Pertamanya tahniah kepada Majlis Fatwa Kebanggsaan kerana mula kelihatan aktif dan cergas dalam mengeluarkan fatwa-fatwa terkini. Pun begitu, Majlis Fatwa akan semakin dihormati jika berani mengeluarkan fatwa-fatwa yang berkait rapat dengan tindakan kerajaan yang semakin lari sedikit demi sedikit dari perlaksanaan Islam yang sebenar. Contohnya seperti hak Demokrasi yang dicabuli, Akta ISA, AUKU dan OSA.
Fatwa bermaksud sesuatu hukum yang masih timbul keraguan ataupun sesuatu permasalahan yang mempunyai kesamaran dalam hukum Islam. Kalau perkara yang jelas pengharaman dalam Al-Quran dan Sunnah seperti Judi, riba, Rasuah dan perkara yang seangkatan dengannya tidak memerlukan fatwa.
Apabila Majlis Fatwa mula mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan Pengharaman Yoga. Sepatutnya umat Islam perlu akur terhadap perkara tersebut. Jangan hanya membantah membabi buta tanpa fakta yang jelas.
Apabila timbul sesuatu pengharaman, kebiasaan yang paling melenting adalah golongan Sister In Islam. Penulis kenapa NGO ini meletakkan nama Sister In Islam, sedangkan dari sudut pengamalan tidak dilihat ingin mengamalkan Islam sepenuhnya. Tetapi NGO ini lebih dilihat untuk mengjahanamkan Islam (maaf kasar sedikit). Contohnya ialah sokongan terhadap tindakan Aminah Wadud, bantahan terhadap enakmen Kekeluargaan Wilayah Persekutuan.
Sebenarnya bantahan yang dikeluarkan oleh SIS ini lebih berbentuk emosi dan bukan fakta. Penulis pernah melihat perdebatan antara peguam shariah dan wakil SIS melalui TV3 tentang isu Enakmen Kekeluargaan Wilayah Persekutuan. Melalui program ini menampakkan kedangkalan hujah dan pemikiran SIS. Bagi penulis SIS ini tidak layak mewakili umat Islam untuk membahaskan setiap isu khususnya isu wanita.
Kalau benar SIS ingin membela wanita berdasarkan Islam. Kenapa SIS membiarkan wanita dieksploitasikan dalam iklan-iklan dengan memaparkan pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan. Yang lebih dahsyat iklan tuala wanita pun memaparkan watak wanita yang sebenar. Penulis memandang perkara ini cukup mengjatuhkan maruah wanita yang telah diangkat oleh Islam.
Islam telah mengangkat maruah wanita yang sebelum ini dipandang sebagai objek sexs semata-mata. Tapi kini, wanita mula dieksploitasikan kembali. Wanita mula dipandang sebagai objeks sexs untuk menarik hari pelanggan. Kenapa isu ini tidak ditentang oleh SIS.?
Berbalik kepada soal fatwa tadi, kebetulan penulis terdengar berita Radio24 yang menyebut bahawa sehingga hari ini pengurus Yoga bukan Islam melaporkan bahawa hampir tiada pun peserta Islam yang menarik diri daripada senaman ini walaupun selepas fatwa dikeluarkan. Yang cukup menyedihkan dan menimbulkan kemarahan penulis ialah kenyataan Pengurus bukan Islam yang seakan-akan menentang fatwa ini secara terang-terangan.
Sepatutnya Pengurus bukan Islam ini memberi kerjasama dengan mengeluarkan nama-nama peserta Islam ataupun memberi peringatan tentang fatwa Majlis Fatwa kepada peserta Islam. Di samping itu, cuba tidak mempertikaikan fatwa ini. fatwa ini tidak berkaitan pun dengan agama lain. Jadi kenapa mereka ingin masuk campur soal agama Islam.
Selama ini Islam tidak pernah memaksa orang lain masuk dalam agama Islam. Bahkan Islam tidak membenarkan mencerca agama lain. Walaupun hujjah Islam mampu untuk menolak pegangan agama lain. Ini kerana menghormati prinsip agama lain.
Islam hanya menerangkan konsep keesaan Allah SWT beserta hujjah yang konkrit dan bertepatan dengan fitrah manusia. Sebab itulah, kemasukan orang bukan Islam kepada Islam berdasarkan kepada kesedaran dan keyakinan terhadap Islam.
Ini berlainan dengan golongan yang ingin keluar dari Islam. Kebanyakan yang keluar dari Islam bukan kerana terpikat atau terpesona dengan hujjah agama lain. Tetapi dengan sebab-sebab lain seperti Percintaan, lakonan kebajikan dan pelbagai dakyah lagi.
Orang Bukan Islam berhak bertanya dengan lebih lanjut tetapi tidak berhak masuk campur secara membabi-buta walaupun atas dasar hak kebebasan manusia. Isu agama merupakan isu yang cukup sensitif. Jangan cuba menaikkan api kemarahan umat Islam dengan kenyataan yang dangkal.
1 comment:
Cuma Umat Islam yang phobia dengan ajarannya sendiri. Orang Islam yang terliabat dengan yoga tu bukannya ramai sangat, cuma mereka ni kaki bising, sebab tulah dia jadi bising. Minoriti kepoh, mejoriti pemdiam.. bayayee tu.
Post a Comment