عن أبى إمامة قال :" إن غلاما شابا أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقال : يا رسول الله ، ائذن لى في الزنا ، فصاح الناس فقال : (مه) ، فقال رسول الله ، صلى الله عليه وسلم: (أقروه إذن) ، فدنا حتى جلس بين يدى رسول الله ، صلى الله عليه وسلم ، فقال له رسول الله ، صلى الله عليه وسلم : أتحبه لأمك ؟ قال : لا ، قال : كذلك الناس لا يحبونه لأمهاتهم ، أتحبه لابنتك ؟ قال : لا ، قال وكذلك الناس لا يحبونه لبناتهم ، أتحبه لأختك ؟ قال : لا ، قال : وكذلك الناس لا يحبونه لأخواتهم ، أتحبه لعمتك ؟ قال : لا ، قال : كذلك الناس لا يحبونه لعماتهم ؟ أتحبه لخالتك ؟ قال : لا ، قال وكذلك الناس لا يحبونه لخالاتهم ، فوضع رسول الله ، صلى الله عليه وسلم، يده على صدره ، وقال : اللهم كفر ذنبه ، وطهر قلبه ، حصن فرجه "
Maksudnya : Daripada Abi Umamar RA melaporkan bahawa seorang pemuda telah datang berjumpa Nabi SAW dan bertanya : Wahai Rasulullah, Izinkan kepada saya berzina. Lalu para sahabat menjadi riuh rendah (terhadap soalan ini). Rasulullah SAW bersabda selepas menenangkan para sehabat : Sila minta pemuda itu mendekati aku. Pemuda yang bertanya terus mendekati Nabi SAW. Nabi bertanya : Adakah kamu suka orang berzina dengan ibumu?. Pemuda itu menjawab : Tidak. Sabda Nabi : begitu orang lain tidak suka kamu berzina dengan ibu mereka. Nabi bertanya lagi : adakah kamu suka orang berzina dengan anak perempuan kamu?. Pemuda itu menjawab : Tidak. Sabda Nabi : Begitu juga dengan orang lain tidak suka kamu berzina dengan anak perempuan mereka. Adakah kamu suka orang berzina adik-beradik perempuan kamu?. Jawab pemuda itu : Tidak. Sabda nabi : Begitu juga dengan orang lain tidak suka kamu berzina dengan adik-beradik perempuan mereka. Adakah kamu suka orang berzina dengan adik-beradik perempuan ayah kamu (emak saudara)?. Jawab pemuda itu : Tidak. Sabda nabi : begitu juga dengan orang lain tidak suka kamu berzina dengan adik-beradik perempuan ayah mereka. Adakah kamu suka orang berzina dengan adik-beradik perempuan ibu kamu. Jawab pemuda : Tidak. Sabda nabi : Begitu juga dengan orang lain tidak suka kamu berzina dengan adik-beradik ibu kamu. Lantas nabi meletakkan tangan baginda ke atas dada pemuda itu dan berdoa : Ya Allah ya tuhanku, hapuskan dosa pemuda ini, bersihkan hati pemuda ini, jagalah kehormatan pemuda ini. (riwayat tabrani)
Penulis tidak berniat untuk mencerita kaedah dakwah nabi dalam hadis ini. Cuma penulis ingin ketengahkan tentang isu zina. Zina merupakan perkara yang cukup dikeji oleh manusia semuanya tidak kira batasan agama dan bangsa. Tidak siapa pun suka jika perbuatan ini berlaku di dalam ahli keluarga mereka.walaupun mereka sendiri pernah berzina.
Quran melarang keras perbuatan zina ini berlaku di dalam masyarakat. Bahkan hukuman zina dikira daripada hukuman hudud yang telah diwartakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dengan firmannya yang bermaksud :
perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman. (An-Nuur : 2)
Hukuman ini dikenakan jika kedua-dua pasangan tersebut tidak pernah berkahwin sebelum ini. Tetapi jika kedua-dua pasanngan ini merupakan pasangan yang sudah mempunyai suami atau isteri masing-masing, maka Islam menjatuhkan hukuman rejam sampai mati jika pendakwa membawa keterangan dan saksi yang cukup.
Bahkan Al-Quran melarang mendekati setiap perkara yang boleh membawa kepada perlakuan zina seperti penganjuran majlis, perayaan, konsert yang bercampur aduk di antara lelaki dan wanita. Firman Allah SWT
Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al-Isra’ : 32).
Apabila kita membicarakan tentang zina dan keadaan masyarakat di Malaysia, sudah tentu kita menyatakan bahawa kerajaan semakin menyuburkan budaya mendekati zina. Cuba kita lihat bagaimana sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan seperti sambutan 50 tahun kemerdekaan negara, sambutan malan tahun baru, konsert-konsert yang diluluskan dan yang terbaru konsert bersama dengan Anuar Zain yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminat untuk berbuat apa sahaja kepada beliau. Ini satu perbuatan dan kelulusan yang bercanggah dengan Islam.
Pun begitu, kita tidak menyalahkan berlaku perbuatan yang mendekati zina ini kepada kerajaan 100%. Ibu-bapa boleh juga di ambil kira. Walaupun Ibu-bapa tidak bersetuju supaya anak mereka terjebak dengan zina. Tetapi perlakuan ataupun persetujuan mereka terhadap apa yang berlaku kepada anak mereka seolah-olah bersetuju dengan perbuatan anak mereka.
Ibu-bapa menyatakan tidak redha supaya anak mereka terjebak dengan zina. Dalam masa yang sama ibu-bapa tidak pernah memantau pergerakan anak mereka, ibu-bapa merelakan anak mereka bergayut di telefon bersama dengan pasangan mereka tanpa mengambil inisiatif untuk menyatukan anak mereka dengan pasangannya. Mungkin ada di antara kita yang mempunyai anak yang belajar di institusi pengajian tinggi yang anaknya bercinta ketika belajar. Apa tindakan kita. Adakah sekadar melarang?. Adakah sekadar meminta anak itu supaya bersabar sehingga menuggu habis belajar sahaja?. Adakah sekadar berpesan supaya tidak berzina tetapi dalam masa yang sama membiarkan kedua-dua bertemu untuk berkenalan lebih lanjut?. Setiap larangan yang dibuat mesti diselarikan dengan tindakan alternatif. Apa salahnya jika ibu-bapa itu menyarankan kepada anak masing-masing supaya terus berkahwin. Setengah ibu-bapa selepas anak mereka mengandungkan anak luar nikah, barulah digesa supaya berkahwin. Sedangkan ketika bercinta tidak disarankan berkahwin. Apabila nasi dah menjadi bubur baru bertindak.
Ibu-bapa menyatakan tidak redha supaya anak supaya anak mereka terjebak dengan zina. Dalam masa yang sama ibu-bapa membenarkan anak mereka memakai pakaian yang bercanggah dengan Islam, membenarkan anak mereka terlibat dengan uji bakat nyanyian yang kadang-kadang menjatuhkan maruah anak mereka. Membawa anak-anak mereka ke majlis-majlis hiburan dan menjauhi majlis-majlis agama. Semua ini adalah aspek yang membawa kepada perzinaan. Kesan ini bukan boleh dilihat dengan segera, tetapi mungkin selepas 3 tahun atau 4 tahun!.
Kesimpulannya kita semua perlu bermuhasabah dalam mendidik anak supaya tidak terjebak dengan budaya zina dan budaya-budaya yang memungkinkan anak kita dan kita sendiri mendekati zina.
Ingat setiap perbuatan ataupun persetujuan kita memberi kesan kepada kelakuan anak untuk masa depan. Tanpa sedar kita sendiri membenarkan anak sendiri berzina
Teruskan perjuangan….
No comments:
Post a Comment