Kalau sebelum ini Dewan tersebut digunakan untuk sukan dan majlis perayaan dan keramaian. Kini dewan ini telah diberkatkan dengan majlis sembahyang hajat memohon keampunan dan rahmat dari yang Maha Pencipta.
Pada malam tersebut, penulis cukup tertarik dengan ucapan Tuan Ibrahim bin Tuan Man antara lain menyebut bahawa ayat di dalam surah al-fath telah mengajar umat Muhammad bagaiman cara menyambut kemenangan. Firman Allah SWT :
apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Al-Fath 1-3)
Allah SWT menyuruh manusia bertasbih, bertahmid dan beristigfar selepas Islam mendapat kemenangan. Kalau direnung dan diamati, sememangnya sifat manusia apabila mendapat kemenangan, mereka akan berada dalam keadaan teramplau gembira sehingga kadang-kadang terlupa dengan kebesaran Allah SWT terhadap nikmat kemenangan ini. Kadang-kadang manusia beranggapan bahawa kemenangan ini adalah hasil daripada usaha dan titik peluh mereka bekerja ketika pilihanraya seperti berkempen dari rumah ke rumah, mengedar poster, menganjurkan ceramah kelompok atau umum, merancang strategi dan bermacam-macam lagi untuk menempa kejayaan. Oleh mereka lupa siapakah yang sebenarnya penggerak hati manusia untuk mengundi mereka?, siapakah yang memberi mereka idea untuk merancang?, siapakah yang membalikkan hati pengundi luar untuk mengundi,? Siapakah yang menyebabkan terdapatnya pengundi hantu mengundi kita,? Kalau bukan ALLAH SWT.
Kemenangan merupakan satu nikmat yang cukup besar. Kalau dulu nabi dan umat Islam cukup bergembira dengan kemenangan dalam peperangan menentang kaum kafir quraisy. Kini kita bergembira di atas nikmat kemenangan menghadapi pemimpin yang zalim. Kegembiraan ketika menyambut kemenangan merupakan satu fitrah yang tidak dapat ditolak.
Dalam menyambut kemenangan ini, kita jangan lupa pengisian selepas kemenangan. Pengisian inilah yang memerlukan pekerja-pekerja parti memperkuatkan rohani dan jasmani bagi menghadapi cabarang luaran dan dalaman. Sebab itu Quran menyuruh hambanya bertasbih, bertahmid dan beristigfar selepas kemenangan.
Gerak kerja pasca kemenangan lebih berat daripada sebelumnya. Segala perjuangan Islam yang pernah disebut perlu diterjemahkan dalam bentuk yang praktikal. Kalau sebelum ini, manifesto kita menyatakan ke arah mendirikan kerajaan berkebajikan. Sekarang tugas kita merealisasikan konsep negara berkebajikan di dalam kerajaan yang telah dikuasai.
Untuk merealisasikan konsep ini, pimpinan parti tidak memerlukan golongan pengampu seperti pihak lawan. Tetapi yang diperlukan oleh pimpinan kita ialah golongan pendesak kepada kerajaan untuk melaksanakan keadilan. Penulis cukup bersetuju dengan pandangan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sdr Shamsul Iskandar yang berjanji akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan PR ini.
Kesemuan Khalifah Ar-Rasyidin menyeru rakyat supaya menjadi pengkritik membina bukan pengampu peruntuh. Sesebuah negara pasti maju jika mempunyai pembangkang dan pengkritik yang ramai. Manakala sesebuah negara akan hancur jika dikelilingi oleh pengampu yang boleh diistilah sebagai pengcacai tua pengangkat najis.
Keadaan politik UMNO/BN yang tidak stabil sekarang ini adalah hasil dari ampuan pemimpin-pemimpin sekelilingnya (sekadar mengambil fakta Tun Dr. Mahathir).
Oleh itu, kemantapkan dalam gerak kerja begitu penting sekarang ini. Sekarang inilah masanya untuk kita saling bantu membantu dalam merealisasikan keadilan Islam kepada semua kaum. Kelantan telah membuktikan tolenrasi dan keadilan Islam. Tinggal lagi selangor, perak, kedah dan Pulau Pinang.
Teruskan Bekerja Untuk ISLAM
No comments:
Post a Comment