Wednesday, April 23, 2008

Teruskan perjuanganmu Tuan Guru Presiden


selepas mendengar kepulangan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS, ramai dikalangan pendokong dan penyokong meluahkan kelegaan. Walaupun rakyat dimaklumkan bahawa kesihatan TG Presiden PAS belum sembuh sepenuhnya, tetapi sekurang-kurannya penyakit beliau lebih ringan daripada sebelumnya.

TG presiden merupakan pimpinan PAS yang cukup gigih menyebarkan Islam. semenjak PAS mula bergerak berlandaskan kepimpinan Ulamak. TG presiden telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memperkenalkan politik Islam kepada masyarakat.

Kalau sebelum ini masyarakat menggambarkan bahawa politik merupakan perkara yang kotor dan tidak wajar disandarkan kepada Islam. kini pandangan tersebut semakin hari semakin hilang dek zaman.

Masyarakat sekarang semakin takut untuk mengsukukan politik daripada Islam. rupa-rupanya sedutan ucapan yang didakwa amanat hj hadi itu memberi kesan yang cukup positif kepada masyarakat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

sekarang TG presiden dilihat semakin terkedepan dalam politik Islam. tawaran TG presiden supaya UMNO/BN bersama-sama berpakat dengan PAS digambarkan sebagai keterbukaan politik Islam. kalau sebelum ini TG presiden dilabel sebagai radikal, ganas dan sebagainya. tetapi gelaran ini semakin hilang dek keteloransian TG presiden dalam menghadapi setiap isu.

Semoga kesihatan TG mencapai tahap yang sepatutnya. teruskan perjuangan TG presiden. kami sentiasa memberi sokongan selagi mana TG presiden bergerak berdasarkan Al-Quran dan Sunnah

No comments: