peranan penting ke arah melahirkan satu masyarakat yang unggul.
PENGERTIAN TAQWA
Taqwa sebagai mana yang ditakrifkan oleh para ulamak bermaksud : Mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya samada berada di dalam keadaan terang-terangan ataupun dalam perseorangan.
Penulis juga cukup tertarik dengan pengertian taqwa yang ditakrifkan oleh saidina Ali RA. Beliau menyebut taqwa ialah :الخوف من الجليل، والعمل بالتنزيل، والرضى بالقليل، والإستعداد في يوم الرحيل،
Maksudnya : (taqwa bermaksud) takut kepada Allah SWT, kemudian beramal dengan apa yang diturunkan (Al-Quran dan Sunnah), kemudian redha dengan perkara yang sedikit, kemudian membuat persiapan untuk hari perpindahan (qiamat)
Taqwa tidak akan hadir di dalam jiwa-jiwa orang Islam dengan percuma. Taqwa ini merupakan anugerah yang dicampakkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Walaupun kekadang seseorang itu belajar sehingga sampai ke peringkat Phd dalam jurusan pengajian Islam. Tetapi taqwa tidak datang kepada mereka. kekadang seseorang itu hanya seorang petani yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi petani ini diberi anugerah ketaqwaan kepada Allah hasil daripada pengamalan ilmu agama yang di pelajarinya di masjid atau surau yang sedikit itu. Pun begitu untuk mendapat taqwa perlu ada ilmu agama. Perlu belajar bagaimana untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.Apabila timbulnya kebejatan sosial yang membarah ini, pihak pemerintah telah mengadakan pelbagai akta dan undang-undang untuk menyekat perkara ini. Tetapi mengapa keberhasilannya kurang bahkan semakin teruk. Apakah undang-undang yang diluluskan tidak cukup keras dan mengerunkan?. Kesilapan yang ada pada pihak penggubal ialah mereka meninggalkan konsep penanaman taqwa dalam diri rakyat. Kalau dilihat dalam filem yang dipaparkan jelas bahawa pemerintah mementingkan hiburan dari agama. Sedangkan agamalah yang menjaga masyarakat. Sebab itulah setiap akta dan undang-undang tidak digeruni bahkan dicabar oleh masyarakat khususnya pemuda seperti mat rempit dan sebagainya. Mereka tidak membajai dalam jiwa pemuda rempit dengan taqwa. yang lebih teruk golongan yang ingin mengajak kepada ketaqwaaan disekat. Di tarik tauliah, dipenjarakan dan sebagainya. Bayangkan kalau semua pihak berperanan untuk melahirkan masyarakatkan yang bertaqwa seperti merancakkan filem-filem yang menuju kepada taqwa, menambahkan kulia agama, membentuk suasana yang baik. Membanteras gejala yang boleh menghilangkan ketaqwaan. Pendek kata menggunakan kaedah al-quran iaitu “menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran” apabila kaedah ini digunakan Allah menyebut : merekalah orang-orang yang berjaya.
Quran telah ajar kepada manusia. Tapi kenapa manusia sombong dan angkuh..ai… tak tahulah apa nak jadi
Monday, January 14, 2008
MEN"TAQWA"KAN MASYARAKAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment