Friday, April 4, 2008

Jangan Boikot Barangan Belanda

Filem pendek fitna yang disiarkan secara online oleh Greet Wilders ahli Parlimen belanda cukup mengguriskan hati umat Islam. Pelbagai pihak mengadakan bantahan samada dari parti politik ataupun Badan Bukan Kerajaan (NGO). Akhir-akhir timbul cadangan supaya memboikot barangan buatan Belanda seperti Duth Lady dan sebagainya.

Penulis cukup bersetuju dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Abu Saif (www.saifulislam.com) yang melarang umat Islam daripada memboikot barangan buatan belanda. Mungkin pihak yang mencadangan untuk boikot terpengaruh dengan cadangan Ulamak untuk memboikot barangan buatan Amerika, Denmark dan Israel.

Apa yang perlu difahamai ialah kenapa kita boleh memboikot barangan amerika, Denmark dan Israel ialah kerana keuntungan daripada barangan keluaran daripada ketiga-tiga negara ini akan disaluran untuk menghancurka umat Islam. Selain daripada itu adalah untuk mengajar ketiga-tiga negara terbabit agar jangan celupar dan zalim terhadap dunia Islam khususnya Palestin. Amerika sampai sekarang menyokong tindakan rejim Zionis menjajah Palestin. Bahkan Amerika sendiri menggunakan kuasa vetonya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) untuk menyokong penubuhan negara Haram Israel. Selain dari itu juga, Amerika menggunakan kekuatan tenteranya untuk menganiayai dunia ketiga seperti serangan terhadap Afghanistan dan Iraq.

Dengan sebab itu, Umat Islam disarankan supaya memboikot segala barangan keluaran amerika supaya pengurus-pengurus besar syarikat-syarikat amerika yang beroperasi di Dunia Islam dapat menekan Presidennya supaya tidak menganiyaai umat Islam sebab syarikat mereka mula mengalami kerugian. Apa yang perlu diingati ialah kebanyakan syarikat amerika yang beroperasi di dunia Islam kebanyakannya dipelopori oleh yahudi seperti Levis ataupun memberi sumbangan kepada pembangunan negara haram Israel seperti McDonald. Sebab itulah kita memboikot kebanyakan barangan keluaran Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan barangan Denmark, kita juga boleh menggunakan alasan yang sama kerana walaupun hanya akbar sahaja yang terlibat dalam menyiarkan karikatur menghina Nabi, tetapi kerajaan tetap dikira bersubahat kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap akhbar yang biadap itu. Penulis difahamkan bahawa kerajaan Denmark telah mengutuk tindakan akhbar tersebut.

Apa yang berlaku di belanda merupakan tindakan induvidu (seorang ahli parlimen) dan kerajaan Belanda telah pun mengutuk habis-habisan tindakan tersebut. Jadi Umat Islam tidak perlu gelabah dan gelojoh untuk mengambil tindakan tanpa usul periksa. Umat Islam perlu bezakan antara tindakan Individu dengan tindakan kerajaan ataupun sokongan kerajaan. Jadi yang perlu dibuat ialah membantah filem ini serta menggesa kerajaan belanda mengambil tindakan terhadap ahli parlimen terbabit. Jika pihak kerajaan Belanda tidak bertindak barulah kita semua bertindak untuk memboikot segala barangan ekonomi keluaran Belanda supaya mereka cepat terperasan dengan keterlanjuran itu.

Kesimpulannya umat Islam perlu lebih sensitif dan peka terhadap isu semasa tetapi bertindak dengan bijak untuk memastikan tidak ada lagi yang berani menghina Islam.

No comments: