Monday, February 4, 2008

Peperangan hampir bermula - iktibar dari ahzab


semboyan peperangan masih menjadi teka teki. ramai pengalisis politik mengjangkankan bahawa peperangan (pilihanraya) akan diumumkan sekitar akhir bulan 2. kalau betul jangkaan ini, bermakna kita hanya mempunyai masa dalam 3 minggu lagi. 3 minggu bukan masa yang lama. macam mana persiapan kita, begitulah hasil kemenangannya.


saya rasa tak salah kalau kita mengkiaskan peperangan kali ini dengan peristiwa ahzab, yang mana musuh mengumpulkan semua kafilah untuk menyerang umat Islam di kota madinah. begitu juga dengan suasana sekarang, pihak Umno menggunakan pelbagai jentera untuk memastikan kemenangan mencapai tahap 100%. walaupun terpaksa menggunakan jentera kerajaan seperti media, jabatan dan sebagainya. semua ini membuktikan bahawa umno ingin memastikan perjuangan Islam terkubur. kalau benar umno merasakan bahawa memperjuangkan keadilan, buka kembali demontrasi secara bersih. bertanding secara jantan. Umno bertembung dengan PAS, Bn bertembung dengan Ba. bukan Kerajaan bertembung dengan PAS.

peristiwa ahzab menyaksikan bahawa nabi dan para sahabat merancang strategi untuk mempertahankan kota madinah, termasuk menggunakan teknologi baru yang diimport dari parsi seperti menggali parit. nabi juga menggunakan perang saraf seperti menghantar seorang sahabat supaya mengkucar-kacirkan musuh. ini semua strategi untuk menghancurkan musuh. tidak ketinggalan juga menguatkan hubungan dengan Allah SWT. inilah kekuatan yang paling penting. rasulullah tahu bahawa bandingan persiapan nabi dan para sahabat tidak setanding dengan persiapan musuh yang mempunyai banyak kelebihan dari pelbagai sudut. tapi rasulullah tetap berusaha dan tidak berputus asa untuk memastikan umat Islam mengecapi kemenangan.


begitu juga dengan sekarang ini, kita perlu mengerahkan semua tenaga untuk memenangkan perjuangan Islam di samping mempertahankan kemenangan yang sedia ada. walaupun bn mempunyai pelbagai kelengkapan dari sudut ekonomi, jentera dan sebagainya. gunakan pelbagai strategi baru untuk mengalahkan musuh disamping hubungan dengan Allah perlu diperkuatkan dari semasa ke semasa. subuh berjemaah jangan ditinggalkan. semua ini adalah cara untuk memperlengkapkan kemenangan oleh Allah SWT.

ketika umat Islam menghadapi dugaan dari luar begitu hebat, tiba-tiba berlaku pengkhianatan dalaman yang mana golongn munafik memainkan peranan untuk melemahkan umat Islam dan mempertikaikan janji-janji nabi SAW. kaum-kaum yahudi mula berpakat untuk cuba menghancurkan kerajaan Islam. Umat begitu terdesak ketika itu, Nabi bersikap tenang untuk meredakan keadaan.
Di dalam pilihanraya ini, kita mesti bersedia menghadapi serangan luaran dan dalaman. kemungkinan ketika hampir piliharaya, pekerja-pekerja kita berpaling dari perjuangan . pernah berlaku pada PRU11 yang mana terdapt dua adun PAS berpaling kepada umno ketika hampir pilihanraya. ini cukup memberi tamparan kepada kita. tetapi akhirnya kita diberi balasan dengan kemenangan percuma di dun senggarang, johor. yang penting persiapan luaran dan dalam kena sentiasa berjaga-jaga. pimpinan perlu lebih tenang menghadapi suasana seperti ini

akhirnya dengan berkat kesabaran nabi dan pelbagai strategi. Allah SWT telah menghantar tentera angin untuk menghancurkan musuh. seterusnya musuh bertempiaran lari dan mengaku kalah.

InsyaAllah kalau kita bergantung kuat dan berusaha, Allah akan menurukan jenteranya untuk memberi kemenangan kepada umat Islam seterusnya memperkasakan perjuangan Islam ini insyaAllah

Takbir....

No comments: