Monday, January 28, 2008

Siri I : Cakap Tak serupa bikin


Selepas perlantikan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri Malaysia yang kelima bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Beliau lantas mengcadangkan idea baru untuk menarik perhatian masyarakat iaitu mencadangkan perlaksanaan Islam hadhari. Selepas cadangan ini diwar-warkan, habis ulamak dan cendikawan membuat penta’rifan mengenai Islam hadhari bagi menguatkan dan menarik perhatian Dato’ Seri PM kita nih. Selepas didesak oleh pelbagai pihak tentang konsep perlaksanaan Islam hadhari ini, akhirnya tercetuslah 10 prinsip yang ada pada Islam Hadhari. Mungkin mereka rasa Islam hadharilah yang paling sesuai berbanding Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW.

Ketika pengumuman dibuat, masyarakat begitu terpedaya dengan dakyah yang dilemparkan oleh puak-puak ni. Akhirnya BN menang besar di dalam pilihanraya yang ke 11.
Akhirnya seperti mana biasa, slogan hanya tinggal slogan, prinsip hanya tinggal prinsip. Semua prinsip yang ada tidak dibuat walaupun satu.
Antara prinsip tersebut :
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan


Prinsip pertama : Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah
Rakyat tertanya-tanya, adakah benar kerajaan sekarang ini melaksanakan prinsip ini?. kalau betul perlaksanaannya, kenapa masjid-masjid tidak dimakmurkan. Ustaz-ustaz ramai yang dibekukan tauliahnya. Program hiburan diperbanyakkan. Program-program agama dikurangkan. Akhlak remaja telah hilang kesopanan. Apakah maksud sebenar daripada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT?

Quran menyebut tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa di awal surah al-Baqarah :
Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya. (Al-Baqarah 3-5).

Sampai sekarang ini, BN tidak pernah menghukum kepada orang yang menyatakan bahawa azab kubur tidak ada dalam Islam. Golongan sebegini tidak pernah ditangkap dan didakwa? Bahkan golongan sebegini dibenarkan berleluasa menulis dan diberikan permit untuk menerbitkan majalah. Berkenaan dengan zakat. Sampai sekarang ini, Petronas tidak pernah diarahkan oleh kerajaan untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan menurut pandangan Prof. diraja Ungku Aziz bahawa jika Petronas mengeluarkan zakat nescaya pendidikan negara boleh diberikan percuma kepada umat Islam.

Akhirnya, BN tidak pernah melaksanakan program untuk memastikan masyarakat bertaqwa dan beriman kepada Allah dalam konteks yang sebenarnya. Walaupun adalah diselitkan sedikit tentang program yang berbentuk keagamaan tetapi kalau dikira peratus, tidak sampai 5%. Yang bakinya penuh dengan hiburan yang melalaikan.

Prinsip Kedua : Kerajaan Adil dan Beramanah
Adil bermaksud meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Adilkah kerajaan kalau mendakwa tahanan tanpa bicara (ISA). Adilkah kerajaan melarang rakyat dari berhimpun secara aman untuk menegur kesilapan kerajaan. Saidini Abu Bakar ketika dilantik menjadi khalifah minta ditegur, Saidina Umar ketika dilantik menjadi khalifah minta ditegur kalau ada terbuat perkara yang silap. Bahkah ada sahabat yang hendak menegur khalifah dengan pedang!!!. Pun saidina umar bagi permit. Tu khalifah yang memimpin semua umat Islam. Inikan kerajaan Malaysia. Takkan nak berhimpun untuk menegur kerajaan disekat. Sempurna sangat ke perlaksaan kerajaan. Kerajaan juga seperti manusia, ada silap dan salah yang mesti diperbetulkan. Hak berhimpun merupakan hak yang mesti ada di dalam negara demokrasi. Malaysia sebuah negara demokrasi. Malaysia bukan negara komunis.

Dari sudut amanah, di sini cukup kita buat perbandingan antara akhlak pemimpin BN dengan pemimpin PAS. Mana yang lebih amanah dengan jawatan yang ada. MB dan exco kerajaan negeri kelantan sampai sekarang belum ada berita bahawa mereka ini khianat terhadap amanah. Belum pernah didengari BPR mengumumkan rasuah membabitkan pemimpin-pemimpin PAS. Lihat kepada pemimpin UMNO. Rasuah semakin berleluasa. Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa TPM kita menerima rasuah komisyen kapal selam sebanyak RM 530 juta. Sedangkan nabi melarang sahabatnya yang ditugaskan untuk mengutip zakat mengambil hadiah daripada pemberi zakat walau seekor kambing. Kambing pun nabi tak benarkan inikan komisyen RM 530 juta..lagilah tak boleh. TPM takkan dapat komisyen itu kalau beliau bukan TPM. Amanah ke perbuatan tu? Tu peringkat TPM. Kalau bawah lagi teruklah. Mak borek anak rintik….

Bersambung…..

Saturday, January 26, 2008

Bila lagi kamu nak bekerja untuk ISLAM

Lajnah Penerangan PAS Pusat telah melancarkan Jelajah presiden ke seluruh negara. Ketua Penerangan PAS pusat tidak putus-putus bergerak ke sana ke mari bagi memberi penjelasan. semua pimpinan negeri ke sana ke mari untuk menggerakkan jentera parti semua peringkat. semuanya bekerja untuk memenangkan perjuangan Islam. Pimpinan PAS bukan bekerja kerana tamakkan kuasa. tetapi mereka bekerja untuk mendaulatkan Islam menjadi agama yang memerintah. rasulullah SAW bukan berhijrah kerana tamakkan kuasa pemerintahan. tetapi baginda berhijrah kerana hendak menyempurnakan pelaksanaan Islam secara menyeluruh dengan pemerintahan. Kalau baginda SAW tamakkan kuasa, nescaya baginda akan menerima tawaran pimpinan mekah untuk melantik beliau menjadi pemimpin mekah yang paling berkuasa. tetapi Rasulullah menolak perlantikan ini.

PAS mahukan Islam memerintah secara merdeka dari segala-segalanya. merdeka bukan sahaja membebaskan negara daripada penjajah. tetapi merdeka yang sebenar ialah membebaskan negara daripada belenggu pemikiran penjajah. Islam sudah ada corak pemerintahan yang tersendiri. Islam sudah ada perlembagaannya yang tersendiri. corak pemerintahan dan perlembagaan sudah terbukti keberkesanannya ketika Islam memerintah suatu ketika dahulu. tetapi kini, pimpinan BN di Malaysia seperti terpaksa menggunakan dasar dan perlembagaan yang ditinggalkan penjajah. buktinya, perlembagaan kita digubal oleh penjajah. kenapa orang melayu ketika itu tidak diberi hak untuk membuat perlembagaan. ketika itu, masyarakat melayu tidak kurang tokoh-tokoh yang hebar seperti Dato' Onn Jaafar, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Zulkifli Muhammad dan sebagainya. Ini bermakna penjajah telah memaksa untuk kita cara dan bentuk pemerintahan mereka. Kalau betul penjajah ingin mengurniakan kemerdekaan mutlak, sudah tentu perlembagaab negara diberikan sepenuhnya kepada bangsa melayu untuk membentuknya. penjajah ini hanya sekadar pemantau dan penasihat sahaja.

Perlembagaan inilah yang digunapakai sampai sekarang. PAS bukanlah hendak memansuhkan terus perlembagaan ini. tetapi PAS akan menggubal perlembagaan ini supaya Islam dikira kuasa tertinggi negara sebagaimana apa yang telah di negeri Terengganu. Sumber tertinggi dalam undang-undang tubuh negeri terengganu ialah Al-Quran dan Sunnah. Inilah yang hendak diperjuangkan oleh PAS.

Untuk merealisasikan perjuangan ini, semua sumber tenaga diperlukan. PAS bukan sahaja memerlukan golongan ulamak untuk menerangkan tentang perjuangan Islam. Tetapi PAS juga memerlukan tenaga seperti penampal poster, pembuat poster, pakar strategi dan sebagainya. Semuanya perlu bersama-sama mengembeling tenaga dan buah fikiran untuk memberi kemenangan kepada Islam. Memang kita tidak nafikan bahawa UMNO mempunyai kekuatan lebih dari PAS samada dari sudut kewangan, media dan sebagainya. Tetapi PAS mesti menyediakan kekuatan sedaya upaya mungkin bagi mengcukupkan syarat kemenangan. Ketika Madinah didatangi oleh gabungan tentera ahzab untuk menghancurkan kota Madinah, nabi telah merancang pelbagai strategi sehingga menggali parit mengelilingi kota. Walaupun Rasulullah tahu kekuata musuh lebih kuat dan lebih lengkap. Tapi Nabi dan para sahabat berhempas pulas mempertahankan kota madinah dengan pelbagai perancangan disamping munajat kepada Allah SWT. Akhirnya dengan sebab pergantungan kepada Allah dengan sebulat hati dan hasil daripada perancangan tadi. Allah telah memberi kemenangan kepada Rasulullah dengan mengirimkan tentera angin untuk menghancurkn musuh. Akhirnya rasulullah mendapat kemenangan di dalam peperangan yang cukup dahsyat itu.

Peperangan ini menjadi pengiktibaran kepada pejuang-pejuang PAS. Kita mesti meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah, merancang strategi, bergeraka dengan sedaya upaya berpandukan dengan kekuatan yang ada. Akhirnya Allah SWT akan memberi kemenangan kepada perjuangan Islam hasil daripada pergantungan dan strategi yang diatur.

Bukan mustahil jika Allah menghantar tentera angin untuk membalikkan kenderaan yang membawa pengundi hantu ke tempat mengundi. Bukan mustahil jika Allah membalikkan hati pengundi hantu itu untuk mengundi PAS ketika berada di tempat mengundi. Bukan mustahil jika Allah hendak mematikan musuh ketika tiba hari mengundi.

Yang penting, kita semua mesti bergantung kuat kepada Allah SWT.kurang maksiat. Dosa-dosa kecil hendaklah dikurangkan. Strategi mesti rancang. Ibadat sunat mesti diperhebatkan. Dan sebagainya

Kalau semua pimpinan tertinggi dan turun padang. Kita bila lagi? Adakah kita hendak menunggu kemenangan dicapai barulah kita hendak bersama dengan perjuangan PAS. Apakah kita hendak menunggu pujukan daripada pimpinan, barulah kita hendak terlibat dengan perjuangan PAS.

Islam tidak pernah menunggu kita untuk menang. Bahkan jika kita tidak terlibat. Allah SWT akan memberi hidayah kepada golongan yang lain untuk memperjuangankan Islam. Benarlah firmah Allah SWT yang bermaksud :

Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya. (Al-Maidah 54).

Sekarang ini, semua pihak sudah berjuangan untuk Islam, bekas penyanyi pun bersama dengan Islam, ahli akademik pun bersama dengan perjuangan Islam. Pegawai-pegawai kerajaan pun bersama dengan perjuangan Islam, boleh dikatakan semua pihak telah bersama-sama dengan Islam. Anda bila lagi. Adakah anda menunggu nyawa dihujung halkum barulah hendak bersama-sama dengan perjuangan Islam. Ketika itu, semuanya hanya menjadi sia-sia sahaja. Jangan biarkan penyakit yang terkena kepada firaun terkena kepada anda. Firaun bertaubat ketika beliau diambang maut. Ketika nyawa berada dihalkum. Tetapi taubat itu sudah menjadi sisa-sia sahaja.

Jadilah seperti Umar Al-khataab yang mulanya begitu hebat menentang Islam, tetapi akhirnya beliaulah orang yang paling hebat memperjuangkan Islam. Di zaman beliau, begitu banyak pembukaan dibuat. Di zaman beliau Islam meruntuhkan dua kuasa besar dunia yang penuh dengan kezaliman dan digantikan dengan keadilah Islam.

Kita berdoa kepada Allah SWT semoga Islam diberi kemenangan. PAS diberi peluang untuk memerintah dengan bersumberkan kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Kemenangan akan terhasil dengan gabungan semua sumber tenaga.

Takbir 10 x

Masjid pun jadi bahan untuk pancing undi..

Pada sekitar tahun 60an dan 70an. Umat melayu Islam di Malaysia tidak dapat memikirkan bahawa politik merupakan perkara yang menjadi sebahagian daripada Islam. Mereka beranggapan bahawa Islam ini hanya mengcakupi ibadat dan munakahat semata-semata. Bagi mereka urusan pemerintahan hanyalah berpandukan kepada akal fikiran manusia tanpa perlu merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Ini merupakan kesan penjajahan pemikiran yang telah ditanam oleh penjajah british. Walaupun negara kita merdeka, dasar penjajahan ini masih diteruskan oleh UMNO yang ketika itu diketuai oleh Tungku Abdul Rahman putera Al-Haj. Beliau dengan terang-terangan mengakui Malaysia sebuah negara sekular. Sekular ini bermaksud Memisahkan agama dari politik. Politik bermaksud pemerintahan. Memisahkan agama dari politik bermakna memisahkan Islam dari pemerintahan.

Bermula tahun 80an, gelombang untuk kembali kepada perlaksanaan Islam yang sebenar semakin kuat, ditambah lagi dengan tekanan daripada PAS supaya Al-Quran di daulatkan. Perkataan politik suku agama suku dihapuskan. Pimpinan PAS ketika itu banyak menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan aqidah seperti buku yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang menceritakan batas iman dan kufur. Akhirnya pimpinan UMNO terpaksa tunduk kepada kehendak rakyat yang mahukan kepada Islam dengan mengumumkan bahawa mereka juga hendak kepada Islam.

Ketika itu, dasar kerajaan lebih ke arah untuk mengislamisasikan badan-badan seperti penubuhan bank Islam, menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya. Perlu dimaklumi juga bahawa perlaksanaan dasar-dasar Islam di dalam pemerintahan kerajaan yang di pandu UMNO ini bukanlah bermakna mereka hendak kembali kepada Islam. Tetapi perlaksanaan ini sekadar untuk memancing rakyat supaya menyokong mereka. ini terbukti kerana perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan BN hanya sekerat-sekerat dan bukan secara keseluruhan. Sedangkan Islam melarang keras berbuatan mengkerat-keratkan agama kerana perbuatan sama dengan perbuatan bani Israel sehingga mereka didatangkan kecelakaan oleh Allah SWT

Firman Allah SWT yang bermaksud :
maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 85).

Kerajaan melaksanan perbankkan Islam tetapi pinjaman secara riba masih diteruskan. Contohnya apa yang telah diluahkan oleh Dato’ Paduka Hj. Husam bin Musa di dalam ucapan pergulungan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Beliau menyatakan bahawa kerajaan pusat harus menghapuskan riba daripada pinjaman yang telah diberikan kepada kerajaan negeri khususnya negeri kelantan. Beliau difahamkan bahawa riba untuk pinjaman kerajaan negeri kelantan lebih tinggi daripada negeri yang lain. Ini antara contoh perlaksanaan kerajaan pimpinan UMNO yang mengkerat-keratkan agama.

Pengamalan riba merupakan satu konsep ekonomi yang mengzalimi golongan yang miskin. Kerana itu Islam tidak mengiktiraf riba sebagai sebuah perniagaan tetapi riba dianggap sebagai sebuah kezaliman :

Firman Allah SWT :
Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

Bersempena dengan pilihanraya yang ke dua belas (PRU 12) ini, kerajaan BN sekali lagi cuba memancing undi dengan menyebut Islam sebagai modalnya. Tetapi sayang, kefahaman mereka terhadap Islam cukup cetek sekali. Mereka faham tentang Islam sekadar untuk membina masjid semata-mata tetapi cara untuk memakmurkan masjid mereka tak belajar. Tengoklah kepada pembinaan masjid kristal di terengganu yang menelan belanja jutaan ringgit. Akhirnya masjid itu menjadi seperti perhiasan semata-mata. Masjid ini begitu dibanggai semua pimpinan UMNO diperingkat dan pusat. Nabi membina masjid bukan untuk bermegah-megah. Tetapi nabi membina masjid adalah untuk dimakmurkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Inilah padahnya kalau kefahaman mengenai Islam hanya sekerat-sekerat.

Yang terbaru ialah tawaran daripada TPM Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada rakyat negeri kelantan bahawa mereka akan membina pusat tamadun Islam di kelantan dengan membina masjid-masjid dan sebagainya lagilah. Masjid juga yang disebutnya. Saya bukan membenci kepada pembinaan masjid. Tetapi kita membina masjid yang begitu banyak, tetapi siapa yang nak mengimarah? Sedangkan pengkuliah yang diberi tauliah oleh kerajaan negeri dikurangkan. Pendidikan agama disekat. Contoh apa yang kerajaan terengganu memperlakukan kepada mahasiswa terengganu yang berada di Syria. Zakat mereka ditarik semenjak tahun 2004, ketika itu, kelulusan zakat telah dikeluarkan. Tetapi sampai sekarang duit zakat itu masih tidak sampai ke tangan. UMNO ni pandai membina masjid, tetapi nak membina orang yang mengimarahkan masjid tak pandai.

Mereka pandai bina masjid kerana pembinaan ini melibatkan wang, melibatkan tender dan sebagainya. Jadi mereka akan mendapat untung. Lihat kepada kelulusan kewangan yang diluluskan oleh TPM untuk membina masjid diijok. Akhirnya hangus begitu sahaja. Duit hilang, masjid tak ada. TPM langsung tak mengikuti follow up dengan apa yang berlaku. Masjid di ijok itu dijanjikan ketika pilihanraya kecil, tetapi habis je pilihanraya, semua hilang. Bagus punya perangai.

Saya bukan mengkritik atas dasar nafsu semata-mata. Tetapi saya mengkritik atas dasar Islam. Saya melihat perlaksanaan kerajaan sekarang ini masih tidak menggambarkan bahawa mereka ingin kepada perlaksanaan Islam secara keseluruhan. Lihat kepada kelantan. Negeri ini cuba untuk melaksanakan Islam secara keseluruhan mengikut batas-batas kuasa yang ada. Akhirnya banyak perlaksaan Islam di kelantan diikuti oleh negeri-negeri yang lain, bahkan kerajaan pusat sendiri. Ini kerana kerajaan kelantan berjaya menanamkan konsep negara kebajikan. Inilah asas kepada kerajaan Islam. Kerajaan Islam yang sebenar ialah kerajaan yang berkonsepkan kebajikan. Kebajikan rakyat diutamakan. Tapi konsep sekarang ini lain. Kebajikan pemimpin diutamakan melebihi rakyat. Pemimpin boleh mengaut keuntungan berganda sedangkan rakyat hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Jadilah menipu rakyat dengan pelbagai slogan kalau perlaksanaannya masih ditahap lama. Kononnya mengutamakan rakyat, tetapi harga barang naik secara tidak terkawal, kononnya membela rakyat, pendidikan pun terpaksa dibayar…kami serik doh dengan BN…..

Friday, January 25, 2008

Dunia... kalau dah jadi MATLAMAT UTAMA

Disebabkan pilihanraya, pelbagai projek ditawarkan, disebabkan pilihanraya pemimpin negara sibuk turun padang, disebabkan pilihanraya pelbagai provokasi dilemparkan, disebabkan pilihanraya janji-janji manis ditaburkan. Tapi selepas pilihanraya semua menjadi habuk. Pemimpin yang menaburkan janji hilang entah ke mana, projek yang ditawarkan akan ditangguh kepada 4 tahun akan datang. Akhirnya yang ditipu adalah rakyat, yang menderita adalah rakyat, yang sengsara adalah rakyat. Rakyat itu adalah kita semua. Pemimpin negara bersorak riang kerana berjaya menipu rakyat. Ini satu fenomena biasa dalam pilihanraya.

Kekadang kesusahan orang lain dijadikan modal untuk mengkayakan kantung-kantung mereka. tengok sahaja kehilangan sherlini, akhirnya yang diumumkan ialah pemasangan cctv untuk semua kawasan yang berbahaya. Bukan saya menyatakan itu bukan cadangan yang bagus. tapi nilai tender untuk cctv itu akan menelan jutaan ringgit sedangkan dari sudut penyelesaiannya masih belum terjamin. Mungkin selepas perancangan ini tidak berjaya, kerajaan akan mencadangkan setiap jalan pula diletakkan cctv. Akhirnya siapa yang untung. Untung juga orang hilang, sekurang-kurang kita kaya…aiiiii.

Kalau benar, kerajaan berniat untuk menyelesaikan masalah rakyat. Tindakan pertama perlu dilakukan ialah mengkaji balik kenapa statistik jenayah semakin meningkat, punca dan sebabnya. Pihak pembangkang selalu menyebut bahawa segala jenayah yang berlaku ini adalah berpunca daripada kerajaan sendiri yang terlalu menyiarkan rancangan yang separa lucah dan sentiasa berbentuk hiburan. Contohnya drama bersiri sepanyol yang banyak mendedahkan wanita-wanita yang berpakaian menjolok mata. Selain dari itu, sistem undang-undang sekarang ini semakin tidak relevan dan tidak ditakuti oleh penjenayah. Sistem undang-undang rekaan manusia ini semakin tidak ditakuti oleh manusia. Inilah bahananya apabila manusia berani menolak pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Selepas kajian ini dibuat, barulah tindakan boleh diambil. Rakyat pun berpuas hati. Ini tidak terus dibuat cadangan dan bajet pun terus dikeluarkan. Sedangkan untuk membina sebuah surau pun memerlukan kelulusan selama setahun. Orang lain susah tak apa, yang penting projek masuk. Atas dunia mesti mahu kaya. Itulah senario kalau dunia jadi matlamat. Segala kesusahan yang menimpa, matlamat mengkayakan kantung didahulukan…aiiiii

Yang kedua isu tok sidang yang menghalang jemaah pergi ke masjid. Ini merupakan satu tindakan biadab yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Tidakkah mereka tahu firman Allah yang bermaksud :

Dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang-orang Yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? orang-orang Yang demikian, tidak sepatunya masuk ke Dalam masjid-masjid itu melainkan Dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara Yang mereka lakukan itu). mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa Yang amat besar. (Al-baqarah 114)

Tok-tok sidang ini beralasan bahawa pendengar akan terpengaruh dengan dakyah yang disampaikan itu. alasan ini sama dengan alasan pimpinan Quraisy yang melarang kaum musyrikin daripada mendengar ceramah nabi SAW di mekah. Benarlah firman Allah SWT :

Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum Yang melampaui batas (dalam keingkarannya). (Al-Zariyyat 53)

Golongan sebegini lebih bimbangkan kemurkaan pemimpin mereka dari kemurkaan Allah SWT. Mereka menyangkan bahawa pemimpin mereka yang memberi rezeki, bukan Allah yang memberi rezeki. Mereka percaya kalau pemimpin mereka murka, mereka akan papa kedana. Aqidah ini patut diperbetulkan kerana lama kelamaan akan membawa syirik kepada Allah SWT.

Allah telah menegaskan dalam satu ayat yang cukup tegas bahawa Dialah pemberi rezeki menerusi firmanNya yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya . (al-Zariyyat 58)Cukuplah ketaatan kita

kepada pemimpin selagi mana mereka menyeru kepada kebaikan. Kalau mereka menyeru kepada perkara yang bertentangan dengan kebaikan tolaklah perintah. Dahulukan perintah Allah dan rasulnya yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis lebih dari segala-segalanya. Jangan disebabkan dunia yang menjadi matlamat segala-galanya akan digadaikan

Wednesday, January 23, 2008

Jihad Satu Anugerah

Kalimah jihad merupakan satu kalimah yang cukup menggerunkan barat dan anjing-anjingnya. Dengan sebab kalimah ini, pihak barat khususnya amerika syarikat merancang pelbagai strategi bagi memastikan kalimah ini dihilangkan dari jiwa umat Islam. Antara strategi yang dijalankan ialah merancang peristiwa 11 september yang mengakibatkan pejuang Islam diburu habis-habisan, menyokong rancangan-rancangan yang boleh mengelirukan Islam seperti Islam Liberal, Islam Plural dan Islam Hadhari. Istilah pemecahan Islam kepada bermacam versi merupakan satu perancangan yang licik untuk memecahbelahkan masyarakat. Selepas dirasmikan konsep Islam Hadhari, masyarakat sudah berani bercakap seperti “ Islam pas lain, Islam kami lain”. Maknanya sesetengah masyarakat sudah beranggapan bahawa Islam ini ada bermacam-macam konsep dan versi. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka menganggap Islam seperti kristian yang berpecah dengan pelbagai kelompok seperti katholik, ortodoks dan protestan.

Menyentuh tentang JIHAD, nabi SAW bersabda yang bermaksud :
Tiada hijrah selepas pembukaan (mekah), yang ada hanya jihad dan niat (yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam), apabila kamu diseru untuk berjihad, pergilah .

Selepas Rasulullah berhijrah ke madinah al-munawwarah bagi mendirikan sebuah negara Islam. Baginda telah mewajibkan kepada kaum muslimin yang berada di mekah supaya berhijrah ke madinah al-munawwarah. Walaupun begitu arahan ini tertakluk kepada kemampuan masing-masing dan juga pengecualian yang dibenarkan oleh Nabi SAW. Golongan yang tidak mampu berhijrah seperti golongan yang miskin , tidak mampu mengupah penunjuk jalan dan yang lemah.

Ini disebut oleh Allah SWT :
Sesungguhnya orang-orang Yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat Dengan berkata: "Apakah Yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang Yang tertindas di bumi". malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, Yang membolehkan kamu berhijrah Dengan bebas padanya?" maka orang-orang Yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang Yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, Yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). (an-Nisa’ 97-98)

Ayat ini juga jelas menempelak golongan yang mencipta pelbagai alasan untuk enggan keluar berhijrah. Orang Islam yang enggan keluar berhijrah beralasankan bahawa mereka termakan budi dengan abu jahal. Akhirnya golongan ini diperintahkan keluar ke badar untuk berperang menentang nabi. Abu jahal tidak mengetahui tentang keislaman mereka. seterusnya mereka mati ditangan tentera muslimin dalam keadaan mati menentang Islam.

Penghijrahan yang dikira oleh Allah SWT ialah sesiapa yang berhijrah sebelum pembukaan kerana hijrah sebelum pembukaan ini melambangkan keyakinan mereka terhadap Islam. Walaupun negara Islam ketika itu berada dalam keadaan lemah. Tapi golongan yang berhijrah ini tetap yakin dan percaya kepada janji Allah SWT. Penghijrahan selepas hijrah tidak dikira kerana negara Islam sudah berada dalam keadaan kukuh. Mungkin ada yang berhijrah untuk mengaut harta kekayaan negara, mungkin juga ingin merosakkan pemerintahan dan sebagainya.

Walaupun Allah SWT telah menutup pahala hijrah. Namun Allah SWT masih meninggalkan satu pahala yang cukup besar untuk manusia selepas hijrah sehinggalah sekarang ini. iaitu Jihad dan niat yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam.

Kalau direnung dan diamati hadis ini, kita dapat merasakan bahawa kasihnya Allah kepada hambaNya. Allah SWT mahukan umat Islam ini mendapat pahala dalam menegakkan Islam. Kerana itu ditinggalkan pahala jihad sehingga sekarang ini.
Jihad ini bermaksud bersungguh-sungguh dalam menegakkan kalimah Allah SWT. Jihad bukan bermaksud pergi berperang semata-semata. Jihad ialah suatu perkara yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan disertakan dengan kesungguhan untuk menegakkan Islam. Setiap perjuangan yang diperjuangkan untuk menegakkan Islam dikira sebagai jihad ke jalan Allah SWT. Contohnya berperang untuk menegakkan islam dikira jihad, menyertai pilihanraya untuk menegakkan negara islam dikira jihad, menyebarkan dakwah dengan menyeru kepada kebaikan dikira jihad, dengan kata lain konsep jihad begitu luas, yang penting kita mesti bergerak untuk berjihad jangan sekadar memantau semata-mata. Allah SWT jelas menyatakan perbezaan antara golongan yang berjihad dengan golongan yang tengok saje :

Tidaklah sama keadaan orang-orang Yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang Yang beriman - selain daripada orang-orang Yang ada keuzuran - Dengan orang-orang Yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) Dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) Dengan kelebihan satu darjat. dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan Dengan balasan Yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) Dengan pahala Yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadanya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisa’ 95-96).

Di saat negara berada diambang pilihanraya, UMNO sudah mula ingin membuat kebajikan atas alasan untuk menarik pengundi. Pelbagai teknik kotor digunakan untuk mereka kekal berkuasa termasuklah memperkudakan segala jabatan-jabatan kerajaan. Terbaru kita melihat bagaimana MB terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh telah memperalatkan cikgu dan ustaz/ustazah J-QAF untuk memperbaharui baiah bagi menyokong kerajaan yang mengekalkan undang-undang jahiliyyah ini. Imam malik menyatakan bahawa baiah dalam keadaan terpaksa adalah tidak sah.

Apabila institusi yang paling penting itu pun diperalatkan, adakah wajar kepada semua mereka-mereka yang cintakan Islam duduk sajje melihat? Relakah kita semua mahukan waris keturunan kita diperbodohkan dari masa ke semasa?

Melihat kepada senario politik sekarang ini, maka semua pejuang-pejuang Islam mesti bangun dan berjihad untuk Islam. Slogan bekerja untuk Islam perlu diperhebatkan.

Kalau UMNO begitu bersemangat memastikan kemenangan perjuangan mereka yang menyeru kepada jahiliyyah. Lebih wajarlah kita lebih bersemangat dari pejuang-pejuang UMNO. Dasar kita jelas, perjuangan kita jelas, jadi tidak ada sebab mengapa kita tidak mahu merebut syurga Allah yang terbentang luas di hadapan mata.

Rebutlah peluang JIHAD yang masih dibuka oleh Allah SWT. Hentikan segala alasan yang akhirnya boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Takbir…..









Monday, January 21, 2008

UMNO hanya lahirkan ulamak mengampu

respon kepada tulisan Pak Subky yang bertajuk hanya firaun dan namrud larang salahkan kerajaan yang menceritakan tentang keadaan terdapat seorang ustaz yang melarang untuk menegur kerajaan. Saya tidak pasti ustaz yang mengulas itu mengambil sumber dari mana. Apa yang saya belajar bahawa antara tanggungjawab rakyat ialah menegur kerajaan jika kerajaan buat silap. kalau kesilapan itu terus menerus sehingga sampai meninggalkan hukum Allah SWT maka kita wajib menjatuhkan pemerintahan tersebut. dalam bab menjatuhkan kerajaan kita boleh lihat bagaimana nabi menjatuhkan kerajaan mekah yang ketika itu diperintah oleh golongan kafir quraisy. walaupun sekarang ini, pemerintah bukan terdiri daripada golongan kafir, tetapi pemerintah mengamalkan undang-undang tinggalan orang-orang kafir. kita bukan mengkafirkan pemerintah. tetapi kita hanya menentang pengamalan dasar-dasar penjajah yang secara jelas bertentangan dengan Islam.

Walaupun kerajaan sekarang ini jelas melaksanakan dasar-dasar yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi masih terdapat golongan lepasan agama yang menyokong dasar ini. Saya selalu terfikir kenapa terdapat golongan agama yang masih lagi menyokong UMNO. apakah mereka tidak melihat bahawa UMNO tidak melaksanakan dasar Islam dengan sepenuhnya. Apakah mereka tidak terfikir bahawa UMNO lah yang membenarkan Islam dihina. Lihat sahaja isu-isu sekarang ini, bermula dari awal tahun 50an ketika UMNO meminta ulamak-ulamak ketika itu mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan hasil judi menjadi sumber kemasukan dalam UMNO sehingga sampai ke peringkat meminta ulamak-ulamak menyokong kerajaan secara membabi buta seperti menyokong prinsip Islam Hadhari.

Ulamak-ulamak yang tidak sebulu dengan UMNO akan dibuang. lihat kepada nasib PAS ketika penubuhannya pada tahun 1951. PAS pada asalnya merupakan biro ugama dalam UMNO. tetapi selepas berlaku penentangan ketika awal kemerdekaan dan juga berkaitan dengan dasar dengan UMNO, maka Tun Onn Jaafar telah meminta biro ulamak itu menubuhkan persatuan yang sendiri. Dengan kata golongan ulamak yang menentang tidak layak masuk UMNO. UMNO hanya menerima ulamak-ulamak yang mengampu.

Imam Ghazali membahagikan ulamak kepada dua jenis
1. Ulamak Akhirat
2. Ulamak Su' (jahat)

Ulamak akhirat ini ialah ulamak yang berani menyatakan kebenaran walaupun diri mereka ditangkap tanpa bicara. diugut, dibuang kerja dan sebagainya. mereka ini tidak akan mengadai akhirat dengan dunia yang sedikit.

Ulamak Su' ialah ulamak yang berkata mengikut kehendak pemerintah. walaupun pemerintah tersebut memerintah untuk menghancurkan Islam. mereka lebih rela mengecapi kesenangan dari kesusahan. mereka ini akan mencipta pelbagai helah untuk membenarkan perkataan pemerintah. bahkan yang lebih dahsyat ada yang sanggup menukar penafsiran semata-mata untuk menyenangkan pemerintah.

saya berkeyakinan bahawa bukanlah kesemua ulamak UMNO sebegitu. mungkin ada dikalangan ulamak UMNO ikhlas dan tertipu dengan UMNO seperti apa yang berlaku di ambang kejatuhan Turki Uthmaniah. Terdapat ulamak-ulamak ketika itu menyokong Kamal Attartuk untuk menjatuhkan khalifah. ulamak-ulamak ini akhirnya menyesal dengan apa yang berlaku. tapi nasi sudah menjadi bubur. khilafah yang jatuh sudah tidak dapat dikembalikan lagi. Mungkin ada ulamak-ulamak dalam UMNO terlampau kagum dengan gaya Pak Lah yang hadhari kot.

Jadi saya berharap ulamak-ulamak yang tidak terperasan mereka ini ditipu dan diperalatkan ini supaya balik ke pangkal jalan. Jadikan sejarah yang berlaku kepada Turki Uthmaniyyah sebagai panduan. Ingat, mungkin dengan sebab kita, Islam dihancurkan, mungkin dengan sebab kita, perjuangan Islam dipadamkan
Ingat. UMNO hanya memperalatkan Ulamak. kalau jadikan diri ulamak itu sebagai anjing-anjing UMNO. UMNO hanya menipu ulamak bukan membela Ulamak. UMNO hanya menggunakan Islam untuk berkuasa bukan kuasa yang mesti dipelopori oleh Islam.

Jom pakat undi PAS untuk selamat dunia dan akhirat

Saturday, January 19, 2008

BIla gendang pilihanraya hampir berkumandang


Bahang pilihanraya semakin terasa. terbaru ialah kenyataan daripada UMNO supaya pemimpin di semua peringkat supaya tidak membuat lawatan ke luar negara. Bilik gerakan UMNO di negeri-negeri sudah mula di buka. apabila UMNO dah mula serius untuk mempersiapkan jentera pilihanraya. bermakna pilihanraya sudah teramat dekat. mengikut andaian Naib Presiden PAS, YB Husam Musa bahawa mengikut keadaan sekarang ini pilihanraya mungkin diadakan dalam sekitar 5 minggu sahaja lagi.



Apabila bercakap tentang pilihanraya, tidak dapat tidak kita akan pasti bercakap mengenai keadaan pentadbiran sekarang ini. saya bukan hendak menulis berkenaan dengan isu yang sedang berlaku sekarang. analisis isu sudah banyak disentuh oleh sahabat-sahabat maya yang lain. saya lebih suka menyentuh isu tentang kewajipan kita untuk bersama-sama menjatuhkan mereka-mereka yang masih mengekalkan undang-undang penjajah.

Undang-undang yang ditinggalkan penjajah pada dasarnya sudah jelas bertentangan dengan Islam. lihat sahaja penafsiran Lord Reid terhadap makna Islam ialah mesti sama dengan kristian iaitu urusan agama diserahkan kepada orang agama, manakala urusan politik diserahkan kepada orang politik. Undang-undang sebegini masih wujud di dalam politik negara sekarang. walaupun PM kita telah mewar-warkan Konsep Islam HADHARI. walaupun islam HADHARI telah meletakkan 10 prinsip tapi dari sudut perlaksaannya seperti sekular. Islam hanya dilaksanakan jika perkara tersebut berkaitan dengan ibadat. Tetapi di dalam perkara yang lain. Islam dibuang. contohnya berkaitan dengan ekonomi, negara aekonomi negara. Dengan kata mudah, untuk maju kena buang agama. kalau kita berfikiran seperti itu, kita juga boleh disamakan dengan komunis yang berprinsip bahawa agama ini candu masyarakat.



Perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin negara yang menggunakan undang-undang yang lain daripada hukum Islam ini dikira zalim kerana mereka tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Al-Quran ialah panduan yang paling sempurna dan lengkap. Al-Quran juga telah dipraktikkan oleh Nabi dan para sahabat serta pemerintah-pemerintah Islam selama berkurun-kurun. apabila datang zaman hadhari ini, tiba-tiba kita telah membuang sumber yang paling dan sempurna dan mengambil sumber yang tidak diketahui berjaya atau tidak. inilah yang dinamakan zalim.



Apabila menyebut tentang kezaliman. semestinya umat Islam yang bermaruah akan bangun untuk menentang kezaliman tersebut. Islam melarang umatnya daripada cenderung kepada orang yang zalim. kalau cenderung sudah ditegah, apatah lagi membantu, lagilah tidak boleh.



menyebut tentang orang yang zalim, Islam juga telah mengajarkan kepada umatnya bagaimana untuk membantu orang-orang yang zalim. Islam datang untuk menyelamatkan manusia. untuk orang yang dizalimi akan bantu, untuk orang yang zalim pun perlu dibantu. Setiap bantuan yang dihulurkan perlu kena pada tempatnya.contohnya kalau kita jumpa pencuri, kita mesti membantunya dengan melaporkan kegiatan pencurian kepada pihak polis supaya pencuri tersebut tidak berterusan mencuri. kalau kita menyembunyikan pencuri tersebut dengan tujuan untuk membantu, ini dinamakan sebagai zalim. begitu juga dengan pemerintah yang zalim. kita mesti membantu mereka dengan menjatuhkan mereka. Jangan benarkan mereka terus-menerus dalam kezaliman ini.



Jadi semua perlu bekerja untuk sama-sama menjatuhkan orang yang zalim ini. semua kerja kita akan dikita JIHAD. setiap air peluh, buah fikiran, kewangan, dikira JIHAD. semua pihak mesti turun padang. Ustaz-ustaz perlu bekerja lebih dari orang lain. kerana mereka lebih yakin dengan pahala JIHAD dari orang lain. Kalau ustaz tidak bersemangat. orang lain apatah lagi. kalau yang berada jauh dari bumi Malaysia ini seperti (Syria, Mesir, Yaman dan lain-lain) cukuplah sekadar doa yang berterusan. lebih-lebih mereka ini berada di bumi yang penuh dengan keberkatan. adakan majlis solat hajat setiap malam untuk memastikan kemenangan ISLAM tercapai.



semoga pilihanraya kali ini menjanjikan keputusan yang baik bagi memudahkan parti Islam untuk meneruskan agendanya untuk menegakkan ISLAM sebagai Ad-Deen Wa Daulah..Takbir...



Teruskan Perjuangan ....

Friday, January 18, 2008

10 MUHARAM - Raikan kemenangan dengan meningkatkan amalan

Kemenangan Islam merupakan satu perkara yang pasti. Tidak kiralah samada kemenangan itu datang cepat atau lambat. Yang penting Islam pasti menang. Cuba lihat perjuangan yang telah diperjuangkan oleh nabi-nabi terdahulu, semuanya bermula dengan kepayahan dan berakhir dengan kemenangan. Kemenangan ini samada sempat dikecapi di dunia ataupun Allah SWT mengurniakan kemenangan di akhirat dengan memperolehi keredhaan dan rahmat dai NYA.

Di dalam bulan Muharam terdapat banyak peristiwa yang menjadi lambang kemenangan Islam seperti penghijrahan nabi SAW, Bani Israel yang telah diselamatkan dari Firaun, Nabi Nuh telah berjaya dalam kebenaran dakwahnya.

kalau dilihat daripada cara rasulullah meraikan kemenangan Islam yang berlaku kepada nabi Musa dan Nabi Nuh ialah dengan baginda menggalakkan umat Islam supaya berpuasa (sunat) sebagai lambang kesyukuran.

Lihat kepada perjuangan nabi Nuh AS yang dakwahnya memakan masa selama 950 tahun. baginda berdepan dengan pelbagai cabaran yang cukup dahsyat sehingga baginda telah dicalonkan di antara nabi Ulul Azmi :

Peristiwa kesabaran dan cabaran Nabi Nuh dirakamkan oleh Al-Quran dengan firmannya :
(setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); ."Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran)."Dan Sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya Dengan jari masing-masing, dan berselubung Dengan pakaiannya, serta berdegil Dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur Dengan melampau. "Kemudian Aku telah menyeru mereka Dengan terang-terang; "Selain dari itu, Aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai Dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan Dengan perlahan-lahan. (Surah Nuh, ayat 5 – 9)

Nabi Nuh menggunakan pelbagai strategi dakwah bagi mengembangkan Islam. tetapi penerimaan dakwah hanya sedikit sahaja. dikatakan hanya sekitar 80 orang sahaja yang menerima dakwah nabi Nuh. walaupun begitu, baginda terus berdakwah sehingga sampai tahap yang dikira memang kaum nabi nuh sudah tidak mahu menerima dakwah lagi. lalu Allah memerintahkan Nabi Nuh membina bahtera untuk menyelamatkan orang-orang yang beriman. selepas didatangkan bah yang cukup besar dan dihapuskan kaum yang engkar itu, bahtera nabi pun terus didaratkan di atas bukit Judi. sesetengah ulamak menyatakan bahawa tarikh pendaratan nabi nuh di atas bukit judi ialah pada 10 muharam. pendaratan ini juga sebagai lambang kemenangan Allah kepada golongan yang beriman. pada hari itu, kaum yang mensyirikkan Allah dihapuskan. yang tinggal hanyalah mereka-mereka yang beriman kepada Allah yang esa. perlu diingat kemenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT diberi samada diramaikan umat Islam atau dimatikan musuh-musuh.

peristiwa keraian kemenangan di sini di sambut oleh umat Islam dengan disunatkan berpuasa pada hari 10 muharam . ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW seperti berikut :

Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda: "Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" (HR Bukhari & Muslim)

"Nabi SAW tiba di Madinah, kemudian beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Beliau bertanya :"Apa ini?" Mereka menjawab :"Sebuah hari yang baik, ini adalah hari dimana Allah menyelamatkan bani Israil dari musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu sebagai wujud syukur. Maka beliau Rasulullah SAW menjawab :"Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (Yahudi), maka kami akan berpuasa pada hari itu sebagai bentuk pengagungan kami terhadap hari itu." (HR Bukhari)

Rasulullah SAW menggalakkan kepada umatnya supaya berpuasa selama dua hari samada pada 9 dan 10 muharam atau 10 dan 11 muharam supaya menjadi kelainan antara kaum yahudi.

Peristiwa 10 Muharam ini memberi pengajaran bahawa Islam pasti akan menang kerana Islam merupakan agama yang benar dari Allah SWT. Kemenangan yang dikurnikan hendaklah disambut dengan penuh rasa kesyukuran. Lihat pada keadaan nabi Muham
mad SAW ketika pembukaann. Baginda bergerak ke mekah penuh dengan tawadduk dan tunduk. Kemenangan yang dicapai adalah hasil dari pengorbanan dan keikhlasan golongan yang ingin berjuang. Islam tidak pernah menang dengan hamparan permaidani merah. Rasulullah diberikan kemenangan dengan pembukaan mekah selepas 13 tahun ditekan di mekah dan berlaku pelbagai ancaman selepas pembukaan negara Islam madinah.

10 Muharam ini cukup membuatkan semua pendokong Islam mendapat motivasi dan semangat untuk terus bergerak dan mara ke depan. renunglah peristiwa ini dan ambillah pengajaran. Jangan jadikan peristiwa ini sekadar cerita yang hanya meniti dibibir tetapi tidak melekat dihati. peristiwa yang lepas untuk diteladani bukan sekadar maklumat sejarah semata-mata.

Thursday, January 17, 2008

Payahnya nak menjaga Iman


Nabi selalu mengingatkan kepada umatnya bahawa setiap amalan yang dibuat mesti istiqamah walaupun sedikit. Al-Quran juga menceritakan bahawa orang yang istiqamah akan mendapat pelbagai kelebihan yang diturunkan dari langit dan dikeluarkan dari bumi. limpahan pahala yang banyak ini menggambarkan bahawa untuk beristiqamah dalam sesuatu amalan ataupun dengan kata hendak memastikan iman tu sentiasa stabil cukup payah.

Hal ini bukan sahaja berlaku kepada orang yang tidak memahami agama. bahkan golongan agamawan sendiri pun sama. bahkan golongan yang mendalami agamalah yang paling payah hendak istiqamah samada dalam amalan harian ataupun di dalam perjuangan. Syaitan tidak akan membiarkan umat Muhammad masuk ke dalam syurga kerana mereka memerlukan teman di dalam neraka nanti.
Nabi selalu menyuruh kepada umatnya agar sentiasa berdoa supaya Allah SWT menetapkan iman di dalam dada masing-masing.

Semoga semuanya termasuk di dalam golongan yang sentiasa mendengar peringatan dan beramal seterusnya sama-sama beristiqamah di dalam menempuh pelbagai cabaran samada cabaran yang berbentuk keduniaan ataupun cabaran di dalam perjuangan

Tuesday, January 15, 2008

Kehilangan Sharlinie lambang hukum ISLAM wajib di daulatkan

Kes kehilangan Adik Sharlinie begitu heboh diperkatakan sekakrang ini. Pelbagai pihak cuba membantu. namun pencarian masih menemui jalan buntu.



Kalau sebelum ini, Malaysia telah digemparkan dengan kehilangan Nurin Jazlin Jazimin yang akhirnya membuahkan berita yang cukup menyedihkan dan menyayat hati.



Pihak berkuasa sibuk mempersalahkan ibu-bapa yang lalai dan leka dan berkemungkinan ibu-bapa Adik Nurin mungkin boleh di dakwa. Tetapi timbul persoalan. Adakah setiap ibu-bapa yang normal mahu anaknya di culik dan dibunuh sedemikian rupa. ibu-bapa mana yang tidak sayangkan anak ???.

Berlakunya jenayah sedemikian rupa bermakna, pihak kerajaan perlu memikirkan balik adakah undang-undang yang ada mampu untuk menggerunkan masyrakat. undang-undang semakin diperhebat tetapi masyarakat Malaysia semakin hilang kegerunan.


Semua ini bermakna bahawa inilah balasannya kepada mereka yang menolak hukum Allah SWT daripada dinobatkan. yang menolak hukum Allah SWT adalah pemerintah, yang terkena bahana adalah kita. adakah sampai sekarang ini kita masih redha berbumbungkan golongan yang menolak hukum Allah



Firman Allah SWT :

Pencuri lelaki dan pencuri perempuan mestilah dipotong tangan keduanya sebagai balasan daripada apa yang dilakukan dan sebagai cegahan daripada Allah SWT..



Quran telah menjelaskan kepada manusia, kalau mereka hendakkan negara selamat, hendaklah kembali kepada hukum Allah SWT. barulah konsep cegahan itu akan turun dan meresap dalam jiwa manusia.



Allah yang mencipta manusia dan Allah tahu apa yang menjadi fitrah manusia.


Semoga pencarian Adik Sharlinie akan menemui kejayaan. saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang ada agar bersama-sama berdoa semoga adik Sharlinie selamat ditemui. dan kepada penculik Adik Sharlinie ini, tolong kembalikan sharlinie kepada keluarga. Insaflah......

Mekah di buka dengan demontrasi




Di antara perkara penting yang perlu disedari oleh setiap mereka yang memperjuangkan agama Allah SWT ialah kepentingan memahami falsafah sirah Nabi SAW. Di antara mukjizat yang di dikurniakan kepada nabi SAW ialah sirah perjalanan baginda diriwayatkan dalam bentuk yang shahih dan mutawatirah ( dalam keadaan yang mustahil berlaku penyelewengan fakta kerana periwayat terlampau ramai). Mukjizat ini tidak terdapat pada nabi-nabi yang lain. Allah SWT telah menjamin ketulenan di dalam al-quran yang bermaksud :

Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Zikr (Al-Quran) dan kamilah yang menjaganya

Jaminan ini termasuk perkara-perkara yang berkait rapat dengan perkara yang menjelaskan Al-Quran. Sirah perjalanan Nabi SAW termasuk di dalam agenda memperjelaskan lagi Al-Quran.

Sudah menjadi perkara yang dimaklumi bahawa setiap kisah yang di sebut di dalam Al-Quran adalah untuk memberi pengajaran kepada manusia sepanjang zaman. Mengikut ahli kaji sejarah mengatakan bahawa peristiwa sejarah akan sentiasa berulang walaupun wataknya berbeza tetapi mempunyai kriteria yang sama. Contohnya penentangan yang di lakukan oleh golongan musyrikin Quraisy yang menggelarkan baginda sebagai orang yang gila, tidak siuman dan pemecahbelah masyarakat. Gelaran-gelaran ini digelarkan kepada nabi-nabi sebelum rasulullah.

Firman Allah SWT :
Demikianlah (Keadaan tiap-tiap kaum terhadap RasulNya samalah seperti keadaan kaummu Wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun Yang datang kepada kaum-kaum Yang terdahulu dari mereka, melainkan ada Yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila". Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum Yang melampaui batas (dalam keingkarannya). (Al-Zhariyyat 52-53)

Dengan kata lain. Penentang-penentang umat Islam tidak mempunyai idea sebenarnya untuk menentang kebenaran. Ini juga menunjukkan semua idea ini datang dari syaitan yang menggunakan strategi yang sama. Gelaran-gelaran berkekalan sehingga hari. Lihat bagaimana golongan yang ingin membawa Islam yang sebenar dituduh sesat, pemecah belah bangsa melayu dan sebagainya.

Begitu juga dengan kisah-kisah yang berlaku di dalam sirah. Ulamak bukan sahaja meriwayatkan sirah untuk menjadi bahan tatapan penyedap telinga ataupun sebagai bahan kekaguman semata-mata terhadap rasulullah. Bahkan lebih dari itu. sirah rasulullah SAW diriwayatkan sebagai mengambil semangat dan pengajaran yang berlaku di sebalik sesuatu kejadian selain menjadi hujjah bagi menentukan hukum syarak.

Dalam memahami falsafah sirah ramai dari kalangan ulamak yang mengarang kitab yang diberi nama Fiqh Sirah. Kitab ini lebih ke arah pengajaran dan apa yang boleh di ambil dari setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan rasulullah SAW samada dari sudut peperangan, rundingan damai dan sebagainya. Antaranya kitab Fiqh Sirah karangan Al-Marhum Syeikh Muhammad Al-Ghazali (ulamak Mesir), Prof. Dr Said Ramadhan Al-buthi (ulamak Syria), Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang (ulamak Malaysia).

Islam telah disebarkan oleh rasulullah SAW dalam pelbagai bentuk. Islam bukan sahaja tersebar dengan mata pedang semata-mata sebagaimana dakwaan orientalis. Tetapi Islam tersebar dengan pelbagai bentuk. Ini menunjukkan bahawa pendakwah perlu menggunakan pelbagai wasilah (perantaraan) dalam dakwah. Di antara cara penyebaran dakwah juga ialah dengan cara rundingan diplomatik di antara kerajaan dengan kerajaan

sebagaimana yang berlaku di Yaman, begitu juga dengan cara demontrasi. Walaupun bunyinya pelik tetapi kalau dikaji dari peristiwa pembukaan mekah jelas bahawa pembukaan mekah di buka dengan sekadar mengadakan demontrasi. maklumat ini pada asalnya saya dapat dari ucapan Ustaz nik Zawawi Salleh yang antara lain menyebut bahawa di antara cara kemenangan Islam ialah dengan demontrasi. Selepas rasa fikir dan renung ada ketepatannya. Dalam masyarakat sekarang ini, kita berdemontrasi adalah untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita terhadap kezaliman pemerintah. Umat Islam pada asalnya merupakan umat yang agresif, peka dan tidak rela dizalimi. Begitu juga dengan apa yang berlaku di kota mekah. Umat Islam yang datang dari kota madinah untuk menuntut hak mereka yang di zalimi khususnya golongan muhajirin. Penentangan ini tidak ditentang oleh penduduk mekah sendiri kerana mereka semua pun bosan dengan perhambaan manusia dengan manusia. Demontrasi ini bertujuan untuk membebaskan kota mekah dari segala bentuk perhambaan, kezaliman dan penindasan.

Jadi apa yang di buat oleh BERSIH merupakan cara yang bertepatan dengan syarak. Perhimpunan ini dirancang untuk menghapuskan kezaliman, memastikan rakyat tidak diperkotak-katikkan oleh pemerintah yang gilakan kuasa untuk mengenyangkan mereka. tetapi yang pelik kenapa perhimpunan sebegini para ulamak (pengampu kot) sibuk untuk menbid’ahkannya. Ya tidak dinafikan terdapat kekhilafan dalam menjelaskan hukum berdemontrasi. Sedangkan dalam masa yang sama ulamak sebegini tidak pernah membid’ahkan perhimpunan berbentuk konsert yang melalaikan yang jelas haramnya. Ulamak ini sibuk untuk membahaskan perkara khilaf tetapi meninggalkan perkara yang jelas.

Bersempena dengan pesta rakyat BERSIH yang bakal diadakan pada 23 Februari ini, marilah sama-sama kita menyemarakkan lagi sokongan bagi menyatakan bahawa KITA BENCI KEZALIMAN, BENCI DIPERKOTAK-KATIKKAN, BENCI PENGZALIM. Ayuh bangun dan nyatakan bahawa KAMI SOKONG ISLAM. KAMI INGIN MEMBANGUN MENURUT ISLAM.
Jom kita pakat bersih kerajaan dari segala belenggu kezaliman.

Sabda nabi SAW
Tolonglah saudara kamu yang zalim dan saudara kamu yang dizalimi, sahabat bertanya : Ya Rasulullah, kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi, tetapi bagaimana kami ingin membantu orang yang zalim, Baginda menjawab : hendaklah kamu mencabut kekuasaannya


Akibat menulis tanpa fakta

Zaman kini penulisan blog menjadi yang cukup glamor, ada yang menulis di blog mereka sekadar untuk menceritakan hal-hal peribadi, ada yang menceritakan suasana politik, ada yang menceritakan hal ehwal agama, ada yang menceritakan suasana yang berlaku di tempat masing-masing. Tak kisalah apa yang hendak ditulis. Cuma di dalam suasana rancak ini, jangan sampai kita menulis sehingga boleh menimbulkan fitnah. Saya bukan bermaksud tidak boleh menceritakan keadaan hal ehwal sekarang ini. Tetapi biarlah setiap tulisan yang ditulis berdasarkan fakta yang tepat dan soheh. Kalau penulis ilmu agama perlu merujuk dahulu sebelum menulis. Begitu juga dengan penulisan yang lain. Rujuk dahulu sebelum menulis. Adakah setiap maklumat yang dapat berdasarkan kepada sumber yang soheh ataupun sekadar ingin menyebarkan fitnah. Walaupun fitnah itu menuju kepada musuh. Quran telah mengajarkan kepada umat manusia supaya sentiasa memastikan setiap berita atau akhbar yang sampai diperiksa kesahihannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.Dan Ketahuilah! bahawasanya Dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu Dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara Yang diwahyukan kepadaNya, dan kamu Wahai orang-orang Yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara Yang kamu cintai serta di perhiaskannya Dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara Yang kamu benci; mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang tetap menurut jalan Yang lurus; - (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Al-hujurat 6-8)

Ayat ini telah menjelaskan kepada manusia bagaimana cara untuk mengeluarkan sesuatu fakta khususnya jika fakta tersebut berkaitan dengan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan moral individu tertentu ataupun masyarakat tertentu.

Ayat ini juga menceritakan bagaiman bentuk pentadbiran Islam, setiap perkara yang menimbulkan ketidak puasan hati perlu bertanya direct kepada pimpinan, tak kiralahh samada kepimpinan negara ataupun kepimpinan jemaah ataupun kepimpinan organisasi yang kita berada di bawahnya.

Dengan sebab penulisan tanpa fakta, ilmu yang disebarkan menjadi songsang. Kemudian berlakunya saman-menyaman dan sebagainya. Ini semua merupakan kesan di atas penulisan. Kita menulis bukan untuk mencari permusuhan tetapi kita menulis untuk menceritakan kebenaran dan menegakkannya. Kalau kita menulisa tentang keruntuhan moral dari kalangan pimpinan negara berdasarkan maklumat yang soheh. Bukan bermakna kita membencinya. Tetapi atas dasar kita menyayanginya. Yang penting setiap penulisan hendaklah ditulisa dengan penuh kasih sayang, bukan niat untuk menjatuhkan, bukan niat untuk memburukkan sesuatu pihak. Bukan niat untuk mencari permusuhan. Kita menulis kerana Allah. Kita menulis kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT. Bukan sekadar untuk melampiaskan perasaan semata-semata.

Monday, January 14, 2008

MEN"TAQWA"KAN MASYARAKAT



Menjelang awal 2008, malaysia dikejutkan dengan pelbagai skandal dan gejala moral bermula daripada kepimpinan negara sehingga ke rakyat bawahan. Berlakunya pengbongkaran DVD lucah, penculikan kanak-kanak, indeks rasuah yang semakin meninggi dan pelbagai lagi sehingga tidak dapat dihitung. Kenapa berlaku sedemikian, sedangkan dalam masa yang sama negara Malaysia diistiharkan sebagai ISLAM HADHARI. Apakah ISLAM HADHARI membenarkan gejala sedemikian berleluasa? Mungkin agaknya ISLAM HADHARI hanya membolehkan untuk menyuruh kepada kebaikan tetapi melarang masyarakat daripada mengcegah kemungkaran.

Menyentuh dengan pelbagai isu ini. Kadang-kadang kita lupa bahawa segala kemungkaran yang berlaku pada hari ini ada jalan penyelesaianya. Quran dan Hadis telah mengajarkan kepada manusia penyelesaian yang perlu dibuat dan direncanakan bagi mencapai masyarakat bertamadun. Jadi tidak dapat tidak hendaklah manusia kembali kepada AL-QURAN. Jadi mengapa kita menyombongkan diri dengan meninggalkan Al-Quran dan mencari penyelesaian dengan menggunakan aqal yang cetek itu.

Nabi SAW telah menyebut dalam sabdanya yang berbunyi :




اتقوا الله حيث ما كنت، واتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن





Maksudnya : Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, susurilah setiap kejahatan yang dilakukan dengan kebaikan supaya dapat memadamkan kejahatan tersebut, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.

Hadis yang pendek ini cukup untuk menjelaskan bagaimana untuk kita menghapuskan segala masalah sosial masyarakat umat Islam. Taqwa memainkan peranan penting ke arah melahirkan satu masyarakat yang unggul.

PENGERTIAN TAQWA

Taqwa sebagai mana yang ditakrifkan oleh para ulamak bermaksud : Mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya samada berada di dalam keadaan terang-terangan ataupun dalam perseorangan.
Penulis juga cukup tertarik dengan pengertian taqwa yang ditakrifkan oleh saidina Ali RA. Beliau menyebut taqwa ialah :



الخوف من الجليل، والعمل بالتنزيل، والرضى بالقليل، والإستعداد في يوم الرحيل،



Maksudnya : (taqwa bermaksud) takut kepada Allah SWT, kemudian beramal dengan apa yang diturunkan (Al-Quran dan Sunnah), kemudian redha dengan perkara yang sedikit, kemudian membuat persiapan untuk hari perpindahan (qiamat)

Taqwa tidak akan hadir di dalam jiwa-jiwa orang Islam dengan percuma. Taqwa ini merupakan anugerah yang dicampakkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Walaupun kekadang seseorang itu belajar sehingga sampai ke peringkat Phd dalam jurusan pengajian Islam. Tetapi taqwa tidak datang kepada mereka. kekadang seseorang itu hanya seorang petani yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi petani ini diberi anugerah ketaqwaan kepada Allah hasil daripada pengamalan ilmu agama yang di pelajarinya di masjid atau surau yang sedikit itu. Pun begitu untuk mendapat taqwa perlu ada ilmu agama. Perlu belajar bagaimana untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.



Apabila timbulnya kebejatan sosial yang membarah ini, pihak pemerintah telah mengadakan pelbagai akta dan undang-undang untuk menyekat perkara ini. Tetapi mengapa keberhasilannya kurang bahkan semakin teruk. Apakah undang-undang yang diluluskan tidak cukup keras dan mengerunkan?. Kesilapan yang ada pada pihak penggubal ialah mereka meninggalkan konsep penanaman taqwa dalam diri rakyat. Kalau dilihat dalam filem yang dipaparkan jelas bahawa pemerintah mementingkan hiburan dari agama. Sedangkan agamalah yang menjaga masyarakat. Sebab itulah setiap akta dan undang-undang tidak digeruni bahkan dicabar oleh masyarakat khususnya pemuda seperti mat rempit dan sebagainya. Mereka tidak membajai dalam jiwa pemuda rempit dengan taqwa. yang lebih teruk golongan yang ingin mengajak kepada ketaqwaaan disekat. Di tarik tauliah, dipenjarakan dan sebagainya. Bayangkan kalau semua pihak berperanan untuk melahirkan masyarakatkan yang bertaqwa seperti merancakkan filem-filem yang menuju kepada taqwa, menambahkan kulia agama, membentuk suasana yang baik. Membanteras gejala yang boleh menghilangkan ketaqwaan. Pendek kata menggunakan kaedah al-quran iaitu “menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran” apabila kaedah ini digunakan Allah menyebut : merekalah orang-orang yang berjaya.


Quran telah ajar kepada manusia. Tapi kenapa manusia sombong dan angkuh..ai… tak tahulah apa nak jadi

Salam bloggers buat semua


Salam perkenalan buat sahabat-sahabat cyber sekelian. walaupun agak terlambat untuk saya ber"blog" bersama dengan sahabat. tapi saya juga tidak mahu ketinggalan di dalam berkongsi maklumat di dalam ruang cyber ini. Sememangnya bidang dakwah itu luas. Dakwah tidak semestinya sekadar memberi nasihat semata-mata. tetapi penulisan juga memainkan peranan penting dalam mengembang dan menyebarkan Islam kepada semua manusia. ini dapat dilihat di dalam satu ungkapan "Sesungguhnya mata pena lebih tajam dari mata pedang".




Di zaman lampau, penulisan dikira dengan pengarangan kitab-kitab yang menyentuh pelbagai tajuk. kini dunia semakin melangkah ke depan dengan memperkenalkan sistem blog yang boleh dikira antara ruang untuk menyebarkan kefahaman Islam.


Blog ini, saya wujudkan bukan sekadar melampiaskan perasaan terhadap pelbagai isu tanah air, tetapi juga sebagai medium untuk sama-sama berbincang tentang permasalahan agama yang semakin meruncing di Dunia dan Malaysia khususnya.




Akhir tulisan, harapan saya agar blog ini dapat memudahkan penyebaran dakwah kepada semua sahabat-sahabat sekelian