Saturday, April 5, 2008

AMALAN KEBAJIKAN MENJADI OBJEKTIF ASAS DALAM SYARIAH ISLAM

Oleh : Imam Al-Qaradhawi

Penterjemah : Zulhimi Abd. Rahman At-Takiri

(www.attakiri.blogspot.com)

(Terjemahan artikel ini merupakan maqalah yang dikeluarkan beliau bertarikh 3 april 2008. Nashkah asal boleh dilihat dalam URL ini : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5868&version=1&template_id=119&parent_id=13).

Kebenaran dan Kebajikan (Kebaikan) merupakan dua unsur yang dipandang tinggi. Kedua-dua inilah yang menjadi rebutan pelaksanaan bagi masyarakat yang intelek. Bahkan setiap agama samawi (agama yang turun dari langit) ataupun falsafah pendita menyebut bahawa manusia hendaklah tahu sesuatu kebenaran dan berpegang dengan kebenaran itu. Manusia juga hendaklah menyukai kebajikan (kebaikan) dan melaksanakannya.

Apa yang saya mampu dan suka sebutkan di sini. Sesungguhnya amalan kebajikan (kebaikan) yang dikembang dan dikukuhkan (dari semasa ke semasa) dikira daripada tuntutan risalah Islam dan termasuk di dalam Maqasid (objektif) Syariah Islam yang asas. Walaupun (perkara kebajikan) tidak disebut oleh ulamak-ulamak silam di dalam bab Objektif ( Maqasid) dan bab Kemestian (Ad-dhoriyyat al-Ashliyyah) yang berjumlah 5 atau 6 perkara : iaitu (pertama) menjaga agama, (kedua) menjaga jiwa, (ketiga) menjaga keturunan, (keempat) menjaga akal, (kelima) menjaga harta. Setengah ulamak menambang yang keenama ialah : menjaga maruah.

Walaupun ulamak-ulamak tidak menyebut kebajikan (kebaikan), cintakan kebajikan, laksanakan kebajikan dan seru kepada kebajikan di dalam perkara asas yang mesti dijaga oleh syariat. Tetapi mengikut pandangan mereka (perkara yang berkaitan dengan kebajikan) telah termaktub dalam objektif syarak yang pertama dan terpenting iaitu menjaga agama. Menurut ulamak, menjaga agama merupakan asas dalam objektif syariat yang terkandung di dalamnya : Kebenaran, Aqidah, kebajikan dan perlaksanaannya, zakat dan sedeqah dan sebagainya yang berkaitan dengan amalan-amalan kebajikan.

Kadang-kadang Perkataan (الخير) kebajikan dan kebaikan di sebut dalam Quran dan hadis dengan lafaz Khair sendiri. Kadang-kadang disebut dengan perkataan lain tetapi mengandungi makna yang sama seperti : Al-birr, Al-Ihsan, Ar-Rahmah, As-Sadaqah, Tafrijul Al-Qurbah, Irathatul al-malhuf dan sebagainya (semuanya memberi makna kebaikan, kebajikan, ).

Manakala amalan kebajikan di sebut dalam Al-Quran dan Sunnah dengan pelbagai bentuk antaranya berbentuk suruhan, galakan, larangan dari berbuat kezaliman, amaran daripada berbuat kejahatan. Di antaranya lagi dalam bentuk memuji kepada orang yang melaksanakan kebajikan (kebaikan) dan menkeji orang yang tidak melakukan kebajikan (kebaikan). Begitu juga (didatangkan dalam bentuk) memuji orang yang melakukan sendiri kebajikan ini, memuji orang yang menyeru kepada kebajikan ataupun bekerjasama dalam kebajikan dan berlumba-lumba dalam kebajikan.

Jadi kita mendapati bahawa Islam menyeru kepada :

1. Berbuat kebajikan

Firman Allah SWT :

{وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ}

Maksudnya : kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (surah al-Hajj :77)

{وَمَا يَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَلَنْ يُكْفَرُوهُ}

Maksudnya : dan apa sahaja kebajikan Yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). (Ali Imran :115).

2. Bercakap mengenai kebajikan

Firman Allah SWT :

{وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْناً}

Maksudnya : Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan Yang baik (Al-Baqarah : 83)

Sabda Nabi SAW :

مَن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقُل خيرا أو ليصمت

Maksudnya : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendak seseorang itu bercakap dengan percakapan yang baik (kebajikan) ataupun seseorang itu diam (kalau tidak bercakap dengan kebaikan). (Hadis riwayat bukhari dan Muslim).

3. Bersegera ke arah kebajikan (kebaikan)

Firman Allah SWT :

{وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ}

Maksudnya :dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa; Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah (Ali Imran : 133-134)

Firman Allah SWT dalam memuji sesetengah ahli kitab yang beriman :

{يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ}

Maksudnya : mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. ( Ali Imran 114).

Firman Allah SWT dalam memuji golongan yang takut kepada Nya :

{أُولَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ}

Maksudnya : mereka itulah orang-orang Yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang Yang mendahului pada mencapainya. (al-Mukminun : 61).

4. Saling berlumba ke arah kebajikan

Firman Allah SWT :

{فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً }

Maksudnya : oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya. (al-Maidah : 48)

Firman Allah SWT :

{وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ}

Maksudnya : tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh).(al-maidah : 48)

Sabda Nabi SAW :

وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: جاء الفقراء إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالوا: ذهب أهل الدُّثُور من الأموال بالدرجات العُلا، والنعيم المقيم، يصلُّون كما نصلِّي، ويصومون كما نصوم، ولهم فضل من أموال يحجُّون بها، ويعتمرون، ويجاهدون، ويتصدَّقون. قال: "ألا أحدِّثكم بأمر إن أخذتم به أدركتم مَن سبقكم، ولم يدرككم أحد بعدكم، وكنتم خير مَن أنتم بين ظَهرَانَيه، إلا مَن عمل مثله؟ تسبِّحون، وتحمدون، وتكبِّرون خلف كلِّ صلاة ثلاثا وثلاثين"

Maksudnya : Abu Hurairah melaporkan dalam satu hadis katanya : sekumpulan orang-orang fakir telah datang berjumpa nabi dan berkata : Orang-orang Islam yang kaya pasti mendapat darjat yang tinggi dan nikmat yang berkekalan. Mereka bersembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa. Tetapi mereka kelebihan (yang tidak ada pada kami) yang dapat digunakan untuk menunaikan haji, umrah, berjihad dan bersedeqah. Sabda Nabi SAW : adakah kamu mahu aku menyebut satu perkara yang mana jika ia dilaksanaka, pasti kamu akan mendahului orang yang sebelum kamu dan tidak akan didahului oleh sesiapa pun selepas kamu, dan akan lebih terkedepan dengan orang yang sezaman kamu kecuali jika orang tersebut mengamalkan seperti kamu?. Iaitu hendaklah kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir selepas sembahyang sebanyak 33 kali. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Seruan kepada Kebajikan

Firman Allah SWT :

{وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ}

Maksudnya : dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan ( Ali Imran :104)

Sabda Nabi SAW :

"من دلَّ على خير فله مثل أجر فاعله"

Maksudnya : Sesiapa yang menyeru kepada kebajika (kebaikan), maka dia akan mendapat pahala yang sama seperti orang yang mengerjakan kebajikan (kebaikan) itu. (hadis diriwayatkan oleh Muslim)

6. Galakan kepada kebajikan (kebaikan)

Di antara perbuatan kebajikan yang besar ialah memberi makan kepada orang miskin. (perbuatan ini perlu) supaya orang miskin itu tidak mati kelaparan dalam keadaan jiran mereka kekenyangan.

Firman Allah SWT :

{أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ * فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ * وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ}

Maksudnya : Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?, orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.( Al-maaun : 1-3)

Firman Allah SWT dalam menceritakan keadaan orang-orang kafir yang layak menduduki neraka :

{إِنَّهُ كَانَ لا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ * وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ}

Maksudnya "Sesungguhnya Dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha besar,"Dan Dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. (al-Haqqah : 33-34)

Islam juga tidak mengiktiraf perbuatan masyarakat jahiliyyah yang meninggalkan kewajipan ini melalui firman Allah SWT :

{كَلَّا بَلْ لا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ * وَلا تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ}

Maksudnya : jangan demikian, (Sebenarnya kata-kata kamu itu salah). bahkan (perbuatan kamu Wahai orang-orang Yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa Yang ia berhak menerimanya); dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; (al-Fajr : 17-18).

Di sini menunjukkan bahawa Islam mewajibkan pemberian makanan kepada orang miskin, serta menggalakkan umatnya seperti memberi makanan, pakaian, nafkah, menjaga segala keperluan dan hajat orang miskin itu.

7. Berniat untuk melakukan kebajikan

Jika seseorang itu tidak mampu untuk melakukan perkara kebajikan. Jadikan perkara tersebut sebagai azam dan niatnya. Berkemungkinan niat seseorang itu lebih baik daripada pelaksanaanya. Sebagaimana hadis Abi Kabyah al-Anmari RA :

أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "إنما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالا وعلما، فهو يتَّقي فيه ربه، ويصِل فيه رحِمه، ويعلم لله فيه حقَّا، فهذا بأفضل المنازل؛ وعبد رزقه الله علما ولم يرزقه مالا، فهو صادق النية يقول: لو أن لي مالا لعملتُ بعمل فلان. فهو بنيَّته، فأجرهما سواء. وعبد رزقه الله مالا، ولم يرزقه علما، يخبط في ماله بغير علم، ولا يتَّقي فيه ربه، ولا يصِل فيه رحِمه، ولا يعلم لله فيه حقًّا فهذا بأخبث المنازل؛ وعبد لم يرزقه الله مالا ولا علما، فهو يقول: لو أن لي مالا لعملتُ فيه بعمل فلان. فهو بنيَّته، فوزرهما سواء"

Maksudnya : Beliau pernah mendengar Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya dunia ini diberi untuk 4 kumpulan : (yang pertama) seorang hamba yang dikurnikan rezeki oleh Allah berupa harta dan ilmu, maka hamba ini bertaqwa (menuruti segala arahan dan larangan Allah) dan menggunakan rezeki ini untuk mendapat rahmat Allah SWT. Serta hamba ini tahu bahawa di dalam rezeki ini terdapat hak Allah SWT (seperti zakat, sedeqah dll), orang sebegini akan berada dalam kedudukan yang paling tinggi. (yang kedua) seorang hamba yang dikurniakan rezeki oleh Allah berupa ilmu dan tidak direzekikan dengan harta. (dalam pada itu) hamba ini memiliki niat yang benar (baik) dengan niatnya yang berbunyi ; Jikalau aku mempunyai harta nescaya aku akan melaksanakan seperti perlaksanaan si fulan itu. Maka hamba sebegini akan mendapat ganjaran yang sama (dengan golongan yang pertama). (yang ketiga) seorang hamba yang direzekikan dengan harta tetapi tidak direzekikan dengan ilmu. Hamba ini menghabiskan harta itu secara membuta tuli tanpa ilmu, tidak bertaqwa dengan kurniaan harta ini, tidak menggunakan harta ini untuk mendapat rahmat Allah, tidak mengetahui hak Allah terhadap harta tersebut. Maka golongan sebegini adalah golongan yang paling teruk kedudukannya. (yang keempat) seorang hamba yang tidak dikurniakan rezeki oleh Allah berupa ilmu dan harta, maka dia berniat : Kalaulah aku mempunyai harta nescaya aku akan melakukan seperti apa yang dilakukan oleh si fulan itu (golongan ketiga), hamba ini akan mendapat dosa yang sama (golongan ketiga itu). (hadis riwayat Tarmizi, katanya : Hadis ini adalah Hadis hasan).

8. Lakukan kebajikan walaupun kecil

Firman Allah SWT :

{فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ}

Maksudnya : maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Al-Zalzalah : 7)

{إِنَّ اللَّهَ لا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْراً عَظِيماً}

Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). dan kalaulah (amal Yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala Yang amat besar. (An-Nisa’ : 40)

Sabda Nabi SAW :

"سبق درهم مائة ألف درهم". قالوا: وكيف؟ قال: "كان لرجل درهمان، تصدَّق بأحدهما، وانطلق رجل إلى عُرض ماله فأخذ منه مائة ألف درهم فتصدَّق بها"

Maksudnya : Satu dirham berlumba dengan seratus ribu dirham, sahabat bertanya bagaimana caranya ?. Jawab Nabi : Seorang lelaki mempunyai dua dirham sahaja, kemudian lelaki ini bersedeqah 1 dirham (tinggal lagi bagi 1 dirham). Seorang lelaki lain pergi mengambil hartanya dan bersedeqah sebanyak seratus ribu dirham.(hadis diriwayatkan oleh Nasaie)

"اتقوا النار ولو بشقِّ تمرة، فمَن لم يجد شقَّ تمرة فبكلمة طيبة"

Maksudnya : Takutlah kamu dengan seksaan api neraka walaupun dengan dosa sebesar biji kurma itu, Kalau kamu tidak mendapati sebesar biji kurma maka hendaklah kamu bercakap dengan kalimah yang baik

وقال أيضا: "مَن تصدَّق بعَدل تمرة من كسب طيِّب - ولا يقبل الله إلا الطيِّب - وإن الله يتقبَّلها بيمينه، ثم يُرَبِّيها لصاحبها، كما يُرَبِّي أحدكم فَلُوَّه (مُهْره) حتى تكون مثل الجبل"

Maksudnya : Sesiapa yang bersedeqah dengan secupak tamar yang terhasil daripada titik peluh yang baik –Allah tidak menerima kecuali rezeki yang baik – dan Allah menerima dengan tangan kananya (redha). Kemudia dia mengembangkan benih tamar itu dengan memberikan kepada sahabatnya sebagaimana kamu mengembangkan benih anak kuda betina, nescaya ia akan menjadi sehingga sebesar bukit (yang pada asalnya hanya secupak).

9. Celaan Bagi orang yang mencegah kebajikan

Sebagaimana Quran memuji orang yang melaksanakan kebajikan dan menyeru ke arahnya. Quran juga mencela secela-celanya golongan yang menyekat kebajikan. Firman Allah bagi menghina sesetengah orang musyrikin yang memusuhi dan menentang dakwah Nabi

{وَلا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَهِينٍ * هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ * مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ}

Maksudnya : dan janganlah Engkau (berkisar dari pendirianmu Yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang Yang selalu bersumpah, lagi Yang hina (pendapatnya dan amalannya), Yang suka mencaci, lagi Yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, Yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi Yang amat berdosa, (al-Qalam 10-12)

Sifat-sifat yang ada pada orang musyrik ini merupakan salah satu daripada sifat-sifat yang dikeji seperti : selalu bersumpah (perkara sia-sia), mengutuk diri sendiri, mencela orang lain, batu api, menjadi penghalang kepada kebajikan, bermusuhan dan melakukan dosa. Di sini kita mendapati sifat mencegah kebajikan termasuk dalam celaan Al-Quran.

Firman Allah SWT menceritakan keadaan qarin (yang mengawasi manusia didunia) manusia di hari qiamat :

{وَقَالَ قَرِينُهُ هَذَا مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ * أَلْقِيَا فِي جَهَنَّمَ كُلَّ كَفَّارٍ عَنِيدٍ * مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ مُرِيبٍ}

Maksudnya : dan berkatalah malaikat Yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang Yang terletak Dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)". (setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat Yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke Dalam neraka jahannam tiap-tiap orang Yang tetap degil Dalam kekufurannya; "Yang sering menghalangi jenis kebajikan, Yang melanggar hukum ugama, lagi Yang meragukan kebenaran, (Qaff : 23-25).

Bekerjasama Dalam Amalam Kebajikan Merupakan Kewajipan

Di antara asas kebajikan dalam Islam ialah kewajipan bekerjasama dalam melaksanakana kebajikan. Seseorang dikira kurang kehebatannya kalau berseorangan dan bertambah hebat jika bersama dengan kawan-kawan dan pembantunya. Kadang-kadang kerja yang tidak dapat dilaksanakan oleh individu dapat dilaksanakan secara kolektif (berjemaah). Dengan sebab Quran menyarankan seperti firmanNya :

{وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى}

Maksudnya : hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, (al-maidah : 2).

Quran menceritakan jawapan Zul Qarnain terhadap permintaan suatu kaum yang ingin membayar upah kepada beliau supaya membina tembok. Jawap beliau :

{مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ}

Maksudnya : Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh. (al-kahfi :94)

Inilah gambaran kerjasama yang baik di antara pemimpin yang soleh dan rakyat jelata.

Sabda Nabi SAW :

"المؤمن للمؤمن كالبنيان يشدُّ بعضه بعضا". وشبَّك بين أصابعه

Maksudnya : Perbandingan antara orang-orang mu’min seperti sebuah bangunan yang sentiasa bergantung antara satu sama lain. Dan nabi pun memasukkan jari-jemari antara satu sama lain (sebagai contoh mudah untuk para sahabat). (hadis riwayat bukhari dan muslim).

"يد الله مع الجماعة"

Maksudnya : Tangan Allah bersama jemaah (diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)

Antara kerjasama yang dituntut di sini ialah : kerjasama pemilik harta bersama dengan kesatuan kebajikan dan pihak-pihak yang membantu golongan yang lemah, sakit, ditimpa kesusahan, sentiasa memerlukan bantuan dan memerlukan bantuan kecemasan.

Sabda Nabi SAW :

"والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه"

Maksudnya : Allah SWT akan menolong seseorang hamba itu selagimana hamba itu menolong saudaranya. (hadis riwayat muslim).

Ganjaran bagi sesiapa yang bekerjasama dalam aktiviti kebajikan

Antara asas dalam aktiviti kebajikan (yang mesti diketahui) ialah ganjaran bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti kebajikan dan menyampaikannya kepada orang yang berhak.

Sabda Nabi SAW :

"العامل على الصدقة بالحقِّ لوجه الله تعالى، كالغازي في سبيل الله عزَّ وجلَّ، حتى يرجع"

Maksudnya : Pekerja yang membahagikan sedeqah dengan kebenaran kerana Allah SWT seperti orang yang berperang di jalan Allah sehingga pekerja itu pulang. (riwayat imam Ahmad).

Dengan itu, Nabi meletakkan pekerja-pekerja yang membahagi ataupun mengutip sedeqah (untuk tujuan kebajikan) seperti orang yang berjihad ke jalan Allah. Itupun jika memenuhi 2 perkara iaitu hendaklah bergerak di atas dasar kebenaran dan mencari keredhaan dengan pekerjaannya. Walaupun pekerja-pekerja ini mengambil gaji atau elaun di atas kerja-kerja mereka.

Sabda Nabi SAW yang dilaporkan dari Saidatina Aisyah RA :

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا أنفقت المرأة من طعام بيتها غير مفسدة، كان لها أجرها بما أنفقت، ولزوجها بما اكتسب، وللخادم مثل ذلك، لا ينقص بعضهم من أجر بعض شيئا"

Maksudnya : Bahawa Nabi SAW bersabda : Jika seseorang isteri itu membelanjakan hartanya untuk memberi makan yang bersih kepada ahli keluarganya, nescaya isteri itu mendapat ganjaran pahala terhadap apa yang dibelanjakan. Sementara bagi suami pula mendapat ganjaran dengan apa yang diusahakan (membeli bahan mentah). bagi khadam (seperti orang gaji) mendapat pahala yang sama juga (membuat makanan). Semuanya tidak akan dikurangkan sedikit pun dari ganjaran-ganjaran tadi. (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Termasuk juga pekerja-pekerja dipertubuhan-pertubuhan kebajikan. Walaupun mereka mengambil elaun di atas kerja mereka. Dengan syarat pekerja ini perbetulkan niat mereka kerana Allah SWR. Dengan sebab itu, Nabi menyebut ganjaran amil (pengutip) zakat ini sama dengan pejuangan di jalan Allah SWT. Begitu juga Quran mewajibkan ganjaran bagi amil (pengutip zakat) di ambil daripada duit zakat itu sendiri.

No comments: