Selepas PRU12, perkataan letak jawatan dan berundur menjadi semakin sinonim kepada PM Malaysia. Bahkan dalam harakahdaily pun selalu menyebut “Perdana Menteri yang diminta berundur Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi”. Semua ini samada desakan ataupun gurauan bergantung kepada PM sendiri.
PM Malaysia dalam kenyataan akhbarnya semalam (3 April 2008) menegaskan sekali bahawa beliau tidak akan berundur beralasannya bahawa ini adalah tanggungjawabnya. Kenyataan ini dilihat seperti kenyataan yang cukup beramanah. Oleh kerana PM Malaysia berkelulusan Pengajian Islam Di Universiti Malaya, sudah tentu beliau faham tentang amanah kepimpinan. Sebab itu beliau tidak meletak jawatan sewenang-wenang semata-mata untuk lari dari amanah.
Walaupun begitu, Nabi SAW pernah menyebut dalam hadisnya yang bermaksud : Apabila disandarkan sesuatu urusan kepada bukan orang yang layak, maka tunggulah kedatangan hari Qiamat”.
Kepimpinan merupakan perkara yang cukup besar. Kepimpinan merupakan amanah yang akan ditanya oleh Allah SWT diakhirat. Nabi Bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Kepimpinan ini satu amanah, Kepimpinan ini juga akan menjadi kehinaan dan penyesalan pada hari qiamat kelak (jika zalim) kecuali bagi sesiapa yang memegang kepimpinan ini dan melaksanakannay dengan adil.
PM Malaysia bertegas untuk tidak meletakkan jawatan mungkin kerana merasakan ini adalah amanah yang berat yang mesti dipikul. Ataupun mungkin PM Malaysia bimbang jika beliau menyerahkan jawatan ini kepada penggantinya, nescaya penggantinya tidak mampu melaksanakan keadilan sepertimana yang pernah dilakukan oleh beliau.
Timbul sedikit persoalan….Adilkah PM Malaysia apabila sampai sekarang beliau masih membiarkan tahanan ISA ditahan tanpa bicara? Adilkah PM Malaysia apabila membiarkan harga barang melambung naik sehingga menguntungkan peniaga merugikan pembeli? Amanahkah PM Malaysia apabila kekayaan negara dibolot oleh anak dan menantu? Amanahkah PM Malaysia apabila beliau mula mempertikaikan Islam dengan menubuhkan gagasan Islam hadhari? Amanahkah PM Malaysia dengan ilmunya apabila membiarkan anaknya Norin tidak bertudung? Amanahkah PM Malaysia dengan ilmunya apabila membiasakan diri memeluk pinggang Micheal Yeoh?.
Adil dan Zalim bukan ditentukan oleh diri sendiri. Adil dan zalim ditentukan oleh syarak dan masyarakat. Mungkin PM Malaysia merasakan bahawa dengan meneruskan tahanan tanpa bicara (ISA) merupakan keadilan. Tetapi Allah melarang perkara sedemikian. Masyarakat memandang ini adalah kezaliman. PM Malaysia memandang dengan menaikkan harga minyak negara dapat dijauhkan dari bangkrap, tetapi masyarakat memandang ini adalah kezaliman kerana Malaysia adalah negara Pengeksport minyak dan bukan pengimport minyak.
Jadi dalam hal ini, PM Malaysia perlu mendengar suara rakyat tentang beliau. PM Malaysia jangan hanya mendengar pujian dari juak-juaknya sahaja yang tidak habis-habis memuji, bahkan PM Malaysia perlu mendengar juga kritikan dari rakyat biasa, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik pembangkang yang lain. Semua ini bertujuan agar PM Malaysia dilihat lebih adil dan bertanggungjawab.
Kalau PM Malaysia merasakan selama ini beliau bertindak tanduk secara zalim dan melampaui batas maka sudah tentu menjadi kewajipan membetulkan segala kesilapan. Kalau PM Malaysia tidak mampu membetulkan kesilapan dan tidak dapat membentuk suasana yang lebih adil lebih baik LETAK JAWATAN. Kalau tidak beliau akan dipersoalkan oleh Allah SWT di atas kezaliman yang dilakukan.
Ayuh PM Malaysia, jauhkan kemurkaan Allah ke atas engkau dengan meletak jawatan dan memohon maaf di atas semua kesalahan kepada rakyat Malaysia.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Hendaklah kamu menolong orang yang zalim dan orang yang dizalimi. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi, tetapi bagaimana kami hendak membantu orang yang zalim. Sabda Nabi : HENDAKLAH KAMU CABUT KEKUASAAN YANG ADA PADA ORANG YANG ZALIM ITU.
Majulah Negara untuk ISLAM
1 comment:
Assalamualaikum
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Hendaklah kamu menolong orang yang zalim dan orang yang dizalimi. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi, tetapi bagaimana kami hendak membantu orang yang zalim. Sabda Nabi : HENDAKLAH KAMU CABUT KEKUASAAN YANG ADA PADA ORANG YANG ZALIM ITU.
Berkenaan hadith di atas, saya sekadar ingin bertanyakan sanadnya, terima kasih.
Post a Comment