Thursday, April 3, 2008

PAS semakin matang berpolitik

Cadangan yang dikemukan oleh Dato' Seri Tuan Guru Presiden bagi membentuk PAKATAN RAKYAT diterima baik oleh semua parti-parti politik pembangkang. Cuma UMNO masih belum memberi jawapan terhadap tawaran yang pernah dikemukan oleh Tuan Guru Presiden itu.

Kalau sebelum ini BARISAN ALTERNATIF pernah dicadangkan oleh al-Marhum Ustaz Fadhil Bin Mohd Noor. sekarang Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi mempelopori PAKATAN RAKYAT. ini menandakan PAS sentiasa mendominasi isu politik semasa.

Pergerakan PAS semakin hari semakin dipandang. PAS dilihat antara parti politik yang cukup matang dan sabar dalam menempuh pelbagai dugaan. Bermula dengan pengkhianatan UMNO terhadap kerajaan PAS di terengganu dan Kelantan yang pernah dimenangi pada tahun 1959, penyingkiran dari Perikatan selepas UMNO berada dalam keadaan selesa, rompakan royalti oleh kerajaan Pusat bagi mengekang kemaraan Kerajaan PAS di Terengganu untuk membantu rakyat sehinggalah sampai untuk memporak-perandakan keadaan negeri yang dikuasai oleh PAS dalam PRU12 ini.

Semua pengkhiatan ini dapat mematangkan PAS dalam bertindak. Selepas kemenangan besar yang diperolehi oleh PAKATAN RAKYAT dalam PRU 12 baru-baru ini, BN sekali lagi mengajak PAS bekerjasama dengan mereka khususnya di Perak dan Selangor. Oleh kerana PAS pernah menghadapi saranan yang sama dan pernah ditipu, PAS telah mengambil tindakan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan UMNO dari sudut pemerintahan negara. Bahkan Naib Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad bin Sabu pernah menyarankan kepada PAS agar memecat ahli PAS yang ingin bekerjasama dengan UMNO/BN.

Kenyataan ini dikeluarkan hasil dari pengalaman-pengalaman yang pernah dialami PAS sebelum ini.

Ini semua menandakan bahawa PAS ikhlas dalam memperjuangkan dasar-dasarnya. Ini juga menandakan bahawa jika kita sama-sama membantu memartabatkan agama Allah, pasti Allah SWT membantu kita untuk mengukuhkan. Siapa sangka Pembangkang akan menang besar dalam PRU12 ini, Siapa sangka pengundi hantu yang pulang ke kelantan akhirnya mengundi PAS, siapa sangka 4 negeri akan jatuh ke tangan pembangkang? Kalau bukan Allah SWT.

Semoga masa depan PAS semakin mantap dan maju dengan dasarnya iaitu Al-Quran, Sunnah Ijma' dan Qias serta matlamat PAS untuk mendirikan Negara Islam tercapai

InsyaAllah

Takbir

No comments: